Sekarang ni dah jadi satu hobi orang ramai mendeko rumah. Pantang nampak ada yang cantik, confirm akan di simpan jadikan rujukan untuk ubah suai rumah nanti!
Sama juga dengan hiasan meja ni, tampak mahal kan? Siapa sangka rupanya kos tak semahal yang kita bayangkan! Malah tak sampai puluh puluh pun modalnya.
So yang mana belum ada idea untuk deko bahagian meja hiasan atau meja makan, jom cuba buat hiasan yang cantik dan tampak mahal inspirasi dari Norpadilah Binti Afandi ni. Memang terbaik!
DIY Farmhouse Decorative Tier Tray
Memenuhi permintaan kwn2 yg pm kita nak diy tier tray farmhouse ni dalam versi bajet. Baikkk…..tapi bahan yg ada dalam simpanan kita ngam utk dua tingkat je ye
Bahan :
1. Pinggan melamine kedai Ecoshop
2. Kayu spindal terpakai ( dari almari lama, ini kalau xde boleh je ganti dgn apa2 kayu yg sesuai atau cawan2 hadiah kenduri yg tinggi dan cantik tu eh✌️ )
3. Pemutar skru cordless
4. Gam hot gluegun
5. Spray paint atau cat ikut pilihan warna masing2
Cara-caranya :-
1) Pasang mata penebuk lubang ni pada cordless, tebuk lubang pada dua-dua pinggan.
2) Selesai tebuk, skru pinggan dengan kayu jadikan dua tingkat. Kemudian gamkan kayu hiasan atas pinggan.
3) Spray atau cat ikut selera masing2
4) Siap! Untuk nampak sikit rustic kita conteng je tebing2 pinggan dan batang kayu dengan pen marker sharpie.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bermula sebagai rakan kongsi sebelum mulai serius dan menyulam cinta, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, akhirnya mengikat tali pertunangan selepas dua tahun berkenalan.
Majlis pertunangan bdiadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang pelakon tersebut.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.
Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, bekas penyampai radio Suria FM, percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” kata Zulin.
Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.
Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.
Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Terdahulu, kisah keintiman pasangan ini mula dihidu sejak tahun lalu apabila Zulin berkongsi gambar bersama Farhan di Instagram pantas mencetuskan spekulasi.
Tanpa berselindung, Zulin sekitar Mac tahun lalu menerusi entri gambar berdua di Instagram (IG) yang dimuat naik turut berani memanggil Farhan dengan gelaran ‘B’ atau ‘Baby’ di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun ketika itu, Zulin diibaratkan hanya berkongsi ‘teaser’ mengenai hubungan mereka dan belum selesa bercerita lebih mendalam.
Namun kunjungan mereka berdua ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah terus menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka serius.
Ibu adalah guru sejati buat anak-anaknya. Setiap kata-kata ibu, nasihat yang diberikan dan pesanan tanpa jemu hatta bebelan kepada anak-anaknya tiada satu pun dilakukan untuk kepentingannya sendiri.
Bagi seorang ibu semua itu dibuat dengan rasa tanggungjawab, tulus ikhlas dibuat demi kebaikan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya dan mulia di masa akan datang.
Hakikatnya sebagai anak kita merasakan setiap ajaran ibu itu begitu bermakna dan bernilai. Ini turut dirasai oleh Da’i Hamidah bagi menjelaskan pandangannya terhadap ilmu yang diajar oleh ibunya. Baginya ilmu tersebut begitu ‘mahal’ nilainya dari segala sijil yang dia miliki.
Juara program Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga ini di dalam entrinya, turut memaklumkan baru sahaja menerima Ijazah Sarjana Usuluddin di majlis konvokesyen baru-baru ini. Turut dikongsikan gambar bersama ibu tercinta untuk tatapan followernya.
“DALAM HIDUP ILMU INI LEBIH MAHAL & PENTING”
Walaupun ni gambar konvo tapi saya nak tulis tentang ilmu yang lebih mahal, saja la kan ada masa free sikit ni tulis la kejap.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Mak Ajar Fikir Positif
Konvo kalini saya sudah berumahtangga dan ada anak alhamdulillah. Semua orang yang dah kahwin pasti merasai fasa awal perkahwinan. Tapi apa yang terharu sangat ialah selama saya berumahtangga mak lah insan yang sangat positif menenangkan saya. Apa juga yang negatif, mak pasti fikir positif. Mak ajar saya cara nak positif, mak ajar saya fikir positif.
Bayangkan tidak pernah satu ayat pun yang mak negatifkan keadaan. Sampaikan saya rasa, mak lebih sayang menantu dari saya. Mak selalu fikir yang baik- baik tentang semua menantunya. Pernah saya luah apa- apa sedikit sekadar nak lepaskan rasa, mak tetap kata “ cuba adik di tempat dia, cuba adik rasa apa yang dia rasa, cuba dan cuba “. Ya Allah, rasa kecewa geram semua hilang disebabkan kata – kata positif mak.
Sentiasa Berkata Baik
Sungguh jasa mak buat saya lebih menghargai pasangan dan menikmati fasa baru dalam perkahwinan ini. Saya terpaksa tulis di sini, sebab dikala berseorangan air mata saya kadang mengalir tatkala kenang jasa mak dalam mengajar saya akan ilmu yang mahal ini.
Memang hidup mak tak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun. Waimma saya nak kata tentang menantunya iaitu suami saya pun , dia akan halang habis- habisan. Fuh ! Haha. Maka terkenallah mak dengan gelarannya iaitu mertua yang terlalu menyayangi menantu yang bikin anak juga cemburu hehe
Begitulah kisah biasa dari saya yang baru nak belajar tentang kehidupan. Sesungguhnya, ilmu ini lebih mahal dari ilmu dalam segala sijil yang saya ada. Terima kasih mak, mak guru utama dalam hidup saya. Saya tak rasa apa apa sangat konvo apa sekalipun, tapi saya rasa luar biasa jika dapat diraikan bersama mak. Sebab sikap positif mak itulah yang buatkan saya dapat capai apa yang saya impikan. Sebab sikap positif mak itulah buat saya kuat harungi liku- liku kehidupan. Kini, mak dah umur 70 tahun. Doakan mak diberkati umur dan dihadiahkan husnul khatimah oleh Allah SWT.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.