Nostalgia kek dulu-dulu mesti ada yang merindui akan rasanya. Biarpun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun rasanya cukup enak dan tidak muak dimakan. Jadi buat anda yang teringin merasai kembali kek orang lama, jom kali ini kita sediakan Kek Oren yang ringkas dan gebu untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Bahan A
5 Biji telur grade A (Jika gunakan telur grade B jadikan 6 biji)
270 gm Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gm Gula kastor
Bahan B
250 gm Butter (biarkan lembut tanpa perlu dicairkan)
3 sudu besar oren sunquick
Caranya
1. Mix kesemua Bahan A sampai gebu- Guna speed laju
Ads
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer, Masukkan butter dengan Oren Sunquick. Mix balik dalam 3 minit.. stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi
Musim raya ni mesti ramai yang buat open house kan. Rasa macam nak hidang semua menu sebab semua nampak sedap. Tapi, semua menu pon macam tetamu dah pernah makan. Boleh cuba buat menu yang bukan dari tempat kita. Mesti tetamu suka sampai tambah berkali-kali. Apatah lagi tetamu dari kawasan terdekat.
Ha menu apa tu? Kali ini boleh cuba buat menu kuzi ayam Kelantan. Kuzi ni biasanya orang Kelantan buat untuk hari istimewa je. Sebab apa? Sebab step dia boleh dikira banyak dan renyah. Boleh kata tak berbaloi la untuk hidang sebagai menu harian.
Kuzi ayam ni berlemak dan pekat. Boleh dimakan dengan roti jala atau roti biasa je pon sedap tau. Kalau makan dengan nasi putih pon boleh, cuma kena ada lauk atau kuah lain juga. Kalau tak, rasa macam tak lengkap.
BAHAN-BAHAN:
Ayam potong 12
BAHAN PERAP AYAM:
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
POTONG KIUB DAN GORENG:
Hempedal ayam
Hati ayam – (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
BAHAN GORENG:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN TUMIS:
6 bawang merah – blend
4 bawang putih – blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte (jenama pilihan sendiri)
CARA-CARA:
1. Mula-mula panaskan minyak. Kemudian goreng bawang merah hiris dan tos. Goreng bawang besar, kismis dan hempedal ayam dan toskan (goreng berasingan). Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air dan goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan goreng yang lain; ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dll.
5. Masukkan gula dan garam dan masak hingga agak pekat.
6. Boleh dihidang dan sedap dimakan dengab roti jala, nasi minyak dll.
Menu masakan paprik antara yang digemari oleh kebanyakan ahli keluarga. Jika hujung minggu, masakan ini akan menjadi menu popular. Malah, penyediaannya mudah.
Perkongsian puan Hana Karim boleh dijadikan panduan .
masak apa tu geng2? hr ni sis nk share resepi ayam padprik thai..
*serai
*kunyit
*lengkuas
*bawang putih
*bwang merah
*daun limau purut
tmbuk bahan tanda * (nk blend pn blh.. tp sis suka tmbuk )
tumis smua bahan * smpai naik bau wangi.. msuk kn ayam. garam. gula. msk smpai ayam masak.. msuk kn sayur kacau2 siap.. padprik ayam thai is done
Rujuk Gambar Penyediaan
Selamt mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali terlihat posting berkenaan jeruk mangga, memang terliur dibuatnya. Kalau boleh masa itu juga hendak dijamah. Tapi kebiasaannya jika hendak dibuat sendiri jeruk mangga ini, ianya perlu dijerukkan beberapa hari sebelum boleh dimakan. Pun begitu, usah kecewa, apa kata mencuba resipi istimewa ini. Tanpa perlu tunggu lama, jeruk yang enak sudah dapat dinikmati. Malah istimewanya juga, resipi jeruk ini tidak menggunakan gula pasir untuk memberi rasa enak pada jeruk tersebut. Ini perkongsiannya.
Jeruk Mangga Asamboi Tanpa Gula
Hari ni saya nak share resepi jeruk mangga instant tanpa gula kegemaran saya.
Kenapa instant?
Sebab tak seperti kaedah jeruk biasa yang kena tunggu lama, jeruk mangga ni kalau buat malam, pagi besoknya dah boleh makan.
Tanpa gula?
Ya. Tak seperti jeruk biasa yang memerlukan banyak gula untuk lawan masamnya mangga, saya guna pemanis tiruan yang 0 kalori. Boleh didapati dengan mudah di mana mana cawangan Speedmart. 300 biji dalam RM12 sahaja.
Stevia ? Boleh juga. Dulu saya pakai Stevia, tapi sebab lebih mahal dan lebih sukar didapati, dan yang paling penting kerana ia ada 'aftertaste' yang boleh mengubah rasa saya dah tak guna. Tambahan pula, banyak yang kononnya 100% Stevia tapi ternyata dicampur dengan pemanis buatan juga.
Selamat ke pakai pemanis buatan? Dah banyak penelitian yang dibuat yang menunjukkan ianya selamat digunakan. Kecuali jika anda ada masalah Phenylketonuria. Anda tak pernah dengar? Maknanya tak ada la tu
Kekurangan pemanis bukan gula, ia tak dapat berfungsi sebagai pengawet , jadi jeruk ni kena simpan dalam fridge kalau nak tahan lama. Tapi mana ada orang simpan lama, sekejap konpom habis punya.
Ok bahan bahannya :
Bahan A :
Mangga masam (paling baik mangga telur atau mangga epal)
Nak guna kedondong pun boleh.
Saya guna mangga telur sebab tu yang ada depan rumah saya.
Basuh, kupas kulit dan potong nipis nipis. Dalam 0.5 cm ok dah. Saya pakai 8 biji yang sedang.
Bahan B :
15 Asam boi/asam masin. Nak ada biji boleh, yang tak ada lagi bagus. Hiris nipis nipis.
Limau kasturi 5 biji (bagi wangi)
Cili api 10 biji . Hiris halus halus.
20 biji equal (pemanis buatan)/ kalau stevia dalam satu sudu makan.
Bahan B bubuh dalam air panas. Setakat tenggelam separuh biji asam boi. Kacau sampai semua larut. Tuangkan dalam Bahan A (mangga) yang dah dibubuh dalam bekas tertutup dan anti tumpah. Ini penting sebab setiap kali nak makan, kita aduk dengan terbalikkan bekas supaya lebih ummpphh !
Tupperware paling baik, tapi saya pakai bekas plastik disposable je sebab tak sempat buat proposal pinjam tupperware dekat bini
By this time, saya tahu air liur dah bertakung dalam mulut, tapi sabar…
Simpan semalaman dalam fridge bahagian bawah (bukan freezer tau) supaya rasa sebati.
Sebelum makan, jangan lupa aduk terbalikkan bekas.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.