Wanita itu ‘rapuh’ jiwanya. Suka disayangi dan emosinya mudah tersentuh.

Oleh itu, perlu mendapat rehat yang mencukupi. Baru jiwa tenang.

Sebagaimana perkongsian ini. Ia menyentuh seorang isteri perlu mendapat tidur yang lena baru hidup lebih harmoni bersama suami dan anak-anak.

Isteri Suka Tidur Bukan Malas Tapi Perlu Rehat. Take Note ‘Deep Sleep’ Penting Untuk Isteri.

Dalam pukul 10 pagi semalam, beberapa ketika selepas kami bersarapan, isteri saya bagitahu matanya mengantuk sangat dan badannya sakit.

Saya pun suruh dia berehat. Pada mulanya saya buat kerja di dalam bilik dan dia baring di katil. Tak sampai beberapa minit selepas tu, terus dia terlelap.

Si Akbar pulak memanggil-manggil mengadu pasal Daisy. Budak bertuah tu memang tak reti duduk diam. Ada je benda yang dia explore. Sekarang dia minat betul ambil air coway tu dan rendam mainan dia. Habis basah satu rumah.

IKLAN

Tak boleh jadi ni, saya pun keluar dari bilik secara perlahan-lahan. Tak nak isteri saya bangun sebab saya percaya akan kenikmatan dan kelebihan “deep sleep”. Bila kita mengantuk sangat dan dapat tidur terus, memang kita akan dapat tidur yang sangat puas.

Saya pun selalu dapat macam ni. Saya akan bagitahu isteri yang saya mengantuk sangat. Dia akan pastikan tiada gangguan supaya saya dapat tidur dengan lena. Selalunya sejam dua pun dah cukup.

Jadi, kali ini saya pula yang buat.

Mencabar betul nak buat kerja dengan budak Daisy tu tengah segar. Akhirnya kerja pun tak jalan, terpaksa duduk dan layan dia memanjat badan papanya berkali-kali.

IKLAN

Sedar tak sedar, dah dekat pukul 1. Saya jenguk isteri saya masih tidur. Tenang betul nampak dia tidur. Tak tergamak saya nak ganggu.

Tak buang masa, saya ambil telefon dan order Grab untuk semua makan tengahari. Bila makanan sampai dan saya kembali dari mengambil makanan di lobi, dia pun sambut di pintu dengan senyuman yang manis. Rupanya dah bangun masa saya menunggu rider Grab kat bawah tadi. Nampak segar sungguh dia.

Selepas sanitize dengan nano gun, saya dipeluk erat dan dia meminta maaf kerana tertidur. Saya kata takpe. Saya memang nak dia tidur. “Terima kasih abang, puas sayang tidur tadi” katanya.

IKLAN

Bukan selalu pun macam ni. Tapi saya akan pastikan bila dia betul-betul perlukan tu, saya akan pastikan dia dapat tidur yang cukup. Sebab saya tahu, bila dia cukup tidur, dia akan bertenaga dan bersemangat.

Kita perlu berhenti dimomokkan dengan pandangan isteri yang tidur ialah isteri yang malas. Ini sangat “misleading” dan tidak tepat. Isteri yang tidur ialah isteri yang penat. Suami yang tidur ialah suami yang penat. Kenapa bezakan bila isteri tidur jadi malas pulak?

Percayalah yang ramai para isteri mengingini tidur yang nyenyak tanpa gangguan anak. Betul. Tak caya, cubalah buat. Bagi diorang masa. Ambil peduli bila diorang minta nak tidur tu. Ada kalanya diorang tak nak minta sebab tak rasa akan diberi.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mendetikkan rasa pentingnya deep sleep buat isteri.

Sumber: Akhtar Syamir

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI