Fasa peralihan fasa ke endemik membolehkan orang ramai bergerak ke pelbagai lokasi tanpa sekatan antaranya aktiviti pelancongan yang paling digemari ramai.
Bagaimanapun kebimbangan terhadap risiko dijangkiti tetap ada selain daripada kewujudan pelbagai virus penyakit yang lain.
Justeru sebenarnya ramai yang tetap mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan memastikan kerap berada di dalam rumah.
Memilih untuk tinggal di dalam rumah berbanding luar rumah memerlukan kita bernafas dalam ruang udara yang bersih dan sihat.
Tahukah anda, ruang udara rumah yang bersih mencegah penyebaran virus dan mengelakkan anda sekeluarga dijangkiti virus.
Untuk membantu memastikan udara di rumah sentiasa segar, Acer menawarkan teknologi untuk membersih dan membantu pengaliran udara di ruang kediaman.
Ads
Acerpure cool ialah pengalir dan penulen udara 2-dalam-1 yang dilengkapi dengan penapis HEPA 3-dalam-1 yang dipasangkan dengan Penapis Bersalut Perak Ag+ untuk membersihkan dan mengedarkan udara di sekeliling bilik.
Prihatin Dengan Kesihatan Masyarakat
Sebagai tanda prihatin dengan kesihatan masyarakat Malaysia, Acer ingin memastikan setiap orang dapat menghirup udara yang bersih di rumah masing-masing menggunakan acerpure cool 2-dalam-1 yang membersih dan menyejukkan udara pada masa yang sama supaya anda dan orang tersayang dapat menghirup udara yang lebih bersih sama ada di rumah atau di pejabat.
Acerpure cool secara berterusan mengesan, menilai dan meningkatkan kualiti udara melalui teknologi terbina pintarnya
Ciri-Ciri Terbaik acerpure cool
Sebelum membuat keputusan untuk membeli penulen udara untuk kegunaan rumah anda perlu mengambil tahu apa ciri-ciri yang dimiliki. Berikut adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh acerpure cool dan yang pastinya sangat berbaloi untuk memilikinya.
Ads
Diuji oleh makmal pihak ketiga, acerpure cool HEPA 3-dalam-1 penapis diperakui dan Penapis Bersalut Perak Ag+ mengeluarkan zarah PM1.0, 99.97% daripada zarah terampai 0.3μm, bakteria di udara dan berkesan terhadap aktiviti virus H1N1.
2. Acerpure cool membebaskan ion negatif untuk mengurai gas berbahaya di udara seperti formaldehid
3. Reka bentuk yang ringkas tetapi moden dengan panel sentuh LED intuitif dan kunci keselamatan kanak-kanak
4. Dengan sensor kualiti udara PM1.0, acerpure cool menyokong pemantauan kualiti udara dalaman masa nyata dan bacaan dipaparkan melalui tiga lampu penunjuk LED warna hijau, kuning dan merah membolehkan pelarasan mod operasi mudah dan pemantauan masa nyata kualiti udara
Ads
5. Menggabungkan fungsi pembersihan dan pengaliran udara, acerpure cool mampu memancarkan udara bersih sehingga 16m, mencapai peredaran udara penuh bagi bilik 27 m2 dalam masa tiga minit
6. Mod penulen udara melaraskan operasinya secara automatik untuk memastikan pembersihan bilik yang lebih baik apabila kualiti udara yang lemah dikesan.
7. Dengan mod senyap senyap 26dB, acerpure cool mampu membersihkan dan mengalirkan udara segar secara senyap.
Jawab soalan peraduan di bawah ini dan pemenang bertuah berpeluang menang hadiah sebuah acerpure cool. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2022.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudahlah keletihan, kali ini ibu hamil demam pula sehingga badan jadi lesu. Jangan dibiarkan lama jika demam berlarutan waktu hamil.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman.
Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil.
Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan. Melalui perkongsian
Ambil paracetamol
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol.
Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan.
Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bawang putih menjadi antara ramuan terpenting di dalam masakan. Bawang putih yang memiliki bau yang agak kuat kadang kala mengundang rasa tidak selesa bagi sesetengah orang. Malah tidak dapat dinafikan bila terhidu bawang yang sedang digoreng, aroma memang cukup menyelerakan!
Selain itu, sebagai mana semua ketahui bahawa bawang putih ini juga banyak mengandungi manfaat dan khasiatnya pada tubuh badan. Namun jika tidak diolah dengan baik semasa proses penyediaan makanan, khasiat bawang tersebut boleh berkurangan.
Oleh itu, ketahui bagaimana cara terbaik untuk kekalkan khasiatnya agar makanan yang dihidangkan untuk keluarga mempunyai khasiat yang terbaik. Ilmu bermanfaat ini telah dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
[su_highlight background=”#fefcee” color=”#d41941″]Tip Mendapat Nutrisi Yang Lebih Banyak Daripada Bawang[/su_highlight]
JANGAN potong bawang dan kemudian simpan di dalam bekas tanpa penutup ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan bawang-bawang tersebut diserang kulat!
2. HANYA potong bawang apabila mahu digunakan dalam masa 10-15 minit.
3. Jika ada lebihan bawang yang dipotong, RENDAM di dalam minyak kelapa atau minyak zaitun bagi mendapatkan nutrisi yang banyak.
Seulas bawang putih mengandungi:
* 1.76 gm air
* 4 kalori
* 0.19 gm protein
* 0.1 gm serat
* 0.99 gm karbohidrat
* 0.03 gm gula
* 0.01 gm lemak
Bebas kolesterol atau lemak tepu.
Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi wanita yang baru sahaja berkahwin, pastinya rasa keliru samada hamil atau pun tidak. Malah adakalanya langsung tidak sedar perubahan tubuh yang anda kini sedang hamil.
Jangan bahayakan diri dan bayi dalam kandungan, ini tanda-tanda lazim yang menunjukkan anda sedang hamil. Hati-hati!
1. Lambat datang haid
Apabila janin telah terbenam pada dinding rahim ibu, hormon human chorionic gonadotropin (hCG) akan dirembeskan. Ia bagi mengelakkan berlakunya proses ovulasi dan haid.
Kebanyakan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka.
2. Pendarahan ringan
Ramai wanita seringkali tersalah anggap bahawa tompok-tompok pendarahan yang dialami pada fasa awal kehamilan itu haid. Ia merupakan darah yang keluar seusai janin berjaya membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim.
Pendarahan tersebut mempunyai warna yang lebih cair dan kuantiti yang sedikit.
3. Sakit dan kekejangan perut
Apabila anda mengalami pendarahan ringan, kebanyakan wanita turut mengalami kekejangan pada bahagian perut.
Kajian pada tahun 2011 oleh Universiti North Carolina telah menunjukkan bahawa 28% daripada 4,539 wanita mengalami simptom kesakitan apabila berlaku pendarahan ringan.
4. Suhu badan naik
Kenaikan suhu badan juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Namun perlu diingatkan juga, simptom ini agak tidak spesifik.
Anda boleh mengalaminya ketika sedang bersenam atau ketika cuaca panas.
5. Kelesuan
Apabila hormon progesteron anda memuncak, anda akan mudah untuk berasa letih dan mengantuk. Ini berikutan progesteron juga memainkan peranan penting dalam kitaran tidur jaga.
Cuba dapatkan tidur yang cukup untuk memaksimumkan masa rehat anda.
6. Rasa berdebar-debar
Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Jumlah isi padu darah di dalam badan anda akan meningkat menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih pantas daripada kadar normal.
Jika anda mempunyai masalah jantung, dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor anda.
7. Payudara semakin besar
Mungkin ini merupakan masa untuk anda membeli bra baharu? Perubahan pada saiz payudara merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Ia disebabkan oleh perubahan hormon mendadak yang ingin menyediakan diri anda untuk kelahiran bayi.
Puting (areola) anda juga akan menjadi semakin besar dan menghitam.
8. Perubahan mood semasa hamil
Wanita hamil cepat beremosi, kan? Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon. Jika anda merasakan pasangan anda mudah melenting atau merajuk daripada biasa, itu juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.
Pujuk mereka. Wanita hamil mudah mendapat masalah kemurungan, keresahan atau kegembiraan yang melampau.
9. Kerap kencing
Apabila jumlah isi padu darah di dalam badan anda meningkat, buah pinggang juga terpaksa bekerja keras bagi memastikan sistem fisiologi badan berada pada paras yang optimum.
Keadaan ini boleh menyebabkan air kencing berkumpul dengan lebih laju di dalam pundi kencing. Minum air secukupnya dan jangan menahan kencing.
10. Perut kembung
Keadaan ini kebiasaannya berlaku selepas makan. Proses penghadaman anda menjadi perlahan berikutan perubahan hormon yang berlaku.
Jangan risau, apabila badan anda sudah biasa, simptom ini kebiasaannya kurang berlaku. Amalkan gaya pemakanan sihat.
11. Sembelit
Perubahan hormon bukan sahaja akan membuatkan anda rasa kembung perut, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Apabila anda mengalami simptom ini, perut anda akan bertambah kembung menyebabkan anda berasa tidak selesa.
Ambil makanan berserat pada kuantiti yang banyak dan minum air secukupnya.
12. Mabuk hamil
Mabuk hamil (morning sickness) kebiasaannya berlaku pada minggu ke empat kehamilan. Badan anda masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon.
Ini boleh menyebabkan berlakunya simptom muntah dan loya yang kerap kali menjadi salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.
13. Sensitif pada bau
Banyak kajian telah membuktikan bahawa wanita hamil lebih sensitif kepada bau terutamanya pada trimester pertama.
Setakat ini tiada bukti spesifik yang dapat menerangkan mekanisme simptom ini namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak dan kerap kali dilaporkan pada doktor.
14. Loya dan muntah
Berbeza dengan mabuk hamil yang disebabkan oleh hormon, wanita yang sensitif kepada bau berisiko untuk mengalami simptom loya dan muntah.
Perkara ini juga boleh mempengaruhi tahap selera makan mereka. Maka untuk para suami, jangan pakai baju atau stokin yang sama berulang kali ya?
15. Rasa dunia berpusing
cara nak tahu hamil atau tidak
Pening kepala bukanlah simptom spesifik kepada diagnosis kehamilan namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Perubahan pada isi padu darah wanita boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Hormon seperti estrogen dan progesteron juga boleh menggalakkan salur darah untuk mengembang menyebabkan tekanan darah anda untuk turun lebih rendah. Anda mungkin akan mengalami simptom pening namun ia akan hilang.
16. Mengidam
Tiada konsep sains spesifik yang boleh menerangkan fenomena ini namun wanita hamil memang kebiasaannya mengidam untuk makan sesuatu.
Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Penuhilah hasrat mereka dan dalam masa yang sama pastikan makanan tersebut sihat dan berkhasiat.
17. Berat naik
Ini bukanlah tanda awal kehamilan namun, secara perlahan-lahan, berat anda akan naik. Walaupun kenaikan berat badan ini dianggap normal, anda harus memastikan ia berada dalam lingkungan yang sihat mengikut jisim berat badan (BMI) anda.
Jika tidak, anda mudah mendapat penyakit kronik seperti kencing manis jenis II dan masalah berat badan berlebihan selepas bersalin.
18. Pedih ulu hati
Hormon kehamilan boleh menyebabkan spinkter pada bukaan esofagus anda mengendur. Ini membolehkan asid perut untuk memasuki esofagus menyebabkan keradangan pada dinding esofagus.
19. Muka kelihatan berseri
Oleh sebab jumlah isi padu darah dan hormon anda bertambah, lebih banyak darah akan mengalir melalui salur darah menyebabkan kelenjar minyak terpaksa bekerja lebih keras.
Perkara ini boleh menyebabkan kulit anda kelihatan licin dan berseri.
20. Masalah jerawat
Walaupun peningkatan pada aktiviti kelenjar minyak dianggap positif, buat sesetengah individu, mereka terdedah untuk mendapat masalah jerawat.
Jika ia tumbuh secara mendadak, dapatkan bantuan doktor anda untuk rawatan lanjut.
21. UPT positif
Ini merupakan cara nak tahu hamil atau tidak yang paling mudah. Alat ujian air kencing kehamilan (UPT) boleh mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Pergi ke farmasi dan beli alat tersebut.
Kebanyakan UPT boleh mengesan hormon hCG 8 hari selepas anda terlepas haid.
22. Kurang selera makan
Banyak sebab kenapa isteri anda yang sedang hamil kurang selera makan. Ia boleh disebabkan oleh alahan mengandung yang dialami, kurang vitamin, deria bau terlalu sensitif atau tidak mempunyai mood untuk makan.
Ia mungkin berterusan sehingga anda bersalin, maka adalah lebih baik untuk anda melaporkan kepada doktor.
23. Selera makan bertambah
Setiap wanita mengalami simptom yang berbeza. Ada yang kurang makan, ada juga yang selera makan meningkat secara mendadak.
Pastikan anda mengawal pengambilan kalori anda. Kenaikan berat badan mendadak atau berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan dan komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang.
24. Selesema
Ibu hamil mudah untuk mendapat jangkitan virus dan bakteria. Perubahan pada status imun badan mereka menyebabkan mereka mudah untuk mendapat penyakit.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...