Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Ads
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Ads
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.
Ads
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup mudah rupanya nak tanam taugeh sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan kotak bekas minuman terpakai, hasilnya cukup menakjubkan.
Daripada membuang begitu sahaja, baik ibu-ibu gunakan bekas minuman tersebut. Selain mudah, kaedah ini juga mennjimatkan kos. Hanya guna bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh hasilkan taugeh sendiri.
Percubaan pertama. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang kongsi cara guna kotak susu ini. Selepas 4 hari, sampai kembung kotak.
Cara Tanam Taugeh
1. Saya rendam dalam 3-4 genggam kacang hijau. Rendam petang, malamnya saya dah isi dalam kotak.
2. Kotak ditebuk bahagian bawah 4 penjuru. Kecil je, untuk laluan air. Saiznya jangan sampai kacang boleh terkeluar.
Tebuk jugak 1 penjuru belah atas.
3. Isi kacang yang dah ditos. Tutup penutup kotak.
4. Saya simpan dalam kabinet secara menegak beralaskan pinggan. Supaya baki air masih boleh keluar.
5. Siram 4-5 kali sehari melalui penutup kotak. Saya siram pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam. Ada juga masa yang saya culas 😅
6. Selepas siram pastikan air keluar habis, tutup penutup kotak dan simpankan semula dalam kabinet.
7. Saya tuai hasilnya selepas 4 hari. Setelah kotak kembung dan taugeh nak terkeluar dari penutupnya. Jadi bergantung, mungkin hari ke-3 sudah boleh dituai.
Berbekalkan menu yang sering mendapat pujian daripada anak-anak setiap kali menyediakan hidangan ayam goreng untuk mereka, siapa sangka menjadi titik tolak untuk seorang ibu ini memulakan perniagaannya secara serius.
“Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama..boleh jual..”. Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
“Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun. Doakan saya murah rezeki untuk buka restoran pulak.. Aamin” ujar Murni Rahmat sambil turut berkongsi resipi ayam goreng seringgit yang dijualnya.
Resepi ayam goreng seringgit
Bahan-bahan:
Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi
Cara-caranya :
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1.Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. Perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
8.Hidangkan panas-panas.
9.Makan
untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh) boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Doa seorang ibu tiada hijabnya. Selepas menanti selama hampir setahun, akhirnya keadilan memihak kepada arwah Muhammad Adib Mohd Kasim.
Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan oleh tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya paga tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.
Menurutnya, kegagalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan semasa turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
“Polis gagal mengawal perusuh yang menyerang FRT dan EMRS sebaik sahaja sampai ke lokasi untuk memadamkan kebakaran,” katanya.
Sehubungan itu, Rofiah berkata, mahkamah menyerahkan dapatan tersebut kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan sekiranya diperlukan.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.
Sementara itu, kedua ibu bapa Muhammad Adib meluahkan rasa syukur dan lega dengan keputusan tersebut.
“Dari malam tadi hingga pagi ini, perasaan saya sangat berdebar. Namun sebaik saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah, saya berasa sangat lega,” kata Asma Aziz, 52.
Ibu kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim itu berkata, apabila mengetahui keputusan inkues kematian anaknya, beliau dan suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, terus mengucapkan kesyukuran dengan deraian air mata.
Beliau berkata, doa mereka sebagai ibu bapa termakbul selepas hampir setahun menanti keadilan ditegakkan untuk arwah.
“Perasaan itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Walaupun berasa lega, Adib sudah tiada… Saya berharap selepas ini, penjenayah yang memukul arwah dapat ditangkap polis.
“Saya mahu melihat sendiri wajah orang yang memukul anak saya. Saya mahukan keadilan untuk arwah dan si pelaku mesti dijatuhkan hukuman setimpal,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, termasuk rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi semangat.
Katanya, beliau dan suami sepatut berada di Mahkamah Koroner Shah Alam untuk mendengar keputusan inkues, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka kemudian membatalkan hasrat itu kerana perasaan tidak menentu dan risau sekiranya keputusan inkues tidak memihak kepada Allahyarham.
“Namun petang ini, saya dan suami akan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak yang berada di sana,” katanya.
Mohd Kassim pula berkata, keputusan inkues itu adalah berita gembira untuk dirinya sebagai bapa Allahyarham, selain turut berterima kasih kepada semua pengamal media yang memberikan liputan baik terhadap kes berkenaan.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan keputusan ini. Segalanya sudah terjawab,” katanya.
Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, memutuskan punca kematian Muhammad Adib ialah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Sumber: Sinar Harian & Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.