“Kenapa isteri saya tak suka saya sentuh dia? Bila saya nak pegang je dia mengelak” 

Begitulah antara situasi yang dialami oleh segelintir suami yang melahirkan kebimbangan mengenai sikap isteri.

Bimbang ia akan menjadi punca bahagia semakin kurang. Namun lelaki ini ada penjelasan lanjut mengenai situasi sedemikian.

Ikuti lanjut mengenai perkongsiannya.

Fadzli Aziz bersama isterinya

“Yeke? Pernah tanya dia kenapa?” tanya saya.
“Tak pernah. Tapi kan, En Fadzli selalu beritahu yang orang perempuan ni suka disentuh, dipeluk dan pegang tangan.

Tapi kenapa isteri saya macam tak suka? Ke dia marah saya?”
“Mungkin juga” jawab saya.
“Cuma cuba semak balik, bila biasanya waktu tuan sentuh dan peluk isteri?”
“Biasanya waktu saya nak ‘bersama’ lah.”
Ok. Inilah kebiasaan berlaku. Orang perempuan memang suka disentuh, dipeluk dan pegang tangan.

SENTUHAN 
Tapi sentuhan dan pelukan yang bukan bersifat ‘sexual driven’ semata-mata. Bukan sentuhan yang dimulakan untuk menghala kepada hubungan seks semata-mata.
Kebanyakan lelaki memberikan sentuhan dan pelukan apabila hanya ingin memulakan hubungan intim.

IKLAN

Kesannya isteri hanya ingat dan faham bahawa sentuhan yang diberikan hanyalah signal untuk hubungan seksual.
Tambahan lagi suami langsung sibuk dengan hal lain dan handphone apabila ada waktu lapang. Rapat dan mendekat hanya apabila be’keperlu’an.
Timing pula tidak kena. Isteri tengah sibuk dengan wfh, kerja rumah, layan anak dan pelbagai lagi.

Inilah yang menyebabkan isteri seolah dilihat mengelak.Sedangkan untuk melakukan hubungan intim, perlukan komitmen, masa dan tenaga bagi memberikan yang terbaik.
Jadi sentuhan bagaimana yang isteri perlukan???

IKLAN

Berilah sentuhan, pelukan dan pegangan yang bersifat melindungi.
Berilah sentuhan yang bersifat menyayangi.
Berilah sentuhan yang bersifat ikhlas mencintai, bukan kerana ‘body’.
Berilah sentuhan yang menunjukkan betapa suami memerlukan si isteri. Akan digenggam erat untuk dipimpin.

Inilah yang diperlukan isteri. Sentuhan adalah ekspresi hati.
Supaya terus rasa dicintai, difahami dan dilindungi.
Apatahlagi di saat isteri sedang kecewa, lemah motivasinya, besar tekanannya di tempat kerja. Itulah sentuhan dan pelukan terapi.
Maka suami, budayakan sentuh dan peluk dalam rumahtangga apabila ada peluang dan tidak menyusahkan.
Walaupun rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA, namun cinta tetap adalah perisa terbaik dalam rumahtangga.

Sumber: Fadzli Aziz