“Keluarga Awet Muda, Tak Tua-Tua Adik-Beradik Ni.” Gambar Anne Ngasri & Keluarga Dipuji Tetap Maintain Muda!

Share

Keluarga Ngasri yang terdiri daripada Naszeli Ngasri, Anne Ngasri, Darling Ngasri dan Bell Ngasri antara yang popular sejak masih kecil lagi. Kesemuanya masih lagi kekal aktif dalam bidang seni dan ada yang aktif di belakang tabir.

Menerusi Instagram Datin Anne Ngasri ada memuatnaik beberapa keping gambar yang memperlihatkan mereka adik- beradik berkumpul di sebuah restoran bagi menyambut hari lahir abang mereka, Naszeli Ngasri.

Untuk rekod, Nazeli atau mesra dengan panggilan Boy kini sudah bergelar datuk usai anak sulungnya selamat melahirkan bayi baru-baru ini.

Hari jadi merangkap hari keluarga yang berlangsung disambut secara sederhana tetapi meriah.

Apa yang menyeronokkan apabila dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga sendiri.Sambil menitipkan ucapan ulangtahun buat abang tersayang, Anne turut mendoakan  Naszeli diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Masing-masing menitipkan ucapan selamat hari lahir.

Dalam masa yang sama, ramai memuji wajah keempat-empat adik beradik ini tetap awet muda walaupun masing-masing sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata dan ada yang sudah berstatus datuk.

norainisara1885 awet muda betul laa diaorg semua ni,dr kecik tgk diaorg,diaorg still sama je…aku je yg makin beso…aahhh ghisauuuuu😂😂😂😂
zarinaibrahimzarinaibrahim Keluarga Awet muda….❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️😍😍😍
fadhilahtroupers ❤️❤️ Ni gambaq throwback ka? Awat sama ja semua? Tak da beza 😅😅
azu_azurenjalaludin Minat sgt dgn family ni..dari sy kecik sy lihat lakonan diorg smpai anak pun dh tiga..diorg masih lg awet muda..😍
ija_1979 Adik beradik x berubah.. Awet muda semua. 😍😍
chekta_zanita Macam tak tua² adik beradik ni 😍
fauziahzaki90 Semua nya awet muda..tak makan tua..

 

 

 

 

 

IKLAN