Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
Ads
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Wargamaya juga turut menitipkan doakan agar segala urusan baginda dipermudahkan sepanjang pengajian kelak.
Pemergian seorang ibu hamil bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan tragis dipercayai langgar lari di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh menyentuh hati ramai.
Kemalangan yang berlaku pada petang sehari sebelum sambutan Aidilfitri itu melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza yang dipercayai hilang kawalan akibat tumpahan minyak di atas jalan sebelum terbabas.
Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil berkenaan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.
“Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.
“Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik oleh Mohd Shahnom Ismail di Facebook menunjukkan mangsa, Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25 yang hamil lapan bulan digilis dan diseret di bahagian kepala sejurus kemalangan berlaku.
Menerusi rakaman video tular itu, kelihatan kenderaan yang melanggar mangsa tidak berhenti untuk memberikan bantuan sebaliknya meneruskan perjalanan.
Dalam kejadian itu, bayi dalam kandungan mangsa yang berusia lapan bulan dan seorang lagi anak mangsa berusia satu tahun, Naira Falisya Abdul Rahman, turut meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Pihak hospital telah berusaha menyelamatkan Nur Fatihah dengan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Namun, wanita itu disahkan meninggal dunia pada keesokan paginya (Isnin) akibat kecederaan parah.
Sumber: Sinar Harian & Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.
Menurut wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu, dia telah cuba menanggalkan cincin emas miliknya apabila diminta oleh salah seorang suspek, namun gagal kerana terlalu ketat.
“Saya dah cuba buka cincin, tapi ketat sangat. Suspek bersenjata parang marah, terus tampar saya sampai jatuh.”
Tambahnya lagi, suspek tersebut kemudian sekali lagi menampar pipi kirinya apabila cubaan kedua untuk menanggalkan cincin itu juga tidak berhasil.
“Bila saya berjaya keluarkan cincin tu, saya terus lempar ke lantai, tapi mereka tak ambil pun,” ujarnya.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.35 pagi apabila tiga lelaki tersebut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan menceroboh masuk ke premis taska berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, kumpulan penjenayah itu berjaya melarikan seutas rantai emas, dua utas gelang, sebentuk cincin, dan sebuah telefon bimbit.
“Ketika kejadian, terdapat dua orang guru wanita, seorang pembantu dapur serta 10 orang kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun berada di dalam taska. Tiada kecederaan serius berlaku kepada mana-mana kanak-kanak,” jelas beliau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda dan sebatan jika disabitkan bersalah.
Pihak polis kini sedang giat menjejaki ketiga-tiga suspek dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd Khairani menerusi talian 018-2510452 atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
Tatap wajah bapa buat kali terakhir, anak istimewa Sarjan Mohd Roslan runtun hati warga maya. Anak istimewa Muhd Raqin Najmi, 13, mungkin tidak mengerti hidup. Tiada yang tahu apa di fikirannya.
Apakah dia faham erti kehilangan tapi tidak mampu menzahirkan? Atau belum menyedari bahawa insan yang amat disayanginya telah pergi selama-lamanya. Semua rahsia Ilahi. Namun yang pasti bukan menjadi rahsia adalah dia kehilangan tempat mengadu dan bermanja.
Tragedi kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan semalam telah merenggut nyawa sembilan anggota termasuk bapanya Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim.
Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata, Mohd Roslan, 46, adalah seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya itu selain dua lagi anaknya berusia sembilan dan enam tahun.
Muhd Raqin juga sangat rapat dengan ayahnya dan lazimnya mereka akan tidur bersama.
Peluang penghormatan terakhir di FRU Unit 5 Sungai Senam, diberikan sepenuhnya untuk Muhd Raqin menatap jenazah bapanya.
Semoga Muhd Raqin mampu mengerti yang hidup pasti mati, hanya kenangan indah jadi peneman hati.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.