Menyediakan kek yang dibakar ringkas, kiranya ramai antara kita boleh menyediakannya.
Namun bila inginkan kek yang nampak lagi hebat bersalut coklat umpamanya, pasti memerlukan resipi special dan skil untuk hasilkannya.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian daripada Norlailanazira Mohd Agos.
Bahan-bahan untuk buat ganache coklat :
Ads
300g dark compound ( coin boleh, bar pun boleh)
150g susu cair / susu full cream / dairy whipping cream (anchor)
1 sudu buttercup atau marjerin
Sukatan untuk susu cair tu 150g tapi pilihlah salah satu jenis sahaja. Kalau dah pakai susu cair , tak payah pakai susu full cream. Kalau budget lebih, boleh pakai anchor.
Ads
Cara-cara :
Ads
Double boil coklat dan butter, dah cair masukkan susu gaul sebati. Boleh curah atas kek pilihan anda.
Saya lebih suka curah ganache atas kek masa ganache tu masih suam. Kalau dah sejuk nanti adunan jadi pekat dan susah nak tutup keseluruhan kek. Masuk dalam piping bag pun lebih mudah bagi beginner.
Sumber : Norlailanazira Mohd Agos via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah permulaan kepada rumah tangga. Ia adalah permulaan kepada suatu perjalanan kehidupan yang baru. Suami dan isteri berkongsi sebuah kehidupan dalam membentuk keluarga yang harmoni.
Dalam tempoh itu menuju bahagia, sebenarnya pasangan akan mengharungi hidup onak duri dalam rumah tangga.
Begitu juga apabila kelahiran cahayamata, tentunya ia lebih mencabar termasuk sumber kewangan.
Sudah pasti, pasngan suami isteri akan memastikan ekonomi keluarga stabil agar anak-anak dapat membesar cukup keperluan.
Begitulah cabaran yang dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi suka duka kehidupan kira-kira 10 tahun yang lalu.
Menerusi perkongsiannya di facebook, saudara Akhtar Syamir kehidupannya dulu fokus kepada keperluan yang utama sahaja sehingga alpa untuk membahagiakan isteri.
Sehinggalah suatu hari, teguran rakannya memberi kesedaran kepada dirinya untuk berubah menjadi lebih baik terutama untuk mengembirakan hati isterinya.
Mula menyusun strategi untuk memantapkan ekonomi, hasilnya selepas 10 tahun pasangan ini menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga ia menjadi motivasi buat pasangan suami isteri lain.
10 tahun yang ‘struggle’
Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan. Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.
Benar, kami struggle dahulu.
Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je. Nak beli rasa macam membazir sangat.
Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”
Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama, kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.
Fokus bahagiakan isteri, rezeki makin bertambah
Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya. Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua.
Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan. Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira.
Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.
Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.
Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh. Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah.
Jika dapat makan nasi lemak dengan sambal sotong kembang memang kelazatannya begitu sedap hingga tak terkata. Pun begitu, bukan semua biasa menyediakan hidangan sotong kembang ini. Apatah lagi bimbang jika sotong kembang yang dimasak terasa liat pula bila dimakan.
Jadi sebenarnya ada teknik memasaknya sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Har Ryea. Jadi jom lihat langklah demi langkah untuk menyediakan menu Sambal Sotong Kembang ini.
Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:
3 ekor sotong, bersihkan.
(ikut petua, rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil)
6 -7 sdb cili kering kisar
2-3 sdb bawang besar kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1-2 biji bawang besar- hiris kasar
Seketul kecik gula Melaka
1 sdk pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)
Cara Masak:
1.Bersihkan sotong kemudian rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.
3.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
4.Masukkn cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula Melaka dan teruskan menumis.
5.Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.
6.Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar.
7.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika nak.
8.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tidak hangit.
9.Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar. Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati pada pasangan.
Namun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan tersebut sebenarnya membuka aib pasangan.
Penceramah bebas Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga di media sosial.
“Jika terdapat masalah yang timbul dalam hal perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.
“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...