Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang) sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj) atau secara pembedahan Caesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.
Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.
Demam sebegini da dikenali sebagai “Postpartum Fever”, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.
Ads
PUNCA
Gambar hiasan
Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka episiotomy. Jahitan pada luka ini akan terbuka sebelum ia benar-benar sembuh. Kadang kala terdapat takungan nanah pada luka dan menyebabkan rasa bengkak dan sakit pada sekitar permukaan faraj.
Wanita yang menjalani pembedahan caeserean pula mengalami jangkitan kuman pada jahitan pada abdomen mereka.
Ads
Selain itu, demam selepas melahirkan anak ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada rahem, terutama apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahem. Wanita seperti ini akan berasa demam, sakit di bahagian abdomen, mengeluarkan darah nifas yang berbau busuk dan berketul-ketul, dan tempuh nifas menjadi panjang.
Punca yang ketiga ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Semasa proses melahirkan anak berlaku, pundi air kencing menjadi terhimpit dan tercedera, terutama apabila kepala bayi yang keluar itu agak besar.
Jangkitan kuman pada pundi kencing menyebabkan wanita ini akan mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil.
Ads
Bagi wanita yang mengalami demam selepas melahirkan anak, supaya mendapatkan pemeriksaan doctor bagi menentukan punca demam itu. Selain itu saya mencadangkan agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2L dan memilih pemakanan yang seimbang.
Anak sepahkan rumah kita jadi stress walhal itulah dunia anak bermain. Ingatkan masa-masa anak bermain ini hanya sementara sahaja dan ia perkara normal bagi anak lima tahun dan ke bawah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, inilah masa anak meneroka dunianya dengan bermain. Rumah bersepah, mama kenalah berlapang dada. Ikuti perkongsian beliau.
Sebenarnya, kalau kita faham fitrah anak, kita akan lebih berlapang dada kalau anak bawah 5 tahun menyepah.
Bukanlah kata tak sesak nafas, tak stres bila rumah dikapal-karamkan boleh anak. Of cause lah panas hati. Pasalnya yang kena ngemas tu kita jugak, kan. Cuma tak adalah kita ditahap menyalahkan anak tu anak takde disiplin!
Anak yang sebegitulah yang seharusnya kita banggakan. Sebab dia ada fitrah normal seorang kanak-kanak yang ada gerak hati dan keinginan untuk explore.
Ada ingin tahu yang tinggi.
Ada keinginan untuk bermain.
Tak adalah dok diam aje depan TV atau calit skrin sepanjang masa.
Saya teringat kata-kata seorang ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson, “Sebenarnya kita tak perlu berusaha sangat untuk anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.
Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.
Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.
Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, tumpahkan air, comot-comot, kita menghukum.”
Tapi, tidaklah bermakna kita biarkan aje anak tu menyepah kan? Kita pun ada tahap sebelum nak capai ke hilang kewarasan tu.
Anak perlu diberi peluang bermain dan bereksplorasi. Dalam masa yang sama, perlu didisiplinkan. Kita pun kena jaga keupayaan mental kita. Betul tak?
Jadi, nak buat macam mana?
1) Fahami bahawa ‘menyepah’, buat eksperimen ni memang fitrah mereka. Lagi dasyat mereka punya sepah, lagi kreatif dan lagi banyak peluang mereka untuk observe, explore, belajar cause and effect serta belajar menyelesaikan masalah.
2) Sediakan alatan buat mengganti barang-barang rumah yang kita taknak anak sepahkan tu. Rangkakan aktiviti untuk anak. Dan duduk perhati mereka bermain.
Analisa cara mereka pegang peralatan, pindahkan objek dari satu bekas ke bekas lain; cara mereka buka bekas, pegang objek, ramas kain, tekan span, bentukkan pasir yang mereka main, dan sebagainya.
Benda tu semua bantu bagi stimulasi sensori dan bantu bina kemahiran motor kasar dan halus. Bukan lama pun. Satu hari 5 minit pun, dah ok sangat sebenarnya.
3) Ajar mereka kemas semula lepas selesai bermain. Anak bawah 4 tahun, mungkin tak cekap lagi nak mengemas. Sebab Fungsi Eksekutif mereka belum fully develop.
Tapi tak apa. Ajar dan demo sampai mereka faham rutin mengemas selepas buat sepah. Yang penting, rendahkan espektasi. Diorang tu budak lagi.
Fikir ni. Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi. Bijak dalam menyelesaikan masalah.
– Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
– Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
– Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
– Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
– Dan paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.
Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.
Siapa yang tak kenal dengan hero Malaya bernama Remy Ishak ini. Penampilan dan pembawaan watak baik drama mahupun filem cukup dikagumi ramai.Tak hairanlah ramai yang cukup meminatinya. suami kesayangan Ezza Yusof ini tidak banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga.
Sah bergelar suami lima bulan yang lalu, tumpuan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lebih kepada dunia lakonan.
Terbaru, Remy berkongsi gambar dia sedang melipat pakaian Dan mengemas wardrobe. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah lipatan baju oleh anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini cukup kemas.
Menanam pokok walau pun bukan semua orang mempunyai hobi nan satu ni, tapi paling tidak sekurang-kurangnya kita orang perempuan ni mesti teringin nak ada sebatang dua pokok yang ditanam dilaman rumah. Betul tak?
Paling tidak pun, mungkin tanam pokok bunga sebagai pokok hiasan penyeri laman atau pun tanaman herba untuk digunakan bila perlu.
Pun begitu, untuk memastikan tanaman dijaga rapi dan disiram setiap hari, mungkin dirasakan sedikit membebankan.
Tapi tahukah anda, ada trik yang boleh dilakukan untuk pastikan tanaman tetap mendapat bekalan air walaupun anda terlupa atau tidak sempat menyiramnya.
Hal ini dikongsikan oleh norlie_nature untuk manfaat bersama. Jom semak.
Kakak ajokan yek.. ni untuk pekebun di rumah je.. kurang sesuai untuk komersil. Iye la, kakak pun bukannya ada ladang beso2 macam kome sume
Jadi, kawan² boleh la praktikkan andai sesuai dengan kome sume..
Kakak nk share cara macamana nak supply air kat pokok² kat rumah..
Ada beberapa cara kakak boleh tunjukkan..
Cara pertama:
Gguna plastik yang dah di isi air. Just cucuk dengan mata jarum. Mata jarum je tau, jangan cucuk sepanjang² jarum tu. Biar air mnitis slow je, kecik je.. tak nampak eik, tak leh bayang? Kome tengok gambo.
Cara kedua:
Tonggengkan kepala botol tu.. macamana nak cakap eik.. kome nengok pic je la. Tebuk sikit tutup botol tu sebelum tonggengkan ke pasu atau tanah.. tebuk kecik² je asal air dapat kuar..
Cara ketiga:
kome isi air dalam botol, pastu kome sambungkan kain.. hujung kain tu ke air dalam botol, hujung satu lagi kome tanam dalam tanah..
sumber : norlie_nature
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.