Pengalaman yang cukup mengerikan buat wanita ini bila mana anak kecilnya menjadi mangsa cakaran kucing peliharaan mereka.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di kediaman mereka menyebabkan si kecil ini terpaksa menahan kesakitan dan menerima jahitan pada tempat yang dicakar.
Ikuti pendedahan puan Nor Hidayah Isa akan insiden yang berlaku ke atas anaknya, Amsyar. Baru ada masa nak update kat fb..tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Serangan daripada kucing rumah.
Ads
.Hari pertama 1 jun 2020..kenangan yang tidak boleh dilupakan. kami ada pelihara kucing nama grey.hari kejadian sekitar 11pg macam tu.pintu buka tp pintu grill tutup.jadi nampak la kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah..cepat2 la tutup pintu sebab takut grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang…sehari kami cari baru jumpa. Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu.tak sangka tindakan saya tu..membuatkan grey marah..amsyar masa tu duduk berdekatan dgn grey dekat depan pintu juga..lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa…
Ads
lps tu la grey nampak amsyar terus dia terkam kepala amsyar dan gigit cakar semua…benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja..bayangkan macam kucing bergaduh tu..betul2 grey buat mcm tu kat amsyar.dakap kepala amsyar mcm musuh dia. Bila nampak tu terus baling bantal dekat grey..grey lari..tapi grey datang balik macam nk serang lagi..saya ambik bantal tadi pukul grey…sebab geram sangat grey buat macam tu dekat amsyar..tgk amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata..masa ni baru perasan..
Ads
kelopak mata amsyar terbelah kena cakaran grey..nampak isi terkeluar.dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada,belakang kepala,mulut..mengigil tgk luka banyak macam tu… Amsyar dah meraung raung..Mama pun nangis sama.masa dukung amsyar tu grey macam nak serang lg.kami lari masuk bilik…tutup pintu Call husband suruh balik dia ada kt luar masa tu.nasib dia memang otw balik.
Tak berani keluar bilik dah.tak lama husband sampai.terus ke klinik..baju mama penuh darah..masa tu tekan dgn tisu ja luka kat mata amsyar sebab darah banyak keluar. Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan.Allah pelihara tak kena dalam mata..mungkin dia tutup mata masa serangan tu..jangan kecam saya..saya pun tak tau benda ni nak jadi. Doakan amsyar cepat sembuh.hari ni bengkak dah surut.mudahan cepat baik Amsyar.mama minta maaf sayang…salah mama..mama x potong kuku grey…
Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong,vaksin,dan kasi…nasib baik kami vaksin grey..kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usia bukan penghalang buat pelakon Vanidah Imran, 48, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya berlangsung Sabtu lalu (12 Mac lalu) di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Ibu kepada Mikail Aimran dan Maryam Rashika itu menggenggam sarjana danmenyarung jubah konvokesyen pada sidang ke-15 istiadat berkenaan yang berlangsung sejak 5 hingga 13 Mac.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Pergelutan itu memang bukan calang-calang. Ia tak mudah langsung, tetapi saya bersyukur kerana dirahmati. Saya memiliki kawan yang sama-sama buat sarjana termasuk Hasif Roslan dan Mohamad Shukri Mohd Tahir.
“Kami bertiga berjanji, walau apa jua cabaran akan menamatkan pengajian sarjana ini. Kami saling memberi motivasi dan membakar semangat antara satu sama lain.
“Saya juga beruntung kerana tak pernah putus sokongan daripada kawan lain seperti Prof Madya Aminah Rhapor, penyelia (Dr Marlenny Deenerwan), keluarga dan anak,” katanya.
Vanidah berkata dua anaknya sudah memahami rentak dan cara kehidupan.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar,” katanya.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” katanya.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki. Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya.
Menghampiri tiga dekad bergelar anak seni, Vanidah optimis keputusan menyambung belajar juga didorongi pelbagai faktor termasuk termasuk realiti pentas hiburan itu sendiri yang masih goyah tanpa jaminan konkrit.
“Pentas seni di Malaysia bukan industri yang stabil selagi kita tak ada undang-undang untuk melindungi pemainnya. Ketika itulah saya terdetik memilih pilihan lain (sambung belajar) untuk merubah kehidupan dan buat keputusan lebih baik.
“Saya boleh terus merungut mengenai kerapuhan gelanggang seni, tapi ia seolah-olah tidak membawa pengakhiran bermakna. Sampai bila pun nak merungut ibarat ia takkan habis. Saya kena buat sesuatu termasuklah menyambung pengajian sarjana selepas menggenggam ijazah.
“Ia keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya harap ia juga dapat jadi contoh dan motivasi untuk anak ke depan nanti,” katanya.
Sekalipun akur dengan resam turun naik dunia seni, minat dan kecintaannya menghidupkan karakter lakonan tak pernah terpadam.
“Saya nikmati apa yang dilakukan selama ini dengan penuh rasa. Seperti mana saya cabar diri untuk sambung belajar selain mengajar, lakonan juga sudah sebati. Saya tak cakap tidak suka berlakon, namun industri itu sendiri sejak jejak bermula tahun 1993 sampai sekarang masih ada sisi ‘hitam’nya.
“Anak seni masih bergelut tanya hak atau perkara sama. Namun ibarat tiada siapa ambil peduli. Malah saya dengar daripada pelakon senior pun yang berjuang sekian lama, ia tak memberi apa-apa justifikasi mahupun perubahan. Akhirnya terpaksa menelan semua itu seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sebanyak mana pun sayang dan cinta saya terhadap dunia seni, ada titik anjakan untuk saya buat sesuatu sebagai pilihan iaitu dengan mengutamakan pendidikan untuk perubahan kehidupan dan masa depan saya serta anak,” katanya yang bersemangat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada generasi muda (pelajar).
Katanya lagi, kejayaan menamatkan pengajian ini juga lebih kepada kepuasan diri.
“Saya tak cuba buktikan apa-apa atau kepada sesiapa pun. Saya puas kerana suka belajar benda baru. Matlamat diri sendiri pun bertitik tolak kepada apa yang mahu dicapai dengan mencabar diri keluar dari zon selesa.
“Anak seni tak kira di depan atau belakang kamera juga sebenarnya ada yang mempunyai tahap pendidikan baik. Tapi sering dilihat seperti tin kosong. Macam ketika terbabit dengan penggambaran drama Kudeta (versi drama untuk filem Daulat) ada antara kru seperti pasukan tatarias sebenarnya berpelajaran tinggi,” katanya.
Tambah Vanidah, Ameen Mustajab yang juga ketua tatarias bagi drama itu (Kudeta) terbitan Laguna Pictures sebenarnya pernah menjadi akauntan di Jabatan Akauntan Negara.
“Ameen sendiri pernah skor A untuk subjek matematik tambahan. Pembantu jurusolek drama itu ada antara mereka memiliki ijazah senibina dan kejuruteraan sivil. Begitu juga di bahagian menjaga ‘wadrobe’ ada yang menggenggam ijazah kejuruteraan elektrik, perniagaan serta kewangan.
“Namun hakikatnya ramai berfikir orang kreatif dalam industri seni ini tak berpelajaran tinggi terutamanya pekerja belakang tabir. Yang mereka fikir, rasa atau nampak semuanya negatif tanpa ada sekelumit rasa mahu bertanya.
“Saya harap janganlah memandang sebelah mata dengan pukul rata. Cuma ada yang belajar pandai memilih untuk masuk ke industri seni. Sebenarnya anak seni ini lagi sensitif, penuh rasa empati, dan memahami orang lain.
“Tak dilupa, masa di penggambaran filem Imam pun saya berpeluang mengenali kru yang ada sarjana pengajian Islamik dan bakal sambung peringkat Doktor Falsafah. Malah ada mempunyai lulusan Universiti Al-Azhar di Egypt, Mesir,”katanya.
Sikap anak kadang kala membuatkan kita sebagai ibu bapa hilang sabar. Akibatnya ada sesetengah ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menengking anak. Baginya cara ini akan membuatkan anak berasa takut dan akan mengikut arahannya. Namun hakikanya, ia memberi impak yang negatif kepada anak.
Ikuti perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif yang memberi penjelasan bahawa cara tengking tidak digalakkan dalam mendidik anak-anak.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ianya melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak taknak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan ( using choices), tunjukkan ketegasan ( firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya ( using consequences),bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Demi kesihatan mental dan emosi anak anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.
p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita
Bergelar public figure bukanlah semudah yang disangkakan. Drai luaran nampak glamor dan kehidupan penuh warna warni. Namun dalaman tiada siapa yang tahu melainkan mengalaminya sendiri.
Pandangan serong dan pelbagai kata-kata nista dilemparkan buat pelakon kelahiran Tanah Singa ini dek kontorversi yang melanda dirinya membuatkan pelakon Bahagia Bukan Bidaan ini hampir mahu give up.Namun sokongan ibu tersayang membuatkan dia kembali bersemangat.
Me: ibu, kalau boleh dapat undurkan masa, adi tak nak jadi “Public Figure”, adi nak jadi org awam dan keje macam org awam. Ibu: jgn cakap macam tu, kita hidup kedepan bukan kebelakang, tak baik cakap macam tu, kita kena trima hakikat apa yg dah tertulis utk kita. Me: susah nak cakap ibu, buat salah tetap salah, ni buat baik pun tetap salah. Ni salah, tu salah, semua salah. Ibu: knapa nak fikir apa org cakap, biar mereka nak kata apa, janji Allah tahu apa kebaikan yg kita buat, ada sebab dan hikmah knapa Adi jadi “public figure”, tentu ada asbabnya.
Itu antara perbualan Ady dan ibunya. Meminta ibunya mendoakannya selalu, kata ibu Ady, itulah yang selalu dia lakukan.
“Dengar sini, selagi ibu bernafas, Doa ibu tak pernah putus doa buat anak ibu dan istri. Kalau itu ketentuan Allah, teruskanlah perjuangan sebagai org dikenali dan manfaatkan sebaik mungkin. Dunia ini hanya sementara.
“Hidup ini juga utk memberi, membahagiakan dan menjayakan org dan Pasti Allah akan menjayakan dan bahagiakan kita krana itu Janjinya. Yg penting skali, pertama ingatlah Allah sentiasa. Dan ibu dan ayah.
“Doa mereka tidak sama seperti seorang ibu mendoakan kepada anaknya, walaupun yg tiada ibu, anggaplah seorang wanita yg sudah berumur seperti ibu mu, krana doanya juga sgt mustajab.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.