Yuni Shara, artis Indonesia yang juga merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Kris Dayanti diakui keduanya  mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

Bahkan bukan hanya wajahnya sahaja yang sering dipuji cantik tetapi susuk tubuhnya yang ramping dan langsing meskipun usianya kini 51 tahun sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia kecantikannya.

 

 

Kekal Cantik Di Usia Awal 50an, Rupanya Ni Rahsia Kakak Kepada Kris Dayanti Amalkan. Tak Susah Mana Pun!

Berkongsi fakta tersebut sepertimana yang pernah disiarkan di portal iNews, rupanya ada 7 perkara yang menjadi rutin penyanyi ini untuk tampil cantik, menawan dan aktif hingga ke hari ini.

Rahsia Awet Muda Yuni Shara

Kekal Cantik Di Usia Awal 50an, Rupanya Ni Rahsia Kakak Kepada Kris Dayanti Amalkan. Tak Susah Mana Pun!

  1. Amal lidah buaya

Yuni Shara sering menggunakan masker dari lendir lidah buaya. Lidah buaya ini digunakan sebagai perawatan pada bahagian wajah dan lehernya. Sesekali juga dirinya mengambil lidah buaya tersebut untuk dimakan bagi mengambil khasiat bahan tersebut.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

  1. Kerap berolahraga

Rutin berolahraga ini juga merupakan salah cara agar Yuni Shara terlihat awet muda sehingga kini. Yuni Shara melakukan olahraga untuk menjaga kesehatan tubuh serta kulitnya, yoga dan pilates merupakan jenis olahraga yang kerap dilakukan. Terkini turut dilihat Yuni Shara gemar bermian tenis.

  1. Botox

Perawatan botox ini dilakukan Yuni Shara untuk mengurangi garis kedutan yang terdapat di wajahnya, serta membuat wajahnya terlihat awet muda.

  1. Menghindari makanan berminyak

Sentiasa pastikan mengambil pola makan yang sihat dan elak daripada makan makanan yang berminyak.

  1. Hadkan Pengambilan Nasi

Selain untuk menjaga berat badannya agar kekal ideal dan juga untuk menjaga kesehatan tubuhnya, dia akan pastikan mengawal pengambilan nasi. Biasanya Yuni Shara memakan nasi di siang hari dan apabila sudah malam dia tidak akan makan nasi walaupun berasa lapar.

6. Kurangkan Gula

Difahamkan ketika dirinya ingin minum kop,  seboleh mungkin tidak akan mencampurkan gula ke dalam air kopinya itu. Dirinya juga tidak akan menikmati hidangan manis sebagai tambahan saat ia sedang minum kopi seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan antara kita.

  1. Perawatan skin booster

Yuni Shara terlihat awet muda bukan hanya menjaga pola makannya, tetapi dirinya juga melakukan perawatan skin booster untuk menutrisi kulitnya agar lebih optimal. Perawatan skin booster ini bertujuan untuk memberikan vitamin atau zat kimia lainnya seperti asam hialuronat atau DNA salmon.

Bukan hal yang aneh lagi jika Yuni Shara awet muda di usia awal 50an, kerana dirinya begitu menjaga sekali pemakanan, bersukan dan turut melakukan perawatan untuk kulit mukanya agar terlihat tetap cantik.

Sumber : iNews

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kekal Cantik Di Usia Awal 50an, Rupanya Ni Rahsia Kakak Kepada Kris Dayanti Amalkan. Tak Susah Mana Pun!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI