Nostalgia kek dulu-dulu mesti ada yang merindui akan rasanya. Biarpun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun rasanya cukup enak dan tidak muak dimakan. Jadi buat anda yang teringin merasai kembali kek orang lama, jom kali ini kita sediakan Kek Oren yang ringkas dan gebu untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Bahan A
5 Biji telur grade A (Jika gunakan telur grade B jadikan 6 biji)
270 gm Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gm Gula kastor
Bahan B
250 gm Butter (biarkan lembut tanpa perlu dicairkan)
3 sudu besar oren sunquick
Caranya
1. Mix kesemua Bahan A sampai gebu- Guna speed laju
Ads
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer, Masukkan butter dengan Oren Sunquick. Mix balik dalam 3 minit.. stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi
Andai ibu-ibu ada yang bercucuk tanam dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, alangkah beruntungnya.
Bukan sahaja dapat mengutip hasil bila tiba waktunya, malah dengan bercucuk tanam juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat untuk dilakukan bersama ahli keluarga.
Menyedari hal itu, dengan hobi nan satu ini juga belanja dapur dapat juga dijimatkan bila mana hasilnya boleh dituai.
Pun begitu, sebelum hasilnya boleh dinikmati sering juga terjadi beberapa serangan penyakit pada pokok yang kita tanam.
Atasi masalah itu, kita boleh hasilkan sendiri racun organik yang lebih selamat digunakan dan dalam masa yang sama berkesan.
Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkannya, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kawalan Serangga Organik
Bahan:
(A)
Daun serai wangi – drp. 4 batang serai
Bawang putih – 5 ulas
Minyak masak – 2 sudu makan
Air – 1L
(B)
Cuka – 10ml
Garam – 1 sudu teh
(C)
Sabun pencuci pinggan cecair – 1 sudu teh/500ml air
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (A) kemudian tapis guna kain (tapisan halus)
2. Masak sehingga mendidih dan masukkan bahan (B). Renihkan sehingga agak berminyak (keluar minyak drp. daun serai wangi)
3. Sejukkan sebelum guna.
4. Sebelum guna, masukkan bahan (C) dgn sukatan 1 sudu teh/500ml air.
ps:
Sukatan ini boleh digunakan 2 kali (boleh dibahagi 2). Tambah air utk penggunaan sukatan 500ml.
Testimoni:
Berkesan utk menghapuskan ulat di pelbagai spesis pokok limau dan kari (terus kiok dlm masa singkat)
2. Mengurangkan serangan kumbang oren di pokok melon/timun & yg sejenisnya..
3. Berjaya mengurangkan serangan kulat di putik mangga (tak mudah luruh)
(saya uji sendiri pada tanaman saya..sejauh mana berkesan kpd tanaman lain dan jenis2 serangga lain masih belum teruji…Wallahu ‘alam..
Kelemahan:
Mudah hilang kesannya lepas hujan.
sumber : Aseef Alwee via Kebin bandar : Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sandwich biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini ia boleh dinikmati pada bila-bila masa malah sesuai untuk pelbagai majlis.
Mana tidaknya, sandwich moden ini diperbuat dengan pelbagai inti enak. Sangat sesuai jika dijadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan atau mengisi masa lapang.
Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda bolehlah cuba.
Resipi-resipi ini adalah koleksi dari majalah dan juga yang dikongsikan di media sosial.
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan buat keluarga yang terselamat dari kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Insiden yang berlaku sabtu lalu katanya melibatkan sebuah keluarga yang menaiki sebuah motosikal.
Melihat anak terpelanting dari pelukannya membuatkan Wan Emilia Emishah Mohd Zulkifli, 24 menguatkan diri merangkak mendapatkannya.
” Ajal maut di tangan Tuhan. Alhamdulillah kami terselamat walaupun terpelanting sejauh kira-kira 50 meter dan nyaris terpelosok di bawah tayar lori tersebut. Waktu kejadian, saya bersama suami, Muhammad Suffean Hashim dan anak tunggal kami, Muammad Dhuha Suffean dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Sebenarnya kami baharu balik dari bank, hari tu, kami lalu jalan lain. Saya dah tanya dekat suami kenapa lalu jalan tu, dia hanya jawab ‘tak pelah’.
“Ketika masuk jalan tu, saya dah nampak sebuah lori kontena laju di belakang kami. Jadi saya bagitau suami ada lori laju. Belum pun suami pandang ke belakang, motosikal kami dah terpelanting.
“Motosikal kami tercampak dan saya rasa badan melayang. Dalam masa sama anak masih dalam pelukan. Tetapi ketika badan berguling-guling anak saya terlepas dari pelukan,” jelasnya berkongsi kepada mStar.
Wan Emilia memberitahu, dia kuatkan semangat untuk merangkak mendapatkan anaknya yang hampir berada di tayar lori itu.
“Lori sempat berhenti namun, tayar belakang kelihatan sedikit bergerak. Saya kuatkan semangat apabila mendengar anak menangis dan matanya pandang ke arah saya.
“Dengan kudrat yang ada saya terus tarik dia. Nasib baik saya cepat tarik kerana badannya begitu hampir dengan tayar lori. Sebab itu muka dia melecet teruk.
“Sebaik sahaja dia selamat dalam dakapan saya, baharulah saya pergi tengok keadaan suami ,” ujarnya yang masih terkejut dengan insiden itu.
Jelas Wan Emilia, dia bersyukur kerana suami dan anaknya tidak mengalami kecederaan serius.
“Kami mengalami luka-luka dan tidak ditahan di wad. Cuma anak, Dhuha dimasukkan ke hospital kerana luka di mukanya yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
“Alhamdullilah tidak ada apa-apa kecederaan dalaman kesan daripada kemalangan itu, selepas dua hari di wad dia dah boleh keluar,” jelasnya.
Mengenai sambutan raya tahun ini, Wan Emilia memberitahu sebenarnya dia memang tidak terasa terlalu teruja untuk meraikan 1 Syawal.
“Sebelum keluar rumah tu, saya dan suami ada bertengkar sedikit mengenai persiapan raya memandangkan kami berdua agak sibuk. Saya berniaga, manakala suami pula bekerja sebagai anggota polis trafik.
“Tetapi apabila berlaku kemalangan ngeri ini, kami berdua merasakan sangat bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk mengharungi hidup dengan lebih baik,” tambahnya.
Dalam pada itu, Wan Emilia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan kenalan di Facebook yang tidak putus-putus bertanyakan khabar.
“Kalau tengok kesan kejadian, memang semua tak sangka kami masih hidup. Tetapi itulah, semuanya urusan Allah.
“Dan kami pun tidak mahu memanjangkan kes ini kerana semuanya selamat. Saya memaafkan pemandu lori itu. Tiada yang lebih baik daripada melihat suami dan anak selamat,” katanya hanya menyambut lebaran dalam keadaan sederhana sahaja.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.