Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
Ads
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Ads
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
@hidyh91Kesian aunti kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga. 3x ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau x, terprint muka yang sama berulang 😅
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Tahukah anda bahawa wajah asal manikin CPR adalah seorang gadis. Bagi yang pernah mengikuti latihan pertolongan cemas CPR ini sudah tentu kerap menggunakan wajah patung ini.
Nak tahu lanjut mengenai misteri milik wajah patung ini, ikuti coretan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk infomasi lanjut.
Sudah Lebih 100 Tahun Mati, Tapi Sehingga Kini, Gadis Ini Masih Cuba Diselamatkan
Sekitar tahun 1880, seorang gadis ditemui lemas di Sungai Seine, sebuah sungai yang merentasi kota Paris. Bagi tujuan pengecaman, mayat gadis ini dipamerkan di sebuah rumah mayat, dengan harapan ada orang awan yang boleh mengecam mayat tersebut. Malangnya, tiada siapa tampil untuk mengenal pasti identiti gadis berkenaan
Kisah gadis yang disyaki membunuh diri ini tidak berakhir di situ.
Gadis misteri ini, meskipun mati lemas, wajahnya yang tersenyum damai, seakan-akan wajah seseorang yang sedang lena diulit mimpi indah telah menawan hati orang ramai. Lantaran itu, acuan plaster wajah wanita rupawan ini telah dibuat.
Menjelang awal abad ke-20, arca patung berdasarkan muka gadis yang mempersonakan ini telah menghiasi ruang-ruang galeri seni terkemuka di kota Paris, bahkan menjadi ia menjadi satu fenomena di kota-kota eropah yang lain.
Wajah gadis misteri yang berjaya memukau warga eropah ini, telah diberi nama Inconnue de la Seine. Ada juga yang memberi jolokan “Mona Lisa Lemas”, mungkin kerana aura senyumannya setanding senyuman Mona Lisa — lukisan artis Renaissance; Leonardo da Vinci.
Inconnue juga tidak terlepas daripada menjadi subjek sastera; sajak, gurindam, novel, dan sebagainya. Karya-karya ini menyentuh tentang keanggunan, asal usul dan kisah disebalik kematiannya.
Setelah menghantui di tamadun seni Eropah selama 50 tahun, enigma gadis misteri ini telah menyelinap ke lapangan yang lebih luas.
Pada tahun 1955, seorang usahawan boneka patung yang terkenal di Norway, Asmund Laerdal telah menjumpai anaknya terapung tak bernyawa di dalam air. Namun, pantang maut sebelum ajal. Walaupun ketika itu teknik resusitasi kardipulmonari(CPR) belum wujud, anaknya itu berjaya diselamatkan.
Hanya 3 tahun selepas itu, seorang doktor Hungary, Dr. Peter Safar, menformulasi teknik CPR. Dr. Safar memerlukan patung yang direka khas bagi tujuan latihan dan penyebaran teknik ini, maka melalui seorang rakan, beliau telah diperkenalkan kepada Laerdal.
Pucuk dicita, ulam mendatang. Laerdal yang masih terkesan dengan tragedi yang menimpa anaknya, bersetuju bekerjasama dengan Dr. Safar.
Dr. Safar dan Laerdal sangat teliti dalam aspek teknikal patung ini. Ia mempunyai salur pernafasan mirip manusia, lengkap dengan lidah dan dada yang boleh menganjal jika diberi tekanan. Selain itu, Laerdal juga memberi tumpuan kepada nilai estetika patung ini.
Baginya, wajah patung ini perlu realistik tetapi tidak terlalu mengerikan. Memandangkan patung itu perlu “dicium” oleh pelatih CPR, Laerdal berpendapat wajah wanita adalah lebih sesuai digunakan. Agak-agak beliau pilih wajah siapa?
Ya! Wajah Inconnue de la Seine!
Sedikit perubahan pada wajah Inconnue perlu dilakukan agar boleh digunakan pada patung resusitasi ini kerana patung tersebut memerlukan mulut yang terbuka. Jadi senyuman manis Inconnue terpaksa dikorbankan. Selain daripada itu, semua ciri Inconnue dikekalkan.
Pada tahun 1960, seiring dengan pengenalan teknik CPR kepada umum, patung resusitasi ini turut diperkenalkan. Kursus-kursus CPR mula diajar kepada petugas kesihatan, bomba, polis, tentera, malah di syarikat-syarikat dan sekolah-sekolah, termasuk kolej dan universiti.
Resusci Anne.
Itulah nama timangan yang diberi untuk patung latihan CPR ini. Ada mengatakan nama “Anne” berasal dari kependekkan “mannequin”, dan ada pula mendakwa ia diambil sempena nama Sungai Siene di mana mayat Inconnue dijumpai. Kini, dianggarkan seramai 400 juta orang pernah dilatih menggunakan patung Resusci Anne, dan salah seorang daripadanya adalah selebriti terkenal, Michael Jackson.
“Annie, are you OK? Are you OK, Annie?”
Serius. Menurut dokumentari “Bad 25” yang berkisar tentang album pembikinan album Bad, lirik korus lagu “Smooth Criminal” yang dinyanyikan oleh Raja Pop ini, merujuk kepada salah satu frasa yang diajar ketika latihan CPR.
Namun begitu, di Malaysia kita tak diajar frasa tersebut semasa kursus latihan CPR. Di sini kalau kita panggil Anne, nanti pelayan di kedai mamak yang menyahut. Kahkahkah!
Apapun, teknik asas kemahiran CPR perlu dipelajari setiap lapisan masyarakat. Jika berhadapan dengan situasi dimana jantung atau pernafasan terhenti, prosedur ini boleh menyelamatkan nyawa!
Kemesraan Adira dan suami dikongsikan di laman sosial ketika membeli baju hari raya di gedung pakaian, Jakel menarik perhatian netizen.
Mana taknya, kisah rumah tangga mereka telah menarik pehatian ramai. Ramai mendoakan kebahagiaan pasangan ini agar penghujungnya menemui jalan bahagia.
Terbaru, jakeltextile ada berkongsi video di Instagram memperlihatkan Adira dan suami sedang menuju ke gedung pakaian terkenal Jakel sehingga membuatkan netizen ‘bersemut’ melihat kemesraan mereka.
Rata-rata netizen gembira dan mendoakan kebahagian melihat aksi pasangan itu yang memilih pakaian hari raya.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang mengumumkan hamil anak ketiga selepas melakukan beberapa ujian kehamilan dan bakal menimang cahaya mata itu dalam masa empat bulan lagi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali telah memuat naik beberapa foto memaparkan keputusan ujian kehamilan itu.
“Bismillahirrahmanirrahim, tambah sedikit ‘cinta’ lagi dalam keluarga kami, bayi nombor tiga on the way!” katanya.
“Di sini, Eyra minta doa dari semua untuk kami sekeluarga sebab anak dalam kandungan ini akan lahir dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua,” ujarnya.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Eyra ia merupakan kehamilan kembar diawalnya namun begitu dia dan suami tidak mempunyai rezeki untuk menimang kembar kerana salah satu dari bayinya tidak menjadi.
“Jumpa dengan Dr yang sambut Hayder dulu, Dr tengok scan dan cakap itu bukan ectopic. Rupanya dua anak mama dan papa, tapi takde rezeki, satu tak jadi.
“Tinggallah satu anak mama dan papa. Tak apa, mama papa masih bersyukur atas rezeki ini,” luahnya.
Terdahulu, Eyra telah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu penjaga gol pasukan negara, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.