Hati mana yang tak terharu dan gembira bila mana ada yang mengambil berat di saat diri dilanda musibah. demikian juga dengan pelakon dan hos terkenal, Alif Satar yang kini sedang menerima rawatan akibat positif Covid-19.
Alif dalam laman instagramnya berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ads
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
“ALHAMDULILLAH.. Alif terima semangat baru harini, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui facetime tadi,dan sempat kirimkan surat dan buku untuk alif baca sepanjang kuarantin.
Ads
“Masa video call tadi alif sangat terharu apabila DS Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk alif, tapi buat semua yang terjebak dengan Covid19. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah swt merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah.” tulis Alif dikapsyennya.
Rata-rata yang membaca perkongsian mengucapkan syukur dan memuji keprihatinan Datuk Dr Zulkifli. Tak kurang yang mengatakan Alif bertuah disayangi ramai.
Sejak berita kehamilan ibunya diumumkan, rata-rata tidak sabar menanti untuk melihat wajah si kecil ini. Selepas tiga bulan kelahirannya, barulah wajahnya dimuat naik di media sosial buat pertama kali oleh ibu bapanya.
Nyata cukup mengundang perhatian ramai, sana-sini gambar wajahnya terpampang. Bergelar anak selebriti terkenal, pasti tidak dapat elak dari terkena tempias glamor.
Nur Fatima Aisya, buah hati pengarang jantung pasangan sama cantik sama padan Nur Fazura dan Fattah Amin ini cukup comel.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Fazura memuat naik beberapa keping gambar Ftaima yang duduk dipangkuannya.
Smple dengan padanan rompers dani stoking lace,penampilan Fatima mencuri perhatian bila mana wajah comelnya yang tersenyum manis mengundang perhatian ramai.
Mungkin kerana yang mengambil gambar tersebut adalah ayahnya membuatkan Fatima mudah tersenyum.
Bahan yang satu ini sememangnya cukup digemari, bukan sahaja berkhasiat dalam masakan, halia juga baik untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.
Sejak zaman-berzaman, halia digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah.
Halia juga mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Selain memberi manfaat kesihatan halia juga digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan.
Ikuti perkongsian dari saudari Che Mira Kimora yang memberi tips untuk memiliki kulit wajah licin dengan menggunakan halia dan cuka sahaja.
TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR SEPERTI RAWATAN FACIAL BERNILAI RM250 !!
Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.
Bahan-bahan
1 cawan cuka 2 ketul halia (bersih dikupas) Sediakan 1 bekas kaca 1 mangkuk kecil ais cube
cara membuat:
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais cube,gosok di seluruh bahagian muka.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3minggu.!
Manfaat cuka : 1.mengecutkan jerawat 2.zat anti aging 3. Mengurangkan bintik2 penuaan 4.menghilangkan racun dari wajah anda
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Bahan-bahanHaliaCukaRendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.
Doa ibu bapa mengiringi perjalanan anak-anak membesar menjadi insan yang berjaya. Bagi tujuan tersebut, ibu bapa kena memainkan peranan menjadi petunjuk arah buat anak-anak supaya tidak tersalah pilih jalan. Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak.
Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.