Rumah yang kemas dan teratur membuatkan penghuninya berasa tenang dan selesa. Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Bagaimanapun sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas. Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Kemas Rumah Ada Caranya
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas dan tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stres.
Doktor Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot.
– tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan
– mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya
– kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat
– kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR
– stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya.
– jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
Ads
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi.
– ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi.
– cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi.
– contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’
-bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti.
– jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’.
– boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA
– anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka.
– mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri.
Ads
– latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA
– mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa.
-jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil.
-jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula.
– galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU
-kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain.
– jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll
– ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
Ads
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN
– kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat.
– jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain.
– sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah.
– cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga.
– alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran.
-para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA
-paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak.
– kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga.
-contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah. Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah.
-ajak anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah.
Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang terpaksa dilalui oleh bakal ibu ketika fasa kehamilan sehinggalah melahirkan. Pengorbanan seorang isteri dan ibu yang tidak mampu dibayar dengan harta dan wang ringgit.
Perkongsian saudara Azlan Noor cukup menyentuh hati.
Dulu bila tahu berita nak dapat baby baru, saya happy teruk. Terbayang-bayang timang dia, cium pipi pau dia, siap pakej bau syurga yang…fuhh, Tuhan saja yang tahu perasaannya.
Tapi saya lupa untuk dapat semua tu, isteri terpaksa lalui satu fasa SENGSARA terlebih dahulu. Saya sedar semuanya bila ada satu malam, Surihati saya panggil.
“Pa, cuba tengok perut mama ni? Ada merekah tak?”
Saya mendekati. Duduk di sebelah dia. Saya tundukkan dan rapatkan muka ke perutnya. Dari tepi rusuk sampai ke tengah, jelas terlihat garis-garis rekahan. Kiri kanan sama.
Saya letakkan tapak tangan dan gerakkan perlahan-lahan mengikut garis itu. Kali ini saya dapat rasa betapa panjang, dalam dan berbekasnya parut tersebut.
Ya, parut tulah yang menjadi saksi dari perut ni lah datangnya zuriat saya.
Sungguh, bila isteri sendiri mengandung, baru saya sedar besar sekali pengorbanan seorang isteri.
Mula-mula rasa mual tekak. Pastu pening muntah sampai lembik. Tambah parah hidung mula jadi sensitif pada bau tertentu. Banyak bau jadi busuk. Ada kes yang tak boleh hidu bau badan suami. Sebab bau macam longkang.
Bayangkan dengan perut makin memboyot, tidur malam memang kacau. Pusing kiri, pusing kana. Tak selesa. Mula la tak cukup tidur, siang hari cepat penat. Ini yang buat ibu mengandung stress.
Sakit pinggang, lenguh kaki, betis tarik mengkarung tak payah cerita. Saya ingat lagi, beberapa kali jugak la dalam mengandung baby ketiga ni, tengah sedap membuta tiba-tiba dengar orang mengaduh,
“Papa! Papa! Tolong kaki cramp. Aduh..”
Berdesup macam lipas kudung aku bangkit pegang kaki dia. Sapu minyak, urut-urut. Regangkan otot dia. Dah macam main bola dah gayanya.
Senang cerita, jadi serba tak kena. Duduk sakit. Berdiri sakit. Baring sakit. Mengiring sakit.
Belum cerita baby dalam perut mula menendang dan mengeras. Mau senak pundi kencing mamanya. Nasib tak terkucil je.
Bab, sakit contraction, bab nak lahirkan baby tu pulak, saya rasa saya tak layak untuk ceritakan. Hanya Allah dan ibu ibu yang pernah lalui saja yang tahu. ( Siyesly, air mata saya keluar bila ingat saat ni. )
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non stop. Tanpa rehat atau cuti.
Allahu, saya tak mampu nak gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu.
Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus, Setiap otot yang sakit, Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian.
Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH.
Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah serender.
Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup.
Sebab apa?
Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian.
Kepada suami,
Ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian.
Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Sila FOLLOW & SEE FIRST –> Azlan Noor kerana saya akan kongsikan lagi kisah-kisah inspirasi keluarga seperti ini kepada anda.
Pengorbanan seorang ibu dalam menjaga dan menguruskan anak OKU serta ibunya yang sakit, Puan Ellyin Tan sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah du dapur.
Dalam perkongsian wanita ini menghabiskan masa selama10 jam berada di dapur dan masak 22 jenis masakan sebagai persediaan stok lauk untuk persediaan Ramadan.
“22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang-sorang je layan jiwa dekat dapur sempit tu. Alhamdulillah siap stok lauk untuk persediaan Ramadhan ni.” ujarnya.
Akuinya, itu dibuat bagi memudahkan urusan dan dirinya dapat fokus untuk melakukan ibadah pada bulan yang mulia nanti.
“Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal-awal. Nak jaga anak OKU dan emak yang sakit. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat-sahabat dapat doakan urusan saya dipermudahkan,” katanya.
Menurut Puan Ellyin lagi kekuatan dan kegigihan yang diperolehi dalam memasak berpuluh jenis juadah ini, meskipun ia cukup meletihkan namun segalanya adalah demi keluarga tersayang.
“Sebab kita pegang satu je kita boleh kuat dan hadap semua ujian…mereka orang yang kita paling sayang. Tak nak kehilangan mereka biarkan satu cabaran yang sangat meletihkan.”ujarnya.
Berkongsi antara 22 juadah menu yang disediakan seperti Rendang Ayam, Rendang Daging, Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Telur, Asam Pedas Ikan Kembung, Pajeri Terung, Pajeri Nenas, Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Sambal Telur, Perut Lembu Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang, Sup Kaki Ayam, Sotong Tumis Hitam, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Paprik Campur, Tomyam Campur, Daging Goreng Kunyit, Ikan Cencaru Berlada dan Pes Ikan Bakar.
Kedatangan bulan ramadan kali ini pastinya cukup bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, datin Seri Natasha Rosa selamat melahirkan bayi sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Eizlan menerusi laman instagramnya dengan memuat naik rakaman video yang memperlihatkan dia mendukung bayi pertama hasil perkongsian hidup bersama Natasha.
Eizlan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam, jam 1 petang tadi.
“Isteri saya melahirkan bayi pada Ramadan pertama. Nama sudah ada sebenarnya, cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi terlebih dahulu.
“Alhamdulillah Yayang dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” ujar Eizlan menerusi kapsyennya.
Apa yang lebih istimewanya, pelakon ini berkongsi cerita mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.
“Baju ini akan menjadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” jelas Eizlan lagi sambil mengakui anak-anaknya yang lain turut teruja mendapat adik baru.
Kata Eizlan lagi, hospital yang dimiliki kawannya sebelum ini pernah menyaksikan detik sama ketika dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dilahirkan.
“Anak lelaki, Zareef Yusof dan adiknya, Vie Zaalia juga dilahirkan di hospital yang sama. Secara kebetulan, hospital ini milik kawan saya, jadi memudahkan segala urusan.
“Sekarang ini, tiga anak saya sudah dapat dua adik perempuan. Selain saya, bekas isteri, Vie Santie juga melahirkan anak perempuan menerusi perkahwinan baharunya,” katanya lagi.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali keempat. Hasil perkahwinan sebelum ini, Eizlan dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara. Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30 mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.