Pelakon Diana Rafar selamat melahirkan seorang bayi lelaki Jumaat lalu pada pukul 11:33 malam di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital. Berota baik itu dimuat naik oleh suaminya, pelakon Zamarul Hisham menerusi laman instagramnya. Sambil melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya itu, Zamarul juga meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka anaknya itu lahir lebih awal daripada yang dijangkakan. Syukur Alhamdulillah.. hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh .
Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami. Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda. Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb.. rupa2 nya dia nak hari Jumaat jugak.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
Apa mak ayah nak buat waktu anak masih kecil? Selain lapangkan masa untuk bermain dengan anak, belajar untuk merangsang perkembangan otak anak semasa anak umur 6 tahun ke bawah adalah hadiah terbaik buat mereka.
Menurut Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy , Selayang, Puan Maryam Jamadi, 90% perkembangan otak adalah semasa umur 6 tahun ke bawah. Ramai mak ayah ingat, nak rangsang otak anak banyakkan:
– Main flash card
– Baca buku banyak-banyak
– Hantar kelas siang dan malam
– Pergi tuisyen
Sebenarnya, nak rangsang otak (kognitif) anak tak perlu pun keluar modal besar. Hanya bermodalkan masa dan perhatian kita kepada anak sahaja.
CARA RANGSANG OTAK ANAK MENGIKUT UMUR
0 HINGGA 2 TAHUN
– Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal.
Tips saya:
1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
Boleh rujuk artikel saya “Nak Anak Bijak”.
2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak.
Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak
✅ EXPERIMENT
✅ EXPLORATION
✅ EXPERIENCE
3. Selagi “tangki” keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat. Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti.
4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain.
Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah “mainan” bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan.
5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira.
Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.
2 HINGGA 6/7 TAHUN
– Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti.
– Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi.
– Belum boleh berfikir secara logik dan rasional.
– Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak.
Tips saya:
1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa. Konsepnya
Semakin banyak kita bercakap dengan anak
⬇️
Semakin banyak kosa kata yang anak belajar
semakin bagus skil bahasa anak
⬇️
Semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya ⬇️
Semakin berkembang cara pemikiran dan otak anak
2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar.
Minat dahulu ➡️ duduk belajar
3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak.
Purata skil fokus, 1 tahun : 3 minit.
Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik.
4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak.
Limit 1 jam sahaja SEHARI.
5. Jika kita faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.
6. Kalau kalian ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak.
Kalau anak tanya soalan yang kita tak tahu, tanya sahaja En. Google
Sebenarnya setiap perkembangan ada prosesnya sendiri, jika mak ayah faham konsep pasti mudah nak bantu rangsang perkembangan anak.
Pengorbanan seorang ibu. Umum mengetahui Penyanyi Nourul Depp, sebelum ini melahirkan anak perempuannya, Isabella Depp melalui pembedahan.
Kesan daripada pembedahan tersebut, Nourul Depp dikesan mempunyai ‘ abnormal cell’ dan dikatakan bakal menjalani pembedahan di bahagian serviks pada 14 Ogos ini.
Pi buat pap smear all ldies. Tadi jumpa staff hospital pun, depa kata tak permah buat pp smear. Jangan buat gila na. .
Kena nasib tak baik, tak tau kata ada abnormal cell, simpan lama lama jadi cervical cancer atau uterus sat lagi. Jaga jaga .
Kami nasib baik gynae kami selalu pesan buat pal smear every year. Nasib baik lah dia tu the best. Memang dia suruh buang kalau ada abnormal cell .
Setengah perempuan, depa takut. Depa risau sakit. .
Lojiknya : nak sakit dua minit ka, nak sakit berbulan bulan dan bertahun tahun??? .
Sayangi nyawa. Kita ni tunggak keluarga kita dan anak anak. Kalau kita takdak sapa nak jaga anak2? Nak ka tengok husband kawin orang lain lepas kita mati?
Nourul mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Sudah menjadi lumrah, apa sahaja perkara yang menyeronokkan, aktif dan meriangkan, itulah yang membuatkan anak-anak kita teruja untuk lakukan dengan bersemangat dan bertenaga. Bahkan, sepanjang anak-anak kita belajar di sekolah sekali pun, ada sahaja elemen ceria dan menggembirakan dipraktiskan oleh guru-guru untuk menarik perhatian anak-anak kita untuk belajar.
Hakikatnya banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh kita lakukan bersama anak-anak di rumah. Bahkan setiap kali melakukan aktiviti tersebut, kita sebenarnya sedang mendidik anak-anak menjadi seorang yang rajin, pandai berdikari, bertanggungjawab dan penyabar. Selain tidak dapat dinafikan, inilah juga caranya untuk kita anak beranak wujudkan ‘bonding’ yang erat.
Rasanya inilah aktiviti paling anak-anak suka lakukan pada hujung minggu bersama seorang ayah. Maklumlah ketika inilah anak-anak kita dapat bermain air dengan gembira sambil cuci kereta. Jadi masa dan ketika inilah kita dapat terangkan pada anak-anak betapa pentingnya penjagaan kebersihan.
Bukan sahaja badan kita perlu mandi setiap hari, tetapi kereta pun kena ‘dimandikan’. Begitu juga dalam bab berjimat dalam penggunaan sumber air, setidak-tidaknya anak-anak tahu bila masanya perlu tutup paip dan ini sekali gus menjadikan mereka lebih bertanggungjawab untuk elak berlakunya pembaziran.
Anak-anak suka melukis dan mewarna. Bagi mereka itu suatu aktiviti yang cukup menghiburkan dan aktitivit ini sebenarnya bagus untuk membantu menajamkan pemikiran, meningkatkan skil dan mengembangkan kreativiti anak-anak.
Aktiviti melukis juga dapat membantu supaya anak-anak dapat meluahkan emosi serta apa terbuku di hati mereka dengan kaedah lebih santai. Selain itu, dengan melukis boleh mengembangkan kreativiti anak secara semula jadi. Biarkan anak-anak meneroka aktiviti ini dan mencipta imaginasi sendiri. Mungkin anda mungkin terkejut untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka!
Alangkah bagusnya sekiranya kita juga dapat luangkan masa untuk melukis bersama anak-anak. Selain memberi pelajaran baru, aktiviti sebegini mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak. Hasil lukisan bersama ini boleh anda simpan buat kenangan yang cukup berharga untuk seisi keluarga.
Ada ibu ayah anggap aktiviti ini biasa-biasa sahaja tetapi bagi anak-anak inilah masa yang ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi aktiviti sebegini dapat membantu mendidik anak untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemakanan sihat.
Dalam usia muda, anak-anak mudah menyerap maklumat dan belajar benda baru. Waktu ini adalah paling sesuai untuk mereka belajar tentang pemakanan yang baik dan tabiat makan yang sihat.
Ibu bapa boleh menyuntik pemahaman pada anak-anak dalam penyediaan sajian makanan dengan cara memasak yang sihat, seperti mengukus, memanggang atau membakar berbanding kaedah menggoreng. Sebagai contoh, memanggang ayam adalah lebih sihat dan kurang berminyak berbanding menggoreng.
Dalam masa yang sama, menggalakkan mereka menyertai proses penyediaan makanan, daripada merancang sehingga membeli bahan dan memasak. Justeru, anak dapat mengenali jenis makanan sihat yang mengandungi karbohidrat, sumber protein, vitamin dan sebagainya.
Mereka penuh dengan imaginasi ketika melihat bahan-bahan tersebut. Bahkan ini juga cara terbaik untuk kita perkenalkan jenis-jenis tepung, membezakan rasa, mengenal warna dan sebagainya kepada anak-anak dengan lebih menarik.
4. Menyanyi Bersama
Mengikut kajian, muzik juga dapat membantu perkembangan otak terutama otak kiri yang berfungsi sebagai ‘intelligent quotient’ (IQ) yang bermaksud kemampuan intelektual. Justeru, dengan menyanyi dapat meningkatkan kepintaran anak-anak dalam berfikir dan menyelesaikan masalah.
Justeru, aktiviti menyanyi bersama anak-anak bukan mereka sahaja merasa kegembiraannya malah kita juga dapat rasa kebahagiaannya. Aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa
Pun begitu, jika inginkan saat menyanyi ini lebih unik dan istimewa, jadi apa kata kita cipta momen hebat dengan sama-sama menyertai pertandingan peraduan Champs Vitamin C 250mg + Zinc Effervescent di mana anak-anak boleh menyanyikan lagu Didi & Friends X Champs | Champs Vitamin C 250mg + Zinc Effervescent Pilihan Sihat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.