Cemas juga bila dapat soalan tak disangka-sangka dari anak lelaki yang masih kecil. Keadaan ini mungkin normal tapi bagi anak lelaki, dia pastinya keliru dengan tubuh badan sendiri.
Bagi mak ayah yang buntu dengan pertanyaan anak, ini panduan yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
“Ayah, kenapa kemaluan saya mengeras pada waktu pagi?”
Jika anak sudah meningkat dewasa dan sudah mula ada morning erection, langkah terbaik adalah dengan menjelaskan kepadanya mengapa ia berlaku.
Ads
1. Proses biologi semula jadi
Alat sulit lelaki mengeras pda waktu pagi adalah satu fenomena semula jadi yang berlaku kepada hampir SEMUA lelaki sebagai sebahagian daripada fungsi tubuh normal.
2. Menunjukkan tubuh badan sihat
Ia adalah satu tanda bahawa sistem saraf dan peredaran darah berfungsi dengan normal.
Ads
3. Hormon dewasa meningkat
Morning erection berlaku semasa tidur, terutamanya semasa fasa tidur. Ketika ini, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak hormon testosteron, yang boleh menyebabkan ereksi
4. Pundi kencing penuh
Morning erection juga boleh disebabkan oleh kandung kencing yang penuh. Tekanan dari pundi kencing yang penuh boleh merangsang saraf yang menyebabkan ereksi
Ads
Owh ya, morning erection BUKAN akibat ransangan seksual seperti melihat gambar yang tidak elok. Dengan menjelaskan bahawa morning erection adalah proses biologi semula jadi, anda dapat membantu anak memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan normal, BUKAN akibat tindakan yang salah atau tidak baik yang memalukan.
*Ketiadaan morning wood tidak semestinya bermaksud seseorang itu tidak sihat, tetapi jika ia berlaku secara berterusan dan disertai dengan gejala lain, lebih baik dapatkan pemeriksaan.
Pernah tak alami situasi ini apabila, anak-anak sedang bergaduh. Adakah kita perlu marah abang atau anak yang kecil. Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Ikuti selanjutnya perkongsian bermanfaat ini untuk memastikan kita mendidik anak dengan cara yang betul.
Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar.
Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya, “Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.
“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi
Credit: Penmerah via Kids Wear by Darwish Rich Design
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak terpikat dan jatuh hati bila dilayan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, hati mereka lebih murah terpaut dan melekat kepada individu yang berjaya menawan hati mereka.
Agaknya itulah yang memikat hati Maryam, anak kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dilihat sangat mesra dengan ibu tirinya, Fazeera Nazri Azrai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Tiktok boleh dilihat bagaimana akrabnya hubungan mereka. Malah Maryam begitu menyayangi adiknya, Wan Khaleeda.
Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.
Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.
Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.
“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.
“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.
“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah. – Komen salah seorang netizen.
Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur.
Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Ozlynn memuat naik foto anak bujangnya, Ariq Lim yang sedang memangku adiknya sedang tidur memperlihatkan betapa akrabnya hubungan mereka.
Walaupun sedang mengikuti kelas online secara maya, namun dia masih sempat menidurkan adiknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui Ariq seorang anak dan abang yang bertanggung jawab. Memandangkan dia kini belajar menerusi online, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi.
“Dah cakap dah online class tak semudah yang kita jangka! Tengah online tetibe adik nangis.. nak kena pujuk.. tengah online maid dok pekik sape makan tak basuh pinggan.. tengah online class adik pulak tanya pasal sirah.. tengah online mama mintak tolong check buku adik.
“Tengah online adik dok menjerit bergasak rebut toys… cemane gaisss?! Sian kan? Tapi hal gambar di atas memang betul2 sweet.. mama tengah masak, kak dorthy tengah kutip baju kotor tetibe moleiq melalak. Baru kecik kan api lauk berlari ke depan.
Rupa-rupanya si adiknya menangis sebab mengingau. Melihatkan keprihatinan anaknya Ariq, membuatkan Ozlynn rasa tersentuh hati.
“tengok2 adik kat pangku abang.. rupanya abang dia tidur kan.. dia melalak tu sebab ngigau.. 😂😂 Allahu.. moga segala yang terbaik di dunia dan akhirat menjadi milikmu anakku Ariq Lim ❤️
Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata memuji Ozlynn dan Johan kerana memiliki anak dan abang yang cukup prihatin dan penyayang kepada adik-adiknya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.