Bercucuk tanam di laman rumah sebenarnya tidaklah perlu ada ruang tanah yang besar malah jika dimanfaatkan sebaiknya, ruang backyard sekali pun boleh diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman. Ini sebagai mana apa yang dilakukan oleh keluarga Kak Bebiyana Tambi Khan ini.
Dan apa yang lebih mengujakan, dengan ruang terhad itu juga membantu keluarga ini berjimat dalam perbelanjaan bahan dapur. Memang cukup menarik dan ikuti perkongsiannya ini.
Backyard gardening boleh menjana side income yang baik, setidak-tidaknya hasil tuaian dari tanaman kita membantu jimat kos perbelanjaan dapur.
Bertanam merupakan salah satu hobby Kak BB dan suami yang kami sangat “passionate”.
Kami tanam sayur, cili, lada, limau, halia, serai, lengkuas, pokok kantan, daun nyirik, pandan, buah jambu, buah markisa, buah tin, mangga, betik, pisang dan macam-macam lagi.
Selain tanam atas tanah untuk pokok-pokok besar, kita juga guna tong cat, guni dan pasu besar sebagai ganti ruang tanaman. Kaedah pembajaan dan penyiraman kita guna cara fertigasi dan siraman manual.
Ads
Antara sayur yang banyak kita tanam ialah bayam air aka Brazilian spinach. Sayur ini sangat senang ditanam dan boleh dituai beberapa kali seminggu. Sayur ini banyak khasiat dan cara masaknya pula sangat ringkas – stir fry dengan bawang putih atau buat sup.
Mungkin kita tak nampak penjimatan kos belanja dapur dari satu jenis tanaman kita. Tapi apabila kita kira hasil jualan atau saving dari semua tanaman ini dalam masa satu bulan contohnya, ia mampu mencecah ratusan ringgit!
• bayam sebulan dapat 5 kg RM25
• halia semusim/6 bulan, 30 kg RM450
• limau sebulan 30 kg, RM135
• kunyit, serai, lengkuas sebulan RM50
Ads
Kita boleh jimat hampir RM300 sebulan!
Ini tak termasuk buah buahan yang kita tak jual tapi kita tanam untuk makanan sendiri. Kita jimat lagi.
Ads
Tanam kunyit dalam guni plastikHalia pun adaPokok lemon yang lebat dengan buah.Lemon dari pokok tanam di belakang rumah.Buah lada dari pokok lada ditanam tepi rumah.
Bagi sesiapa yang berminat bertanam, sila lawat backyard garden kami. Kami sedia share apa yang kami tahu.
Apakah yang saya buat dengan hasil jualan atau penjimatan duit ini?
Saya beli Emas dan simpan.
Setiap bulan bila kita konsisten jual atau jimat belanja cara ini, kita mampu beli dan simpan hampir 2 gram Emas! Ini salah satu cara side income yang boleh contribute kepada tabung simpanan kami.
Malang tidak berbau. akibat perbuatan pihak tidak bertanggung jawab, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Pencemaran gas metana yang berlaku baru-baru ini menyebabkan 13 sekolah di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di tutup.
Salah seorang mangsa, Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, kini kritikal akibat terhidu gas metana. Affza dikatakan masih tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).
Dia yang mesra dipanggil Adik sebelum itu sempat bergurau serta mencium ibu dan bapanya, sebelum pergi ke sekolah semalam.
Noor Atikah Daud, ibu mangsa berkongsi kisah sedih dan perbualan terakhir bersama anaknya itu.
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Facebook yang mengenaliku ataupun tidak. Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakandaku yang dikasihi Affza Balqis Ahmad Sharel panggilan manja ‘Adik’, 14 tahun dari SMK Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang.
Masih terngiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19. Adik: Ummi, adik cantik kan? (sambil peluk dan cium ummi dengan manja) Ummi: Ya syg, adik cantik sangat-sangat tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik-cantik niat kerana Allah tau. Adik: Ya ummi. (sambil ku kucup dahinya)
Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa (seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).
Menurut Noor Atikah lagi, dia dihubungi pihak sekolah beberapa jam kemudian memberitahu anaknya dimasukkan ke HSI. Justeru, dia meminta semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan semua mangsa yang terjejas akibat pencemaran itu.
Ummi bapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi bapa lemah dan longlai seluruh anggota. Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.
Affza Balqis merupakan salah seorang daripada lebih 260 mangsa terbaharu pencemaran gas metana yang dirawat di hospital semalam.
“Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.“ Baru Simpati Pada Ibu & Isteri.
Kerja rumah jangan anggap anak perempuan aje kena buat. Anak lelaki pun kena tahu buat. Bukan duduk depan TV tengok adik beradik perempuan kemas rumah.
Bila anak lelaki tahu buat kerja rumah baru mereka tahu betapa penatnya buat itu ini di rumah. Baru mereka simpati pada ibu dan isteri bila besar.
Menarik dengan perkongsian ini. Moga jadi manfaat bersama yang dikongsikan oleh pemilik fb Edi Aruna Pencerita tentang anak lelaki.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.
Nak jadi lelaki ada rukunnya. Bukan beranak keluaq lato lato terus jadi lelaki. Lelaki bukan semata mata reti tahan sakit, bukan semata mata kuat berkerja, bukan semata mata reti cari duit.
Nak jadi lelaki mesti tahu ini. Kerja sidai kain baju bukan hak mutlak seorang wanita, kerja kemas rumah pun bukan tanggungjawab wanita semata mata, kerja di dapur pun bukan milik abadi seorang wanita. Kalau kita seorang anak, semua kerja tu bukan tanggungjawab mak kita pun. Kalau kita seorang suami, semua tu bukan kerja bini kita semata mata.
Fahamkan anak² lelaki kita, nak jadi lelaki biar betul² jadi lelaki. Jangan dah menikah nanti masih tak reti pesiang ikan, masih tak reti nak potong ayam, masih tak reti nak sidai kain baju, masih tak reti nak menyapu.
Ya, lelaki ni kerja dia menggali rezeki. Tapi bukan bermakna balik rumah terus terbongkang depan tv. Ayah kita dulu balik motong getah boleh lagi bertukang kat rumah. Balik dari laut boleh lagi masak gulai kat dapur. Kalau penat sangat pun ayah kita cuma rehat, bukannya tak reti buat. Jadi lelaki kena RETI serba serbi hal dalam rumah ni. Kena simpati dengan emak, kena kesian dengan bini.
Bila dari kecik tidak faham semua tu, itu yang bila dah ada anak bini kerja nak maki. Anak buat silap sikit cepat naik kaki. Bini lambat masak dia tendang tudung periuk, dia tanjal dahi bini. Sebab dia rasa dia dah cukup lelaki. Padahal dia jadi lelaki hanya pada jasad, bukan pada hati. Jasad tanpa hati tu zombie, bukan seorang lelaki sejati. Ngerti?
Sedekah itu skopnya luas! Bukan sahaja boleh dibuat melalui wang ringgit, tetapi ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya melalui zikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga termasuk dalam bentuk-bentuk sedekah.
Jom semak 8 waktu yang afdhal atau terbaik untuk bersedekah sebagaimana perkongsian ilmu dari Ustazah Asma’ Harun. Jom sama-sama amalkan!
REBUTLAH UNTUK BERSEDEKAH PADA 8 WAKTU YANG AFDHAL INI, SEMOGA PAHALA DIGANDAKAN
Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana orang Malaysia dikenali dengan identitinya yang sopan santun, peramah dan pemurah. Kagum melihat ada yang suka menolong peniaga tepi jalan, orang susah yang memerlukan, ahli keluarga yang kesusahan dan banyak lagi, subhanAllah.
Sungguh beruntung orang yang suka bersedekah, kerana ia merupakan amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.
Daripada Mu’az bin Jabal r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga dan menjauhkannya dari neraka.
Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda lagi:
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (HR Tirmizi, hadis )
Maka saya ingin kongsikan 8 waktu terbaik untuk kita sedekah, mudah-mudahan pahala yang kita perolehi berlipat kali ganda dan memadamkan dosa-dosa kita, insyaAllah.
8 WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH
1. PADA WAKTU PAGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda:
Maksudnya: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya (261). Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (262).” (Surah al-Baqarah: 261-262)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5. SAAT MASIH HIDUP DI DUNIA AGAR TIDAK MENYESAL KELAK
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munafiqun: 10)
6. PADA BULAN ZULHIJJAH IAITU 10 HARI TERAWAL BULAN TERSEBUT
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadan, beliau menjawab, “Bulan Sya’ban untuk memuliakan Ramadan, ” Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apa yang paling utama? Beliau menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi, hadis dhaif)
b) Daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan Baginda akan terlihat lebih dermawan pada bulan Ramadan; ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam pada bulan Ramadan dan mengajarkan Al-Quran.” Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril a.s., lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berembus.” (HR an-Nasa’i, hadis sahih)
8. PADA HARI JUMAAT
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah menyatakan:
Maksudnya: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Kitab Zad Al-Ma’ad)
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Setiap daripada kita dikurniakan bentuk nikmat dan rezeki yang berbeza-beza daripada Allah SWT. Maka, jalan untuk memanfaatkan rezeki itu juga berlainan. Sedekah bukan hanya melalui wang ringgit sahaja, tetapi berzikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga merupakan bentuk-bentuk sedekah.
Maksudnya: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana jika tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Berusaha dengan tangannya, sehingga dia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Tolong orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau menyuruh melakukan yang ma’ruf.” Sahabat bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?” Baginda bersabda: “Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Allahu Akbar, betapa besar dan pentingnya ibadah sedekah sehingga Rasulullah SAW tidak memberi kelonggaran kepada para sahabat yang tidak mampu melakukannya, sebaliknya Baginda terus melorongkan mereka kepada laluan-laluan yang membolehkan mereka mendapat pahala sedekah.
Semoga sedekah ini menjadi budaya yang terus subur dalam kalangan kita lalu menjadi asbab kita dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus melalui pintu sedekah, Allahumma amiin.