Kek Marble paling mudah nak buat, inilah resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans. Nak tahu caranya, jom kita tengok ni.
Asaamualaikum anak2 mak.Korg semua syg mak kan? kite nak tolong ibu2 lain kan? tolong ka mak like komen dan share boleh? kita sama2 kongsi pahala ni kite sama2 gembirakan hati ibu2 yg tekurung xtau nak buat apa.Kdg resepi ade tp semua susah2.Resepi kalini pakai senduk boleh pakai garfu boleh pakai whisk pn boleh.Nak bakar boleh nak kukus boleh nak pakai periuk nasik boleh.Penting resepi ni jimat bahan dan sgt senang. kek marble moist gebu 5 bahan
Bahan2 mudah
1 cawan 1/2 majerin.( pakai cawan minum kopi kontot tu je tp apa2 cawan sebenar nye xkisah janji korg gune satu cawan yg sama je tuk semua sukatan ok.)
1 cawan susu pekat( ni xmanis tawar sket sbb mak mmg xsuke manis sgt tp ikut korg kalau nak ngam2 rasa die 1 cawan 1/2 ye )
4 biji telur greed b kalau c 5 ye
2 cawan tepung self rising kalau xde pakai tepung gandum tambah 1 sk baking powder eh dan klau nak kukus tambah 1 sk soda bikarbonat( jgn lupe ayak)
2 sb serbuk koko( kalau xade pakai milo 3 sb kalau xde pakai serbuk kopi halus 1/2 sb kalau xde juga pakai la sirap 1sb jadi jugak marble nye cuma warne lain) Cara membuat:
Ads
Satukan dalam besen atau bowl majerin dan susu pekat kacau kan atau xkisah pakai ape janji sebati xyah kembang2 pn
Ok tambah satu2 telur sambil whisk atau kacau sebati je.sampai abis 4 biji td ok
ok dapat mcm ni lebeh kurg
Tambah tepung kacau laju2
Jadi gini lah senang nye.
Bahagi dua bekas 1 bekas letak serbuk koko td kacau
Loyang saiz 7 ye kalau 8 die xtinggi nanti tuang adunan mcm gambar tuh sampai abis
Atas die lorek2 kan panas kan oven.
Ads
Bakar suhu 170 masa 45-50 mnt api atas bawah ek.Bile dah masak terus keluakan tebalik kan atas board atau redai
kalau kukus 45 mnt ye.
Ads
makan panas2 ade plak kopi o atau teh o.Aduh mmg ngam lah.Selamat mencuba resepi mudah mak ok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kerjaya seseorang sering dilihat sebagai kayu pengukur kepada status yang dimiliki, oleh yang demikian ada antaranya akan terus ‘mengejar’ kerjaya hebat untuk dipandang mulia. Pun begitu, janganlah pula memandang hina pada kerja-kerja tertentu hingga menyebabkan orang lain terasa.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita ini yang berkerja sebagai pengawal keselamatan. Kisahnya dikongsikan di akaun TikTok @mamamuda2709 miliknya bila ada yang mempertikaian kerjayanya.
Kisahnya juga telah mendapat perhatian Harian Metro dan ini petikan temubual yang telah dilakukan.
Seronok Dengan Pekerjaan Yang Dilakukan
“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘low class’ (kelas bawahan) dan kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” kata pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23.
Ibu tunggal anak dua itu berkata demikian sebagai reaksi kepada pertanyaan orang mengenai kerjayanya dalam bidang yang dipelopori lelaki.
Dia yang tinggal di Bukit Setongkol, di sini turut berkongsi kisahnya di TikTok yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 360,000 tontonan.
Bercerita lanjut, Nurul Nazifah yang kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau berkata, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.
“Saya baru sebulan lebih bertugas di sekolah itu, tetapi sebelum ini pernah menjadi pengawal keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua tahun.
“Pengalaman dahulu amat membantu, cuma ada beza suasana kerja di hospital dan sekolah.
“Di hospital lebih mencabar malah saya pernah ditampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mengawal Pintu Hadapan Sekolah
Menurut Nurul Nazifah, waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.
“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka.
“Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.
“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.
Dakwanya, ramai yang memandang hina sebaik tahu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat dengannya, tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.
Katanya, dia hanya mahu aura positif mewarnai kehidupannya bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.
“Menjadi pengawal keselamatan menuntut saya untuk menghadap pelbagai kerenah dan ragam manusia walaupun segelintir orang luar fikir ia kerja yang santai.
“Itu hakikatnya dan kepada wanita di luar sana yang berminat lakukan pekerjaan ini, teruskan saja. Jangan malu dan persiapkan fizikal serta mental.
“Dorongan saya untuk terus bekerja adalah dua anak yang masih kecil, jadi saya perlu berusaha keras. Saya juga menjual kek dan kuih termasuk secara siaran langsung di Bigo dan TikTok bagi menambah pendapatan,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Untuk ibu-ibu yang sibuk, pasti tak punya banyak masa di dapur kan. Selain memilih menu simple, buat stok frozen juga langkah terbaik. Bila nak guna baru keluarkan, jimat masa dan tenaga.
Begitupun, kenalah berhati-hati juga, terutama dalam memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan.
Jadi, ibu-ibu boleh ikut panduan dan tip yang telah dikongsikan oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim ini.
“Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak.
” Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Bagi peminat drama tanah air, pasti kenal dengan pelakon cantik manis Erin Malik. Dia antara pelakon kanak-kanak yang popular dan sering muncul di kaca televisyen. Bakatnya Dalam dunia lakonan membuatkan namanya kekal relevan.
Namun, selepas mendirikan rumah tangga, dia lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-temannya. Malah kelibatnya juga jarang dilihat di mana-mana majlis anak seni
Begitupun, dia mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran. Namun pemilik nama sebenar, nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek, 28, mengakui, sekarang bukan masa yang sesuai kerana anak-anaknya sedang membesar dan memerlukan dia di sisi.
“Bukan memilih untuk tidak aktif tapi saya hanya ambil rehat yang agak lama juga bagi saya.
“Saya ambil masa lama ni sebab anak saya masih kecil lagi, saya percaya rezeki ada di mana-mana,” katanya seperti yang dilaporkan mStar.
Tambahnya, dia masih menerima banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolak dengan cara yang baik.
Kata Erin, dia akan kembali sekiranya benar-benar sudah bersedia.
“Alhamdulillah sampai sekarang masih ada lagi tawaran untuk berlakon tapi disebabkan masa yang padat menyukarkan saya untuk kembali.
“InsyaAllah sekiranya betul-betul lapang dan bersedia untuk berlakon semula saya akan muncul,” ujarnya.
Erin Malek mendirikan rumah tangga dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Fariz, 6, dan Nur Aisha Mohamed Farriz, 5.
Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.