Menurut pakar Mikrobiologi yang membuat kajian mengenai kuman dan penyakit berjangkit jika hendak mencegah jangkitan kuman dan penyakit berjangkit ada etika yang ibu bapa kena tahu ketika anak batuk. Pada masa yang sama ibu bapa kena didik anak juga etika ini.
Baru-baru ini, ketika diajukan persoalan ini, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Pensyarah Kanan & Pakar Mikrobiologi Klinikal,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Sains Islam Malaysia, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada tubuh manusia. Kuman iaitu bakteria, virus dan kulat tersebar kepada manusia melalui pelbagai cara.

Antaranya ialah melalui sentuhan, pernafasan, makanan, udara, dan haiwan. Virus yang tersebar melalui cecair pernafasan atau respiratory droplet dan udara seringkali menyebabkan jangkitan kepada kanak-kanak terutamanya yang tinggal di pusat asuhan atau belajar di tadika.Sebab itulah anak-anak kita sering saja menghidap selsema dan batuk yang berpanjangan.

BAGAIMANA TERSEBAR?

IKLAN

Penyakit yang tersebar melalui cecair pernafasan termasuk common cold, influenza, pneumonia (jangkitan paru-paru). Penyakit yang tersebar melalui udara pula ialah chicken pox, measles, penyakit kaki tangan dan mulut (hfmd) serta tuberkulosis.

Cecair pernafasan dikeluarkan semasa batuk, bersin, ketawa dan bercakap. Cecair tersebut boleh mencemari udara sehingga jarak satu kaki,dan kemudian jatuh di atas meja, kerusi dan alatan berhampiran. Cecair juga mencemari alat permainan, alat tulis dan sudu garpu sekiranya alatan ini dimasukkan ke dalam mulut atau terkena hingus dan sebagainya.  Kuman yang disebarkan melalui udara juga tersebar apabila pesakit batuk dan bersin, tetapi kuman ini berada di dalam udara pada masa yang lama dan boleh bergerak lebih jauh.
Jangkitan boleh dijauhi sekiranya ibu dan anak-anak tahu bagaimana untuk mencegahnya.

IKLAN

Etika Batuk & Bersin merujuk kepada amalan mudah yang patut dilakukan oleh semua orang yang mengalami batuk dan selsema atau jangkitan saluran pernafasan untuk mengelakkan penyebaran kuman kepada orang lain. Nasihat saya, amalan ini harus dilakukan sepanjang masa walaupun anda berasa sihat kerana adakalanya anda tidak dapat membezakan samada anda mengalami batuk disebabkan oleh jangkitan atau sebab-sebab lain.

Etika Batuk & Bersin
1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu semasa bersin dan batuk
2. Jika tiada tisu, tutup mulut dan hidung dengan lengan baju
3. Buang tisu ke dalam tong sampah
4. Basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.

IKLAN

Kata Pakar Mikrobiologi Ini Etika Ketika Si Kecil Batuk Untuk Elak Jangkitan Kuman.Mesti Alert!

Amalan ini patut diterapkan kepada anak-anak seawa usia pra-sekolah. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik rumah, menyediakan kemudahan lengka disediakan di rumah ( tisu, air dan sabun mudah diambil dan digunakan oleh anak  kecil) dan memastikan tisu sentiasa ada di dalam beg sekolah atau kocek anak. Di sekolah, guru-guru boleh menunjukkan gambar, menampal poster dan menerangkan tujuan Etika Batuk. Di Jepun, pendidikan kesihatan diajar seawal usia pra-sekolah. Kanak-kanak diwajibkan untuk membawa sapu tangan dan sebungkus tisu setiap hari. Sapu tangan digunakan untuk mengelap tangan selepas membasuh tangan manakala tisu digunakan untuk membuang hingus dan menutup mulut ketika batuk dan  bersin. Setiap minggu, petugas khas yang dilantik dari kalangan rakan-rakan sebaya akan membuat pemeriksaan kesihatan mingguan atau shirabe. Perkara yang diperiksa ialah sapu tangan, tisu dan kuku.
Ayuh kita mulakan amalan mudah ini di rumah. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI