Ini dia makanan dan minuman untuk awet muda yang wajar kita semua kaum perempuan amalkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan jika hidangan ini diambil selalu anda akan rasa lebih bertenaga dan nampak berseri.
Oleh itu, usah tunggu lagi. Ayuh kita pelajari resipi penyediaannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunissa untuk manfaat bersama. Selamat mencuba!
Luk Mei ni ialah makanan tradisi Korea,Cina & Jepun sejak ratusan tahun dulu.
Bertuah betul diri dapat resepi ni
Hari ini saya share dengan korang semua supaya korang pon boleh sihat dan awet muda.
BAHAN-BAHAN:
– Cendawan Tremella @ WHITE FUNGUS (Khasiatnya hampir sama dengan sarang burung )
– Barli (optional)
– Jujube (Kurma Merah)
– Longan Kering
– Gula batu
– Daun Pandan.
Cara masak:
Ads
1) Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang. Buang tampuk berwarna kuning di bawah cendawan.
2) Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan.Rebus lagi selama 40minit dengan api sederhana.
3) Kemudian masukkan longan kering, kurma dan daun pandan serta gula batu.Rebus lagi lebih kurang 20 minit atau bila nampak kurma merah itu sudah kembang.
4) Sedap dimakan ketika sejuk.
Ads
**Kalau rebus pakai periuk tanah lebih bagus.
* Gula batu boleh digantikan dengan gula kerek/gula organik(tapi masukkan lepas rebusan sudah siap) untuk rasa ala-ala laicikang
KHASIAT :
– meningkatkan kelembapan kulit
– anti penuaan
– mengurangkan kedut
– Bagus utk paru- paru serta sistem penghadaman
– mengelakkan dr sakit sendi(sesuai utk mereka yg ade sakit lutut)
– antioksida
– antifungal
– anti bakteria
– anti stress
– efektif menangani jaundis pada bayi
– cepat pulihkan luka
– merendahkan kadar kolestrol
– sihatkan usus
– Bantu menangani masalah kencing kotor
– Menyejukkan badan
Ads
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.
Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dari gundik maharaja Cina. Beliau dikatakan sangat awet muda kerana kelihatan seperti wanita 40tahun pada usia 80 tahun!
Saya dah test pada encik suami, sebelum bersukan dia minum Luk Mei dan hasilnya, Encik suami boleh main futsal tanpa rasa semput selama 1 jam.
Menghilangkan rasa dahaga dengan menikmati air kelapa tentunya memberi kelegaan yang diingini.
Bayangkan sambil dihirup airnya, dapat pula dijamah isinya yang lembut teksturnya. Sungguh menyegarkan.
Selain diakui keenakan rasanya, menurut saintis ini terkandung banyak khasiat dan manfaat daripada air kelapa ini.
Jadi bolehlah kita sekeluarga biasa-biasakan minum air kelapa untuk dapatkan khasiatnya yang bagus dalam kesihatan tubuh badan.
Hal ini dijelaskan dalam perkongsiannya di akaun fb. Jom semak.
AIR KELAPA, BATU KARANG, SAKIT JANTUNG dan ASID REFLUKS
Kajian yang dilaporkan dalam Journal of Current Trends in Clinical Medicine & Laboratory Biochemistry pada 2014 menunjukan air kelapa boleh membersihkan jangkitan pada pundi kencing dan sangat efektif dalam melarutkan batu karang dalam buah pinggang.
Menurut Dr. Eugenio Macalalag, meminum air kelapa 2 hingga 3 kali seminggu dapat pengurangan saiz batu karang dan tidak perlu pembedahan. Walaubagaimanapun, pada masa sama, pengambilan makanan yang tinggi oksalat perlu sederhana.
Di antara makanan tinggi oksalat adalah coklat, bayam, kentang, teh dan rhubarb
Kajian ke atas tikus menunjukkan air kelapa juga boleh kurangkan pembentukan plak di arteri.
Kandungan potasium dan magnesium dalam air kelapa juga dapat membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan strok.
Kandungan potasium dalam air kelapa adalah 15 kali lebih tinggi berbanding kebanyakan minuman `energy drinks’ (264 mg berbanding 12.5 mg / 100 ml)
Air kelapa tanpa gula boleh bantu masalah asid refluks dan bantu kurangkan masalah usus.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan;
1. Journal of Current trends in CliniCal Medicine & laboratory biochemistry 2:6-18
Tatkala keluarga lain bergembira dan tak sabar menantikan kehadiran Syawal beberapa hari sahaja lagi, namun keluarga ini dirundung duka.
Ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Tinggal lah anak-anak yang masih kecil yang mana si bongsu masih lagi menyusu badan. Yang pasti Syawal kali ini tidak berseri lagi.
Kisah ibu beranak 4 yang meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah di otak diceritakan oleh sepupunya sendiri Norzatulakmar Othman menerusi laman facebooknya.
25 may 2019: perginya seorang ibu beranak 4 di bulan yg mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak.. sekejap ja benda nk jadi..
mulanya mengadu sakit kepala, si suami dh bawak pergi cek hospital bahagian emergency, doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain.. pastu diorang balik rumah mcm biasa
2 ke 3 hari lepas, si mak pegi bazar ramadan terdekat dgn anak dia beli makanan nk berbuka puasa.. otw nk balik rumah, si mak berhenti2 motor tepi jalan sebab kata anak dia si mak pandangan asyik gelap, nk bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak moto sampai rumah
dah sampai rumah nak dekat pukul 7 mlm tu, masuk dlm rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa tu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi hospital melaka (si mak ni koma dan kritikal).
keesokan hari transfer ke #ppum .. si mak masih lagi koma dan kritikal sehingga la doktor datang bagitau pada si suami, harapan utk pulih amatlah tipis kerana keputusan scan otak dia didapati otak dia dh dipenuhi blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak.. peluang utk hidup sgt tipis.. sedih si suami bila terkenangkan anak2 yg masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta (anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya ??♀️ anak bongsu umur setahun 5 bulan dan masih menyusu badan)- hari ni last si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan utk pam susu si mak.. (tadi tgk dia minum susu mak dia, nk tumpah jugak ayaq mata aku)
malam 24 may 2019, doktor cakap dia akan buat 2 test keesokan hari utk tentukan si mak ni akan bagi positif atau negatif respon.. kalau positif doktor akan usahakan lagi utk selamatkan si mak, kalau kedua2 test negatif si suami, anak2 dan family kena terima ketentuan ilah
setelah buat kedua2 test tersebut hari ni mmg tiada respon dari si mak, keputusannya negatif.. semoga kak fazilah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.. selamatkan perjalanan pulang jenazah dan family dari ppum ke perlis dan engkau mudahkan la urusan beliau di dunia dan di akhirat. amin
#kisahbenar #sepupuaku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga.
Malah perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.
Alam rumah tangga memang penuh dengan pancaroba apatah lagi pasangan muda yang baru mendirikan mahligai bersama.
Begitu juga dengan perkongsian ini. Kisah suka duka yang dilalui pasangan ini bergelar suami isteri ketika usia masih muda menjadi inspirasi.
Biarpun melalui detik kesukaran hidup selepas berkahwin, namun mereka tabah dan bersabar harungi bersama.
Perkongsian yang mendapat share sehingga 29K ini meraih perhatian warganet.
2014
Lepas kahwin, Amer mintak aku tinggal dengan dia – aku kahwin pada usia 23 tahun 20 hari (Jun, 2014). Agak muda dan sangat mentah dalam ilmu rumah tangga. Dalam akaun bank ada RM20 yang tak boleh dikeluarkan lagi. Limit akaun bank Islam.
Waktu tu ada lagi seminggu nak final exam. Aku kahwin masa study week. Sepatutnya masa final exam, aku boleh je nak stay dengan housemate dan lepas final exam terus balik kampung buat sementara waktu. Tunggu semua reda. Tunggu dia cari duit dulu untuk support semua.
Tapi dia nak kami tinggal bersama. Lepas kahwin harini, lusanya balik Damansara sebab aku dah nak exam dan terus ke rumah sewa angkut barang-barang aku. Kami duduk sebumbung dengan member-member dia buat sementara waktu. Kami menyewa medium room – bilik lama dia. Mereput aku sorang-sorang dalam tu. Nak keluar ke ruang tamu aku rasa segan. Hampir 3 bulan aku mereput dalam bilik.
Member-member dia nak keluar rumah sebab nak bagi peluang pada orang yang baru mendirikan rumah tangga. Seronoklah aku sebab sewa lama still RM600 walaupun sewa rumah sepatutnya RM1200-RM1500. Apartment agak luas dan master room ada bilik air lagi.
Kisah sedih bermula bila owner nak jual rumah. Dan dia dah pun jualkan pada orang lain. Aku cakap biar aku menyewa bilik dengan member kat Bukit Angkasa, lagi pula member tengah cari partner. Dan biar dia stay dengan member-member dia balik. Menyusahkan dia je kena hantar ambil aku dari damansara ke UM.
Tapi siapa yang nak lepaskan bini? Baru kahwin kot. Kalau dulu masa bercinta boleh datang dari Damansara ke Bukit Angkasa, kenapa bila dah kahwin tak boleh buat? Kata dia.
Part cari rumah sewa. Kami terjah masuk 7-Eleven, masuk kawasan flat-flat. Kami tak pernah mintak tolong orang untuk carikan rumah sebab aku tahu takkan ada siapa yang sudi membantu. Selagi ada kudrat dan tayar motor boleh bergerak, kami akan buat sendiri.
Kadang-kala kita tak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita, sebab nanti akan ada orang akan cakap “who the fuck cares about your life?”
Kita juga kena ingat, takde untungnya kalau kita meluahkan masalah kita pada orang ramai, 80% langsung taknak ambil tahu, yang 20% lagi sedang bertepuk tangan sebab mereka memang mengharapkan kita merana.
Alhamdulilah kami dapat rumah flat yang macam sekarang tapi blok lain. Tiba-tiba owner nak rumah dia balik – anak sedara dia nak rumah, datang dari kampung nak kerja. Masalah berlaku bila penyewa lama nak keluar rumah tapi owner tak mahu bagi deposit balik.
So penyewa lama terpaksa cari penyewa baru untuk dapatkan deposit mereka dari kami. Dan mereka bertengkar pasal deposit. End up, kami yang jadi mangsa.
Aku menangis seorang diri dalam bilik air. Aku bukak air paip laju-laju. Sedih sangat. Aku basuh muka aku dan keluar dari bilik air dan aku nampak dia termenung, aku peluk dia dari belakang dan aku cakap, jom kita keluar masuk 7-Eleven (cari rumah sewa), rasa rindu pulak.
Disinilah peranan seorang isteri untuk tenangkan hati suami dan bukannya menyesakkan lagi. Aku taknak salahkan penyewa lama, owner rumah dan sesiapa. Benda dah jadi. Ada sebab kenapa Allah bagi ujian pada kami. Aku jenis manusia yang selalu cakap “benda kecik je”, “no hal”, “ok je”, “boleh je”, “aku tak kisah”
Aku depan dia je nampak kuat, sebab aku tahu dia akan kuat bila aku kuat. Kalau aku lemah, dia dua kali ganda akan lemah. Kalau aku nak nangis bab kehidupan atau ujian, aku kena nangis sorok-sorok, nanti dia akan rasa bersalah sebab dia dah buat aku tak bahagia dan ikut susah sekali.
Orang kata kalau nak cari bini cari yang kuat agamanya. Tapi ada orang selalu terlupa, carilah pasangan yang tidak mudah melatah, tidak cepat down dan sentiasa kuat. Aku tak pernah nak menyusahkan mak ayah kat kampung. Tak pernah call cakap aku ada masalah. Dah nak kahwin sangat, pandai-pandailah bawak diri. Jaga diri sendiri dan suami baik-baik.
Tapi mak ayah tahu aku bukan jenis yang cepat putus asa. Kalau aku putus asa, macam mana aku boleh terlepas kahwin masa orang sibuk dengan study week. Kami masuk 7-Eleven, masuk kawasan flat balik. Member Amer dapat tahu kami cari rumah dan alhamdulilah kami dapat rumah baru.
Dan sehingga sekarang Amer rasa terhutang budi dengan member dia. Boleh dikatakan dia selalu bawa balik pizza domino untuk bagi anak bini member dia makan pizza. Aku rasa sekarang mereka pun dah muak makan pizza. Dah tak nak pandang dah kot. Hehe. Kami angkut barang-barang guna motor. Kenangan sangat. Pakai beg Ikea. Dalam masa 5 bulan 2 kali pindah rumah. Penat sangat.
First, kami beli kabinet TV. Kami tengok TV beralaskan toto yang orang hadiahkan pada kami di hari perkahwinan. Berguna sangat.
Kemudian kami beli karpet harga RM50 kat jalan tar. Harga sebenar karpet RM200. Kami dapat murah sebab bulu karpet banyak gugur.
Bila punggung terasa sakit , belakang badan rasa kejang urat, kami beli sofa. Takde peti sejuk? Takde masalah. Kami beli bekas polisterin putih untuk tahankan lama ikan dan ayam.
Firstly, kami tentukan tema rumah. Macam aku, aku nakkan rumah like hipster style macam cafe hipster. So, warna-warna mestilah hitam, kelabu dan putih, ada elemen kaca dan kayu pallet.
Aku yakin yang Ikea adalah tempat yang paling tepat untuk menghipsterkan rumah kami. Waktu ni aku teringin nak beli barang Ikea tapi kami tak mampu. So aku decide untuk kerja di Ikea sebab staff akan dapat diskaun 15%.
Pada usia 23 tahun, aku buat kerja part time sebagai cashier Ikea, seorang student full time, seller bisnes online dan buat personal shopper Ikea dalam satu masa. Hinggakan aku hampir nak pengsan sebanyak 5 kali kat kaunter Ikea sebab kepenatan, dehydrated, tekanan darah rendah.
Boleh dikatakan 80% barangan Ikea dan barang hiasan aku beli guna duit sendiri. Aku biarkan dia uruskan apa yang patut seorang suami uruskan. Rumah, kereta, motor, segala bil-bil.
Amer tak bagi aku kerja dan buat online bisnes buat masa sekarang. Mungkin dia tercabar dengan kegigihan dan kekuatan diri yang ada pada diri aku. Yang tak mudah menyerah kalah. Yang terbiasa hidup susah.
Ibarat kalau takde lelaki dalam hidup pun still boleh hidup lagi. Ceh! Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia tau. Dia kena tahu yang ni.
Kami nak cat rumah. Masa ni aku blur sikit. Banyak cat lawa-lawa. Tapi alhamdulilah aku terinspirasi bila tengok cat kondominium depan kedai cat. Nak duk kondominium tak mampu, so aku hanya mampu tiru warna cat.
Part ni paling best. Kami pinjam tangga domino kat tempat kerja Amer. Angkut tangga guna motor. Aku galas kat bahu. Pandai aku handle tangga. Kalau tak, boleh pecah cermin kereta orang kat jalan raya. Hiks.
Rumah flat sempit yang dideko yang diupload dalam wall aku semalam adalah rumah yang disewa oleh suami seorang mat despatch, runner dan rider domino piza dan isteri seorang pengganggur a.k.a graduan UM tetapi seorang isteri yang serba boleh dan serba guna. Hiks.
Aku pernah update satu status dengan ayat “pelamin mewah atau rumah, mana pilihan korang?”
Aku tahu pelamin mewah tak semahal rumah, tapi aku sebagai orang yang dah pernah makan asam garam untuk cari tempat berteduh tahulah bagaimana susahnya hidup lepas kahwin. Tak seindah pelamin yang gah.
Aku tak cakap pula kahwin ni tak best. Best. Tapi dalam masa yang sama yang best tu tetap ada dugaan yang ditimpakan agar hidup ini jadi lebih best selepas diuji.
Ada setengah orang lebih suka kalau lepas kahwin, isteri masuk rumah just cuci kaki je. Tapi aku lebih suka susah senang sama-sama macam ni – ada moment untuk dikenang. Dan baru ada rasa – appreciate each other dan bersyukur dengan apa yang ada.
Kalau kau nampak benda-benda yang best pasal rumah tangga (relationship goals misalnya) dalam facebook, jangan sesekali tag atau mention pasangan seolah-olah kita mitak mereka sediakan untuk kita, tunjuklah effort kita yang sanggup susah senang sama-sama.
Bacalah dengan mata hati, di sini banyak aku simpulkan tentang realiti rumah tangga (part cari rumah je) selain rumah besar, kereta mewah dan makanan best-best. Walaupun aku masih muda, tapi pengalaman hidup banyak mengajar aku dan degree is nothing kalau kau malas usaha
Degree – kasta untuk membezakan siapa pandai, siapa bodoh. Tapi rezeki Allah – tak kira kau pandai atau bodoh asal kau rajin dan kuat berusaha – semua boleh rasa. Rezeki Allah itu luas. Seluas-luas rezeki Allah di dunia ini hanyalah 1 nikmat dari Allah saja, 99 nikmat yang lain semuanya ada di syurga nanti. Jadi, janganlah masing-masing dengki dan busuk hati dengan rezeki orang lain.
Rezeki is mean kemewahan, kesihatan, kesempurnaan, kecantikan, kepandaian, kezuriatan, kebahagiaan, ketenangan dan apa jenis ke-an lagi. Kau dengki dengan rezeki bersamaan 1 nikmat dunia padahal kau dah terlepas 99 nikmat kat syurga. (Tiba-tiba berceramah pulak) Berkahwinlah when you’re ready, not when you’re lonely Aku, Aten, bini Amer yang sangat sweet -24 TAHUN 8 BULAN.
2018
Hai harini 10 Feb 2018. Alhamdulilah. Umur aku dah 26 tahun 8 bulan. Posting ni sudah berusia 2 tahun. Rasa cepat sangat. Banyak pencapaian yang aku dah dapat dalam masa yang singkat ini. Tak sangka bukan? Aku pun tak sangka.
2020 Hai harini 11 Ogos 2020. Aku berusia 29 tahun. Aku sudah memiliki 2 orang anak. Aisyah dan Hajar. Aku masih lagi seorang suri rumah tangga yang buat business online dan work from home. Sudah ada company sendiri, Atenn Inspire Works Sdn Bhd. Seminggu hanya 2-3 kali aku masuk office. Aku masih lagi seorang isteri dan ibu yang cekal.
2022 Hi harini 2 Feb 2022. Aku berusia 31 tahun. Anak kami telah bertambah seorang jadi tiga orang, Emir Miqdad. Aku masih lagi seorang suri rumah sepenuh masa, buat business online dan freelance content creator, social media dan poster.