Tentu ramai yang suka makan keropok lekor. Teringin nak makan keropok lekor tapi pengalaman menggoreng makanan ini amat ‘menakutkan’.
Bayangkan ketika sedang menggoreng, keropok lekor tiba-tiba meletup. Lebih menakutkan apabila terkena bahagian wajah atau anggota badan yang lain.
Lebih tragis apabila ia mengakibatkan minyak panas tertumpah dan terkena pada anggota badan.
Begitulah yang dialami oleh puan Musyahadah Oo apabila keropok lekor yang digorengnya meletup hingga mengakibatkan tangannya teruk melecur.
Menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official beliau berkongsi kejadian itu. Ada yang mendoakan agar kembali sembuh. Manakala ada yang berkongsi tip dan pengalaman yang sama. Lebih mengejutkan disebalik kejadian itu, ada yang fobia untuk memasak makanan mengoreng!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Tangan teruk melecur
Akibat goreng krupuk LEKOR ,ini lah habis jari hingga lengan bahu tgn kanan ,dahi ,tangan kiri juga melecur saya sdh guna penutup sebenarnya macam biasanya … pkp nih byk kali masak dah…masuk wad 6hari 10k+ habis nadib indurance covered…krupuk ni 8th saya sdh memakannya owner yg sama,bahkan menggoreng krupuk lekor lainnya dari Terengganu/kelantan dari sahabat2 jiran yg balik kampung semuanya ok..kira nasib kan…dugaan…
Hati seorang ibu sebelum memasak makan malam nak hidang anak dan suami dg krupuk lekor dulu dg hati berbunga bunga… mana tau….
Krupuk saya angkat dg penapis api pun kecil ja ala mcm biasa… sekali meletup masuk balik dalam kwali terus meletup lagi sampai kwali ikut terpelanting habis myk tumpah krupuk beterbangan… sedapur habis myk dg krupuk…walau bagai manapun tetap masak juga lepas balik hospital rindu kwali.
Semalam negara dikejutkan dengan berita insiden dua gerabak transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung di terowong berhampiran KLCC.
Kejadian tular di media socmedia yang melaporkan kejadian yang melibatkan 213 penumpang. Rata-rata warganet yang mengikuti berita melahirkan rasa terkejut dan sedih.
Tindakan pantas para penyelamat bergegas ke tempat kejadian amat dikagumi. Malah penumpang segera dihantar ke pusat perubatan yang berhampiran.
Rentetan daripada itu, seorang pegawai perubatan menceritakan detik cemas di hospital kala merawat pesakit. Bayangkan pesakit dihantar dalam jumlah yang ramai ada antaranya dalam keadaan parah. Lebih mencabar apabila hospital juga sedang bergelut dengan pesakit yang ramai dijangkiti covid-19.
Bukan calang-calang untuk hadapi situasi cabaran ‘berganda’ ini. Ikuti lanjut perkongsian ini.
Bencana LRT Semasa Pandemik
Semasa pandemik, hospital-hospital di seluruh Malaysia bergelut dan berhempas pulas untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid saban hari. Apabila, saya masuk untuk bekerja pada pukul 10 malam di Jabatan Kecemasan & Trauma HKL, saya dikejutkan dengan berita bahawa terdapat insiden dua gerabak transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bertembung di terowong berhampiran KLCC.
Terdapat 213 orang penumpang dalam gerabak tersebut. Sebelum saya masuk, terdapat 3 pakar Kecemasan yang bertugas iaitu Dr Nurul Liana, Dr Azman dan Dr Khairul Izwan. Kejadian dikhabarkan berlaku pada pukul 8.33 malam.
SIAP SEDIA MANGSA
Kira-kira setengah jam sebelum saya masuk, Dr Liana dikejutkan dengan 3 pesakit kritikal yang datang serentak. 5 minit selepas itu, 12 ambulans tiba. Dr Liana segera menghubungi Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar dan dengan cemas melaporkan situasi.
“Tarik nafas dalam-dalammm…” Datuk Mahathar menenangkan Dr Liana. Dia mendengar setiap butir cerita. Pusat Panggilan Kecemasan memaklumkan ada 47 mangsa.
Kami selalu mengusik Dr Liana kerana kerapkali insiden ‘bencana’ berlaku ketika dia bertugas. Dia pula tetap ‘rancak’ walaupun sarat mengandung.
Dari perkiraan Datuk Mahathar, dengan mengoptimakan staf, kami masih dapat menampung pesakit asalkan tidak melebihi 50 orang. Tambahan pula, agak dikhuatiri jika pesakit yang salah dibawa ke hospital yang salah.
Misalnya, pesakit dengan kecederaan otak tidak harus dibawa ke hospital yang tidak ada pakar neurosurgeri. Maka semuanya diterima oleh HKL. Jika mangsa lebih dari 50, kami akan ‘berkongsi’ pesakit-pesakit dengan hospital-hospital lain. Ini pernah kami lakukan pada masa lalu.
Di tempat kejadian, sudah ada lebih 10 ambulans dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan ambulans Bomba dan Penyelamat, pasukan St John’s Ambulance Malaysia dan pasukan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur.
Apabila masuk kerja, saya sedar, perkara pertama adalah untuk memahami situasi. Setelah ini saya lakukan dan mendapat semua maklumat, saya mula fikirkan tentang penempatan pesakit-pesakit di setiap zon. Kita perlu besarkan setiap zon.
Maka saya membuat ‘ briefing’ ringkas di zon merah dan zon kuning yang tidak terlibat dengan kes-kes Covid. Semua petugas syif petang diarahkan untuk tidak pulang dan bersama-sama petugas syif malam menyelesaikan setiap kes.
SENARAI NAMA PESAKIT DI WHITEBOARD
“Penyelia-penyelia, buka katil-katil kanvas di zon-zon tambahan. Team leader malam, agihkan semua staf untuk ambil pesakit. Sister, gunakan tag lain warna untuk asingkan pesakit insiden dan pesakit yang lain. Sila senaraikan semua nama pesakit insiden di ‘whiteboard’.”
Saya tahu, semua petugas syif petang keletihan kerana sudah sampai masa untuk mereka pulang. Tetapi mereka sangat tabah dan sabar. Tidak ada satu wajahpun yang memperlihatkan riak wajah yang tidak suka dengan arahan ini. Sebaliknya semua nampak bersemangat.
Saya bernasib baik, kerana selain 3 pakar yang sudah ada, ada lagi pakar-pakar lain yang datang dari rumah – Dr Ibrahim, Dr Rathini, Dr Hafiz dan Dr Amira sudahpun sampai. Malah ada pakar kecemasan, Dr Shah Jahan dari Hospital Sungai Buloh yang turut serta. “My house dekat jer,” katanya.
Pakar-pakar ini dibahagi-bahagikan ke setiap zon untuk merawat pesakit bersama pasukan kami.
Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar pun tiba sejurus selepas itu dan mula memantau semua perawatan pesakit. Hati kami semakin berbunga kerana pengarah kami, Datuk Dr Heric Coray sudah tercegat di tepi pintu.
Sementara Datuk Mahathar dengan pantas dan teliti memeriksa pesakit-pesakit malah ada yang sudah siap dibuat pemeriksaan ultrasound, Datuk Herric pula kami berikan maklumat insiden.
Dia sangat membantu, dengan memberikan arahan kepada pasukan kejururawatan untuk melihat katil-katil wad bagi menampung tambahan pesakit. Dia tidak sedikitpun mengganggu tugas kami dan saya tahu, fikirannya berligat mahu memudahkan semua kerumitan ini.
Saya katakan kepadanya, “Datuk, we have 42 patients in the green zone and they are all queing up for X-Ray in the emergency department. If we can get the radiologist to open their X-Ray department, we can send those who can walk there and speed up all X-Rays.”
Sepantas itu, dia terus menelefon ketua jabatan radiologi, Dr Shantini. Dr Shantini terus bersetuju. Dr Amira selepas itu mengumpulkan semua pesakit yang perlukan X-Ray dari zon hijau dan seramai 19 orang dihantar untuk secara berkumpulan. Ianya menjadi pantas.
Pakar-pakar Neurosurgeri, Anestesiologi, Surgeri dan Ortopedik juga turun dan bersama mereka keputusan pembedahan dan kemasukan wad juga pantas setelah semua pesakit diperiksa dan distabilkan oleh pasukan kami.
Dengan kekuatan dua syif seramai sekitar 400 orang, Pegawai-pegawai perubatan, Penolong Pegawai Perubata, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan bekerja pantas dan tanpa henti.
Malah kami juga melihat ‘houseman’ yang membantu tanpa mengira lelah setelah seharian bekerja. Terdetik juga di hati saya, ‘mereka lebih dari layak diberikan jawatan tetap dan bukan hanya kontrak’. Semoga Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan dapat membuat rancangan yang baik untuk mereka.
Sementara semua ini berlaku, pesakit-pesakit Covid atau bukan-Covid yang sudah sedia ada di jabatan tetap dirawat seperti biasa.
SITUASI MENJELANG TENGAH MALAM
Menjelang pukul 12, seramai 67 pesakit sudahpun ada di jabatan kami dan pasukan yang ada berkerja dengan efisyen. Respons di tempat kejadian sudah diisytiharkan ‘stand down’ pada pukul 11.37 malam.
Pasukan kejururawatan telah menyediakan katil-katil di hospital untuk semua yang perlukan ICU dan Wad. dari 67 pesakit, 6 adalah kritikal, 19 separa kritikal manakala 42 adalah tidak kritikal.
Kami juga perlu memeriksa suhu badan dan memastikan mereka tidak ada gejala Covid semasa memberikan rawatan. Malah bagi setiap pesakit yang perlukan kemasukan wad, ujian RTK antigen atau Gene Expert PCR dibuat.
Akhirnya, menjelang pukul 1 pagi, semua pesakit selesai diperiksa dan telah ada perancangan rawatan. Maka pada pukul 1.25 pagi, kami semua mengadakan sesi ‘debriefing’. Semua gembira kerana insiden ini dapat ditangani dengan amat efisyen berkat kerjasama semua di HKL. Kami melepaskan petugas syif petang untuk pulang.
Datuk Dr Mahathar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan akhirnya dia mengisythiharkan ‘stand down’ tepat jam 1.38 pagi.
Walaupun insiden ini dapat ditangani, ‘loceng’ terus berbunyi bagi kes-kes Covid yang datang ke hospital membawa pesakit yang tercungap-cungap. Dua daripada mereka terpaksa kami ‘tidurkan’ dan pasangkan mesin ventilator.
Bencana seperti ini tidak memilih masa malah masih boleh berlaku ketika pandemik dan mengusutkan lagi keadaan.
Tidak kira walau apapun krisis yang menimpa, kita harus tenang, rasional, sabar dan bersatu hati menyelesaikan setiap masalah.
Jika semua mencurahkan tenaga untuk ‘menjambatankan’ setiap jurang, setiap ribut dapat kita hadapi bersama.
Sumber: Dr Alzamani Mohammad Idrose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu dan ayah mana yang tidak susah hati bila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam panas.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Melalui perkongsian oleh Puan Syazieda di laman Facebook, beliau hanya menggolekkan dua biji telur rebus untuk menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam.
Cara-caranya mudah sahaja.
1.Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2.Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3.Bungkuskan telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4.Golek-golekkan telur diseluruh badan anak yang demam sekitar 30 minit, terutama di kawasan yang panas.Jangan lupa, golekkan juga telur pada bahagian kepala dan kaki.
5.Apabila telur sudah suam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar diatas.
6.Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang semula langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama akan makin kurang gerutunya.
c.Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber Facebook: Puan Syazieda
INFO EKSTRA:
Mengikut perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka setelah diri tetap komited tentang pematuhan penjarakkan dan pelbgai cara untuk mengelak jangkitan virus paling bahaya di dunia ni, akhirnya diri kecundang.
Hati mana yang tidak sebak terpaksa meninggalkan keluarga tersayang untuk menerima rawatan lanjut di pusat perubatan.
Pengalaman ketika menjalani rawatan membuatkan diri sebak melihat situasi sebenar didepan mata. Jika sebelum hanya membaca di media sosial pelbagai situasi kesukaran termasuk pesakit yang ramai dan kesibukan pegawai perubatan yang menguruskan pesakit.
Menerusi Facebook miliknya, Fahmie Abu Bakar berkongsi pengalaman apa yang dilihat sendiri pada masa yang sama beliau juga kini sedang menjalani rawatan.
__________________________
Semalam tidur di wad kecemasan kerana wad lain penuh. Itu pun siap tambah katil di wad kecemasan. Celah lorong pun ada katil.
Dari puluhan orang, hanya 4 orang sahaja termasuk saya dapat pindah wad. Yang lain masih di wad kecemasan.
Terdengar nurse cakap terpaksa catu tangki oksigen sebab dah tak cukup.
Uncle India katil sebelah saya tiba-tiba system breakdown. Badan gigil-gigil. Kena cucuk tiub sana sini, bila dia dah stable doc suruh dia buat decision untuk nafas guna mesin.
Uncle Cina hujung tu tidur je manjang, sedar-sedar dah takde.
Aku pun tak tau wad apa aku dok ni, tapi ini aku nak pesan kat hampa.
1. Kita dah no 1 dalam jangkitan di DUNIA!! Kalah India!! 2. Hospital di Selangor dah penuh dan padat. 3. Dapat lihat frontliner terlalu letih, namun layanan mereka tersangat baik. Sungguh mesra.
4. PLEASE, LOCKDOWN YOURSELF. TOLONGLAH JANGAN KELUAR JIKA TAK PERLU. TOLONGLAH..
Saya mohon maaf pada semua orang jika saya ada salah dan silap. Boleh PM saya bagi berbincang apa sahaja.
Moga Allah kurniakan kita semua umur yang bermanfaat.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.