Balik kerja dah tentulah kita penat seharian. Kerja pula bukan sekadar masukkan bahan dalam komputer dan simpan seperti dulu-dulu. Sekarang nak kena fikirkan dua tiga kerja yang terpaksa jalan sekali harung.
Sampaikan ada ibu nak tidur malam pun masih termimpi-mimpi pasal kerja. Malah ada juga yang sempat buat bahan ketika susukan anak jam tiga pagi. Ya..itulah cabaran ibu hari ini.
Nak masak? Ya soal masak memang jadi semakin mencabar bilamana kerja makin bertambah dan badan terlalu penat untuk masak. Akan tetapi yang semua ibu kena
tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi si kecil anda. Mengapa?
Momen indah dengan makanan
Dari kecil sampai besar makanan ibu nilah yang buat anak terkenang-kenang sampai bila. Sampai tahapnya sarapan pagi ibu misalnya akan jadi satu makanan tradisi yang tak mungkin si anak boleh cari di mana-mana walaupun hanya sekadar nasi goreng putih biasa tanpa ayam, bilis atau telur. Nasi Goreng Legend, Sedap sampai bila-bila.
Suasana kelam kabut
Balik rumah dah maghrib dan rumah jadi hingar bingar bila uruskan anak nak susu, mandi dan sebagainya. Ketika ini jugalah ibu berperang dengan periuk dan kuali di dapur. Tambah bingit bila si ibu hanya bagi arahan itu dan ini daripada dapur dan sesekali keluar menguruskan anak.
Itu belum masuk lagi anak nak berkepit dan pegang kaki ibu. Rimas tapi inilah momen yang akan dirindui satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Jadi jangan mengeluh.
Ads
Kenyang Perut
Bila perut lapar semua jadi tak kena. Anak meragam, ayah gelisah dan satu rumah boleh berdentum bila makanan tidak masuk ke dalam perut. Semua keadaan jadi tak tenang. Jadi sebaik balik ke rumah, cubalah memasak walau hanya berlaukkan telur kicap dan bilis goreng. Itu sudah memadai untuk buat perut kenyang. Bila perut dan kenyang, masing-masing boleh terlena dengan nyenyak.
Raikan hujung minggu
Hujung minggu jangan pula asyik makan di luar. Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikan mereka dengan makanan. Kalau nak hujung minggu saja tanyakan apa yang anak-anak nak makan supaya dia sendiri rasa gembira dan tak sabar.
Ajar anak-anak masuk dapur dan menikmati kesibukan kacau bilau dengan mereka dan kemudiannya makanlah bersama-sama. Itulah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.
Makanan tradisi
Ya..semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah besar. Bila di rumah sewa kita asyik telefon ibu bagaimana nak buat resipi itu ini dan bila sudah berkahwin, kita minta ibu tolong ajarkan sampai sedap supaya kita nak suami dan anak-anak rasa sedapnya sama macam nenek buat. Kita nak anak-anak kita terkenang-kenangkan rasanya sampai besar.
Ads
Tahu apa anak mahu
Bila anak sudah besar, harus ada satu makanan yang memang dia suka sejak kecil. Misalnya nasi goreng atau sambal bilis ibu, air tangan ibunya sendiri. Kalau kita tak masak, macam mana nak tahu apa kesukaan anak-anak kita dan bagaimana menu tradisi nak disampaikan pada generasi akan datang.
Dan kerana itu jugalah kita perlu masak hari ini untuk anak-anak kita!
Tip Masak Ekpress
* Kisar bawang merah dan bawang putih pada hujung minggu dan simpan dalam peti ais.
Ads
* Ketika hendak pergi kerja, letakkan bahan basah seperti ikan di bahagian bawah supaya tidak perlu menunggu lama apabila hendak masak.
* Ikan pula simpan dalam bekas kecil untuk satu hidangan, supaya lebih cepat cair dan tak perlu tunggu lama untuk masak.
* Masak menu ringkas sahaja di malam hari. Pilih bertumis dan didih sahaja supaya lebih cepat.
* Tak perlu menu berat seperti bersantan atau yang dimasak lama seperti rendang dan sebagainya untuk anak-anak makan malam. Menu ringkas seperti masak
kicap, sayur tumis dan sebagainya sudah memadai.
* Fokus ketika memasak.
* Peruntukkan waktu hanya 30 minit atau paling lama 1 jam sahaja ketika masak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak sebak apabila melihat isteri yang baru melahirkan cahaya mata, disahkan positif denggi. Pelakon, Reza Hasbi yang baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini, berkongsi kisah duka di instagramnya, bahawa isterinya ditahan di wad ekoran serangan denggi setelah 15 hari berpantang.
Beliau yang redha dengan ujian yang menimpa, menggangap ia penghapus dosa. Katanya lagi, isterinya telah ditahan selama empat hari untuk rawatan lanjut, kini telah dibenarkan pulang ke rumah.
2019 ALLAH beri kami ujian yg bertimpa-timpa.. ujian itu sbb ALLAH sayangkan kita.. sakit itu sbb ALLAH nak hapus dosa… tak beriman seseorg itu selagi tidak diuji.. ALLAH nak angkat darjat kita..itu la kata2 aku tiap kali aku temankan isteri aku.. fikir anak sayang.. kuatkan semngat awk @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saye kena tahan wad disbbkan positif DENGGI.. dan hampir dimasukan ke ICU.. saye mintak maaf sbb baru nak share benda ni.. saye tak ade mase nak hadap fone.. dan susah hati ape pon saye tak boleh buat..
4 hari di wad
4 hari @rdr7_terlantar dihospital dia kuat.. dah la dlm pantang.. badan masih lemah.. pastu kena denggi pulak..
Kembali sihat
Alhamdulillah hari ini isteri saye dah pon berada dirumah.. dah boleh menyusu anak.. saye nak ucapankan terima kasih banyak2 pada keluarga saye dan mertua saye yg menbantu saye dari segi tenaga kewangan dan tak henti2 mendoakan isteri saye.. terima kasih semua..
Sebelum ini, Reza dan isteri dikurniakan permata hati ke dua pada 3 Mac lalu.
Setiap yang hidup itu pasti mati. Namun cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi, terus kekal menjadi rahsia Tuhan hingga sampai detiknya itu.
Cuma apa yang boleh kita serta seisi keluarga lakukan, terus berdoa untuk pengakhiran hidup yang baik dan sempurna.
Manakala perkongsian daripada seorang suami ini pula cukup menyentuh hati. Suri hatinya telah pergi dahulu daripadanya dengan meninggalkan seorang zuriat.
Mengabadikan kenangan, turut berselfie dan meluah rasa hati diakuan fbnya. Cukup syahdu dan didoakan roh isterinya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman…Amin.
Untuk itu, ikuti perkongsian penuh posting daripada seorang suami bernama Mohamad Khusyairi ini.
“SELFIE TERAKHIR”
Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang tak tertunai.. Maafkan abang..
Harini abang tak tidur.. Harini abang duduk sebelah sayang.. Harini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. sampai sayang hembuskan nafas terakhir.
Selalu bila sayang sakit abang mandikan sayang.. Tapi harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang.. Abg usap lembut tangan yang masakkan abang setiap hari.. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat.. Abang belai wajah yang selalu abang kucup.. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..
Lepas ni tak ada dah abang nak potongkan kuku sayang.. Lepas ni tak ada dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni tak ada dah abang hantar sayang check up appoinment doktor.. Lepas ni tak ada dah abang buatkan air gula untuk sayang..
Abang letih, abang tak tidur, tapi abang gagahkan jugak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang lahad, abang gagahkan juga mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sebab abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..
Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi mengamuk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura mati depan dia.. Dia tak tau harini yang sayang tak pura-pura.
Semuanya dah berlalu sayang.. Syg pergi dengan mudah.. Sayang tak menderita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin.
Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..
Dalam rumahtangga, baik suami mahupun isteri pasti mahu memberikan yang terbaik. Dek kerana itu, mereka tidak berkira dalam mengeluarkab belanja sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan berkorban masa demi kebahagiaan hidup.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Daniel Firdaus,dia memaparkan satu resit barangan basah yang dibeli oleh isterinya di sebuah pasar raya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dek kerana jumlah keseluruhan barangan yang dibeli bagi membuat hidangan mi hailam mencecah hingga RM1,000.
“Isteri cakap malam ini nak masak mi hailam. Jadi kena pergi Mydin beli barang. Cuma kebiasannya aku turun tetapi kali ini isteri nak turun sendiri sebab sebelum ini aku tertinggal daun ketumbar.
“Cuma saja nak tanya memang buat mi hailam mahal macam ini ke? Aku rasa baik makan kedai jimat,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan jumlah yang ditunjukkan di resit berkenaan.
Ni mee hailam cap Kayangan. Minyak pon pakai Natural Blend 😂
Tak apa nnt Allah gantikn rezeki lagi besar
Aku rasa dia tersalah bayar troli org lain skali nih… 🤣🤣🤣🤣🤣
😂😂😂😂 mmg mahal harga sepinggan mee hailam puan isteri
Remaja perempuan maut, terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri, ada kesan kelar pada tangan kiri. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim,George Town, Pulau Pinang pada awal pagi Ahad.