Penyakit kanser adalah salah satu penyakit yang menyerang manusia secara senyap. Salah satu puncanya dikatakan daripada pemakanan. Namun tak salah untuk kita ikhtiar untuk mengelak penyakit ini.
Melalui perkongsian Principal Scientist daripada MARDI,DrSuriRoowi menjelaskan bahawa bawang putih merupakan makanan anti kanser. Malah beliau berkongsi bagaimana cara penyediaan bawang putih secara betul agar khasiat bawang putih kekal.
Khasiat Berbeza Mengikut Cara Penyediaan
1. Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil ALLICIN dan AJOENE
2. ALLICIN mempunyai sifat ANTIKANSER YANG KUAT khususnya antikanser PAYUDARA, PROSTAT, USUS BESAR, KULIT, RAHIM, PUNDI KENCING dan PARU-PARU
3. Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak
Ads
4. ALLICIN akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum
5. Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah AJOENE. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (LEUKEMIA).
6. Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave @ 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
7. Bahan berkhasiat ALLICIN juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng
Ads
KENAPA BAWANG PUTIH PERLU DIKETUK DAHULU DAN DIBIARKAN 10 MINIT?
1. Kerana TEMPOH 10 MINIT selepas diketuk, enzim akan keluar dari sel dan bertindak balas untuk hasilkan bahan antikanser kuat – ALLICIN
Ads
2. MADU TULEN boleh ditambah kerana ia mengandungi enzim semulajadi yg akan tingkatkan khasiat
3. Jika bawang putih terus dibakar, dipanaskan atau digoreng pada suhu tinggi (tanpa diketuk), ALLICIN belum sempat dibentuk dan akan rosak dengan suhu tinggi
4. BAHAN ALLICIN (anti kanser payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru) akan tukar bentuk lain iaitu AJOENE, jika dicampur minyak
5. AJOENE adalah antikanser LEUKEMIA.
6. Caranya – ambil 1@2 ulas bawang putih, buang kulit, ketuk, biarkan 10 minit dan panaskan dengan sedikit minyak (2 sudu). Jangan masak lama pada suhu tinggi kerana akan merosakkan khasiat.
Moga panduan ini bermanfaat untuk kesihatan seisi keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pendedahan pelakon Ombak Rindu mengenai bapa tirinya sedikit mengejutkan. Sementelah sebelum ini dia tidak pernah bercerita mengenai hal tersebut.
Menerusi perkongsiannya semalam, Dato’ aaron Aziz bercerita mengenai zaman kecilnya yang tidak dibesarkan oleh bapa kandung. Sebaliknya dia hanya mendapat kasih sayang yang dicurahkan bapa tirinya, Abdullah Md Dawood.
Menurut Aaron, selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika masih kecil, dia tetap berbangga kerana dididik dan dibesarkan oleh bapa tirinya biar tiada pertalian darah.
“Bagi saya individu yang sentiasa membuatkan saya tersentuh ialah seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik tanpa meminta balasan. Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood merupakan insan yang dimaksudkan itu.
“Dialah satu-satunya figura bapa yang saya kenal sejak bapa kandung saya tinggalkan saya sejak kecil,” kongsi Aaron menerusi entri di Instagramnya.
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan bapa tirinya yang sentiasa menggembirakan hati ibunya serta adik-beradik lain.
“Dia menggembirakan hati ibu saya, menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh adil. Malah, dia juga melayan kami adik-beradik seperti anak kandungnya sendiri dan sampai ke hari ini dia tiada langsung anak yang berbinkan namanya.
“Walau kami tidak di’bin’kan atas namanya, dia sentiasa menyayangi kami tanpa pernah meminta balasan,” tambahnya.
Perkongsian Aaron turut mendapat respon daripada bapa tirinya yang menganggap cucu-cucunya adalah hadiah tidak ternilai dalam hidupnya.
“Terima kasih anakku. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat anak-anak saya terus gembira. Kamu semua telah berikan saya hadiah tak ternilai dalam hidup iaitu cucu-cucu saya semua,” tulis Abdullah.
Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta selepas tiga tahun bercerai.
Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu. Namun, Dr Che Hafiz akui terkejut selepas menerima notis tersebut.
“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.” katanya memetik laporan Media Hiburan.
Dr Che Hafiz ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.
Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan Mut’ah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM 1 juta.
Jelas Abdul Hadi, mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.
“Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses Sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu.” jelasnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar yang turut hadir ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila anak lelaki suka main anak patung, memang kena cepat buat aktiviti lasak. Apabila anak lelaki menonjolkan perwatakan lemah lembut, tentu mak ayah risau kan! Bimbang akan terbawa sehingga meningkat dewasa. Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengupas isu ini daripada perspektifnya. Memang mengejutkan! Moga jadi kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Isu lelaki lembut dewasa ini semakin gamat dan kontroversi. Lebih-lebih lagi kita digemparkan dengan golongan LGBT khususnya, sudah berani bersuara untuk mendapatkan hak kebebasan mereka. Dari segi hukum agama memang salah dan perlu dibanteras dengan segera. Takut-takut mempengaruhi anak kita dengan gejala yang sangat songsang ini.
Saya tak nak ulas banyak sebab ramai dalam kalangan masyarakat tak kira dalam kalangan ulamak, orang politik mahupun rakyat jelata pelbagai bangsa sudah memperkatakannya dengan berharap agar ia dapat ditanggani segera dengan hikmah dan sejahtera bersandarkan agama.
Cuma saya kembalikan semula situasi kepada anak-anak kita yang mungkin akan menghadapi cabaran ini bila mereka meningkat dewasa. Dari segi psikologi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur taska, iaitu 0-4 tahun, sebenarnya masih belum menampakkan dengan jelas sifat fizikal dan tingkah laku kelakian atau keperempuanan mereka Tetapi pada peringkat prasekolah ke atas, sifat ini sudah mula muncul dan akan lebih ketara berdasarkan tahap kematangan yang dibantu faktor hormon dan persekitaran.
KONTEKS ISLAM
Pengaruh gadget misalnya, sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak melalui perasaan ingin tahu setelah menerima terlalu banyak maklumat sama ada yang baik ataupun tidak. Apabila kita fokus kepada kanak-kanak lelaki khususnya, kecenderungan mereka untuk berada dalam dunia kelakian atau keperempuanan sebenarnya boleh dikenalpasti.
Dalam Islam, sifat kelembutan sang lelaki memang ada dinyatakan dalam Quran dan Hadith. Saya sendiri seorang lelaki lembut. Maksudnya nama saya, Halim itu maknanya lemah lembut. Dan nama tersebut merupakan nama bagi Allah Yang Maha Lemah Lembut. Tapi, untuk menampakkan maksud yang lebih jelas, nama itu perlu berpasangan dengan Abdul, iaitu Hamba Allah. Apabila nama Abdul Halim digabungkan membawa makna Hamba Allah Yang Lemah Lembut.
Jadi apa makna kelembutan dalam Islam bagi seorang lelaki yang nampak kontradik dari sifat lelaki yang lebih diterjemahkan sebagai keras, lasak, bertenaga dan macho?
Berdasarkan pemahaman saya, Islam menghendaki seorang lelaki itu mempunyai ciri kelembutan dalam tutur kata yang sopan, perbuatan yang lemah lembut dalam melakukan kerja yang berhati-hati, serta tenang dalam menghadapi situasi tegang yang memerlukan kita berfikiran rasional dan sejahtera.
DEDAH AKTIVITI LASAK
Jadi berbalik pada persoalan utama, adakah bahaya anak lelaki lembut, atau sebaliknya? Pengalaman saya mengajar prasekolah 15 tahun lepas, pernah berhadapan dengan anak murid lelaki yang bersifat lembut dari segi tutur kata dan perbuatannya. Sebenarnya, bagi saya anak itu didapati cenderung untuk memberikan banyak imej positif yang ditonjolkan dalam diri mereka.
Walaupun dia mudah mesra dengan semua rakan lelaki atau wanita, dia jarang menunjukkan situasi buli atau nakal yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dia tekun buat kerja yang disuruh dan sangat sopan bertutur kata disebabkan suaranya yang lembut. Prihatin dalam melihat kawan-kawan yang lambat siap kerja, membuatkan dia seorang yang sangat membantu.
Tetapi mungkin menampakkan masalahnya bila dia suka bermain dengan aktiviti perempuan seperti memasak, dan bermain anak patung. Bagi saya itu adalah masih terkawal.
Jadi, walaupun pelbagai usaha di pra untuk menonjokan dia dengan aktiviti bersifat kelakian, sewaktu program perjumpaan dengan ibu bapanya, nasihat saya lebih berfokuskan kelebihan dia dari segi tingkah laku yang lembut dan bersopan yang perlu ibu bapa dikekalkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan untuk berimej kelakian perlu diwujudkan dengan lebih kerap seperti bermain aktiviti yang lasak seperti berbadminton, berlari, memanjat bukit dan berkebun.
Itu antara pengalaman yang saya lalui sejak kecil hasil didikan abah saya yang sering membawa saya berbadminton dan berkebun untuk menonjolkan perlakuan aktif dan lasak.
Dari segi sains, hormon testosteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan, sangat mempengaruhi faktor fizikal dan emosi mereka. Namun, hormon estrogen misalnya, ada juga dimiliki oleh lelaki sama ada pada kadar yang sedikit ataupun banyak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tubuh badan fizikal dan perlakuan mereka yang sama ada terus kekal dengan perlakuan kelakian atau kecenderungan untuk ke arah keperempuanan.
KECENDERUNGAN BERMULA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Persoalan bilakah anak lelaki atau anak perempuan ini akan mula nampak kecenderungan ke arah keperempuanan atau kelakian? Perkara ini sebenarnya akan lebih terlihat apabila mereka berada di sekolah rendah dan menengah.
Bagi murid lelaki, mereka akan mencuba untuk bercakap dan beraksi lembut, memakai pakaian yang berwarna lembut dan cerah seperti merah jambu dan jingga, serta menyertai aktiviti bersama perempuan. Ini boleh dilihat dengan lebih ketara apabila mereka akan mula cuba untuk memakai alat solek atau memakai pakaian wanita.
Begitu juga bagi murid perempuan yang menampakkan ciri-ciri mereka ke arah kelakian. Perkara tersebut seharusnya boleh diawasi oleh ibu bapa dan guru khususnya, dalam membendung dan mengatasi masalah ini.
Jadi, sama ada anak lelaki kita lembut atau anak perempuan kita lasak, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka untuk menonjolkan ciri kelakian atau keperempuan dengan aktiviti yang sesuai. Hormon yang ada dalam setiap anak itu walaupun berbeza-beza tahapnya, boleh dibantu untuk mereka menguasai sifat yang seharusnya ada dalam diri mereka.
KESIMPULAN
Sentiasa diterapkan dalam diri anak-anak dengan menghargai jantina yang mereka perolehi. Berikan khidmat sokongan sewajarnya kepada mereka. Dekatkan diri mereka dengan agama, ia lebih banyak membantu untuk mengetahui kenapa mereka diciptakan Tuhan. Juga berikan sokongan dan bimbingan agama sebenarnya boleh membantu kanak-kanak atau golongan tersebut untuk kembali kepada fitrah kejadian serta menghargai apa jua yang Tuhan beri. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihani.
Sumber: Majalah Keluarga via Dr. Abdul Halim Masnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.