Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada memberi dan menerima, saling membantu dan hormat antara satu sama lain. Tidak ego dan  hanya mahu mengikut pandangan sendiri semata-mata.

Namun menyebutnya mungkin mudah, tetapi melaksanakannya itu yang agak payah. Lebih-lebih lagi kita sudah terbiasa dengan segala beban rumah tangga diserahkan pada sang isteri.

Kemas Rumah, Jaga Anak, Masak Niat Kerana Allah. Suami Tak Puji Tak Apa, Kerana Allah Tak Lupa Jasa Seorang Isteri. Deep Perkongsian Ini!

Begitu pun, tak semua suami yang bersikap sedemikian. Perkongsian dari saudara

Muhammad Hassan ini boleh dijadikan panduan dan manfaat buat pasangan suami isteri.

Ada sahahat saya cerita. Ada hamba Allah datang ke klinik nak pinjam duit RM100. Katanya terdesak sangat untuk perbelanjaan anak sekolah dan nak beli barang dapur sedikit. Sahabat saya keluarkan duit rm200 bagi hadiah. Dia terus menangis kata terima kasih.

Selepas beberapa hari itu dia hairan. Selalu rumput depan rumah ada orang potong,sampah ada orang buang,longkang kawasan rumah sentiasa bersih.

Terdetik nak tengok CCTV. Rupanya setiap kali kawan saya ini ada urusan diluar kota,hamba Allah ini yang bersihkan. Sebak kawan saya cerita,selepas siap bersihkan kawasan rumah,hamba Allah ini tadah tangan berdoa.

Begitulah Suami yang baik,bertanggungjawab buat apa sahaja demi keluarga. Sikit pun taknak anak-anak dan isteri susah,lapar. Dia tahu isteri dah banyak susah,dah buat segalanya untuk dia. Dia taknak isteri juga susah fikir risau tentang kewangan.

Saya ada sahabat di kampung siang malam kerja. Pagi hari dah kat reban ayam ambil upah masukkan najis ayam dalam guni untuk dibuat baja. Petang pula ambil upah potong rumput bagi lembu makan.

Sekarang bangun jam 4 pagi kerja sembelih ayam. Lepas zohor ambil upah parut kelapa. Tapi cukup sayang keluarga,solat jemaah tak tinggal. Pernah datang jumpa saya sebab mata merah. Rupanya jangkitan kuman dari najis ayam.

Sahabat ini pesan. Matt jangan susahkan anak isteri,biarlah kita susah untuk mereka. Jangan marah marah isteri walaupun kita penat. Dia lagi penat jaga anak,uruskan anak-anak. Isteri kau lagilah pernah kehilangan anak,lagi kena jaga emosi dia.

Kemas Rumah, Jaga Anak, Masak Niat Kerana Allah. Suami Tak Puji Tak Apa, Kerana Allah Tak Lupa Jasa Seorang Isteri. Deep Perkongsian Ini!

 

Sahabat.Begitulah seorang suami,seorang ayah. Sanggup buat apa sahaja untuk keluarga. Jika puan-puan penat uruskan rumahtangga,anggaplah suami lagi penat mencari rezeki. Anggaplah ini kebaikan yang termampu untuk kita buat terhadap suami.

Kemas rumah,jaga anak,basuh baju,basuh pinggan,masak untuk keluarga niat kerana Allah. Jika suami tak puji tak apa,kerana Allah tidak pernah lupa jasa baik seorang isteri terhadap suami dan keluarga.

Suami ibarat sayap kanan buat kita. Tanpa sayap ini kita tidak mampu untuk berdiri,apatah lagi untuk terbang. Doakanlah buat suami setiap kali masak didapur kemaskan rumah. Dia adalah hero yang akan pimpin keluarga kita ke syurga.

Kemas Rumah, Jaga Anak, Masak Niat Kerana Allah. Suami Tak Puji Tak Apa, Kerana Allah Tak Lupa Jasa Seorang Isteri. Deep Perkongsian Ini!

Sayangi suamimu,kerana sayangkan kamulah dia sanggup susah payah menjagamu.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI