Mempunyai anak istimewa ni sebenarnya satu rahmat buat ibu ayah kerana kita akan belajar untuk menjadi lebih sabar dan reda dengan cabaran yang mendatang. Ibu ayah yang diuji begini sebenarnya insan kuat serta mempunyai semangat juang yang tinggi. Allah SWT memilih orang yang mampu melalui setiap ujian dari-Nya.
Dr Say Shazril yang merupakan ayah kepada anak autisme bersikap terbuka berkongsi kesedaran tentang isu ini. Pada awalnya dia juga merasa sedih dan tidak dapat menerima apabila dimaklumkan anak sulungnya itu penghidap autisme. Pernah juga tertanya-tanya apakah dosanya di masa silam sehingga dihukum begini.
Namun Dr Say Shazril mengumpul kembali semangatnya dan tidak mahu memandang ke belakang. Dia dan isteri sangat positif dan sentiasa berkongsi ilmu tentang autisme supaya dapat membantu lebih banyak ibu ayah yang mempunyai anak autisme seperti dirinya.
Terbaharu, dia telah memuatnaik sebuah video di TikTok untuk bercerita tentang salah seorang pesakitnya yang memberitahu dirinya diceraikan kerana suami tidak dapat menerima keadaan anak mereka yang menghidap autisme.
Melalui cerita Dr Say, dia merasa sayu apabila wanita tersebut mengatakan dirinya seorang suami yang bagus kerana sentiasa ada bersama anak yang menghidap autisme.
“Doc bagus sebab Doc stay dengan your austistic son. Ex husband saya tinggalkan saya kerana anak kami austime. Dia tak boleh terima.”
Ads
Tonton video ini;
@say_shazril0Last pesakit sy pagi ni didatangi dengan kisah sebegini. Terus sy teringat video @adamsautismfamily semalam sebab terus terang cerita sy dapat banyak dm dari mak2 saying suami mereka tak amik kisah langsung pasal anak istimewa mereka. Janganlah begitu, ada sebab Allah turunkan anak sebegitu kepada kita.♬ Slow sad background music.(1270171) – Art Music Style
Perkongsian wanita itu membuatkan Dr Say terfikir mengapa kaum lelaki sukar menerima keadaan seperti ini.
“Kenapa lelaki-lelaki ni malu ada anak sebegini. Dorang tak tahu ke dorang dah ada ‘kunci’ ke syurga? Nak kata anak macam ni membebankan, Allah takkan uji kalau Dia tahu kita tak mampu diuji.”
Tambah Dr Say lagi bila dia dikurniakan anak autisme ini, rezekinya bertambah melebihi daripada apa yang dia mampu perolehi sendiri.
“Nak salahkan bini sebab lahirkan anAk autisme, tahu tak gen pembawa autisme ni mostly inherited dari bapa?”.
Doktor selebriti ini juga sempat menitipkan pesanan kepada para ayah yang malu atau merasakan anak autisme membebankan, dia meminta supaya mereka ubah cara berfikir.
“We should be proud and we should feel blessed dapat anak syurga sebegini.”
Ads
Benarlah kata Dr Say, kehadiran anak autisme ini perlu disyukuri. Mereka anak hebat dan berpotensi besar, mengapa kita sebagai ibu ayah mahu menidakkan hak serta kelebihan yang mereka ada kan?
Semoga perkongsian dari Dr Say dapat membuka mata segelintir masyarakat yang masih mengganggap autisme sebagai sesuatu yang memalukan serta menjadi beban kepada keluarga.
Biasa nampak kan uncang gel silika ni setiap kali membeli kasut baru di kedai. Biasanya kita akan buang disebabkan uncang gel silika ini tuli ‘Throw away’ tapi sebenarnya ia amat bermanfaat untuk tujuan lain. Cuma hati-hati elak anak-anak terambil bimbang mereka ingat gula-gula.
Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:
1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.
2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.
3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.
4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.
5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.
Bukan mudah untuk merancangan perbelanjaan setiap bulan. Setiap bulan ada je yang tak cukup akibat terlebih guna. Akibatnya duit nak simpan pun tak ada.
Tidak dinafikan kita semua berniat nak menabung tapi jika tidak ada tindakan yang betul dan semangat yang tinggi, sudah tentu tak menjadi.
Jadi untuk pastikan tidak berbelanja berlebihan, kita perlu bijak menyenaraikan semua perbelanjaan yang dibuat setiap bulan. Nak tahu caranya ikuti sebagaimana yang dilakukan oleh suri rumah tangga ini. Caranya sistematik dengan sampul yang digelar sampul Doraemon membantunya berbelanja secara berhemah.
Sampul Doraemon
Lama dah nak share tentang sampul Doraemon Hawa ni. Bukan angpow or duit raya tau tapi inilah caranya Hawa susun perbelanjaan rumah setiap bulan sebagai surirumah yang bekerja dari rumah.
Old school sangat. Tu sebab malu nak share. Tapi hari ni share jugalah. Mana tau boleh bantu pembaca untuk uruskan kewangan keluarga dengan lebih baik di zaman serba mahal ni.
Sebenarnya, cara ini Hawa adaptasi daripada cara T.Harve Eker (6 Jars Money Management System) di mana kita menetapkan peratus duit dari income kita untuk kegunaan satu-satu perkara.
Contoh kiraannya adalah macam ni. Katakan duit gaji bulanan kita adalah RM2000, bahagikan kepada 6 jars yang setiap satunya ada peratus tersendiri seperti di bawah.
1.55 % Necessities (keperluan) – semua keperluan hidup seperti barang dapur, toiletries, bil elektrik, bil air, yuran taska anak, rumah, kereta dan lain-lain. 2.10% Long Term Saving for Spending (LTSS) – simpanan untuk digunakan. Contohnya, simpan untuk deposit beli rumah, untuk travel ke luar negara dan sebagainya. 3.10% Play – tabung ini untuk enjoy. Inilah duitnya untuk ke pasar malam, belanja family makan di luar, tengok wayang dan seumpamanya. So, tak kacau duit lain. 4.10% Education – tabung upgrade ilmu. Tak kisahlah ilmu apa asalkan jangan ilmu hitam sudahlah ye. Ini tabung untuk beli buku, pergi seminar , kelas untuk upgrade ilmu. 5.10% Financial Freedom Account (FFA) – ini tabung untuk bebas kewangan di mana, tabung ini boleh create passive income untuk kita. Tabung ini tidak akan sekali -kali diusik ya ! Jangan suka- suki nak korek. Tabung ini boleh dilaburkan ke ASBF, Unit Trust , Public Mutual, any Retirement Scheme , letak di Tabung Haji (walaupun dividen dah ciput, kah!) Dan seumpamanya. 6. 5% Give – Adalah sangat digalakkan untuk memberi kan? Semakin banyak yang kita beri semakin banyak yang datang. Kesanggupan kita memberi itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan sudi berkongsi. Ini tabung untuk kita sedekah, infaq, hadiah kepada ibu bapa dan sebagainya.
Peratus untuk setiap jars tu boleh saja diubah mengikut keadaan masing-masing. Apa yang penting adalah habit atau disiplin kita dalam menguruskan kewangan. Satu perkara lagi yang ditekankan selain disiplin menguruskan duit adalah ada SIMPANAN setiap bulan.
Jadi, berdasarkan 6 jars di ataslah, Hawa come out dengan 8 Sampul Duit Old School sangat nih! Hihi.
Sampul-sampul ini Hawa buat untuk memudahkan pembahagian duit ikut keperluan. Kebaikannya adalah :
1.Tak ada isu “tertarik” sana-sini lepas tu terjerut leher! 2.Lebih disiplin menyimpan. Bahagian nak simpan, ketepikan siap-siap. Sampul-sampul ni untuk berjoli je. Eh! Bukan. Untuk digunakan secara berhemahlah. 3.Tak ada isu tak cukup duit nak bagi kat parents bulan-bulan. 4.Belanja tak ikut nafsu. 5.Dapat enjoy, fun-fun dengan duit. Yeah! 6.Elakkan berhutang sana-sini. 7.Suntik semangat untuk berbisnes bersungguh-sungguh. No alasan! 8.Rasa bebas dan seronok untuk memberi dan tiada rasa “kalau aku bagi ni, nanti tak cukup duit aku nak makan bulan ni!”. Alhamdulillah. 9.Gembira dapat gembirakan orang-orang tersayang. Boleh balik kampung dengan tenang. 10. Tenang dan lapang hidupku. Again , Alhamdulillah.
Ok. Itulah antara 10 kebaikan yang Hawa alami selama amalkan sampul old school ni.
Sekarang cerita macam mana nak susun duit ke dalam sampul-sampul tersebut.
Boleh tengok contoh kiraan di bawah.
Kiraan ini mengambil kira apa yang Hawa perlu bayar atau selesaikan setiap bulan. Part ni, adalah lebih baik untuk berbincang dengan pasangan masing-masing (jika ada). Haruslah telus dan transparent okay! Hehe.
Untuk family kecil kami, kami decide komitmen yang besar-besar macam kereta, rumah, belanja utama, untuk anak-anak, pendidikan anak (jika ada), takaful, hibah, bil elektrik, bil air dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab suami.
Hawa ambil bahagian yang tidak diambil suami sahaja seperti contoh di bawah.
Contoh pendapatan bulanan : RM3000 (Diulangi! Ini contoh sahaja ye untuk mudah nampak cara pembahagiannya tu).
1.60% – Necessities (Keperluan dapur, wifi, toiletries, petrol/travel balik kampung , supplements, skin care, kesihatan, hutang piutang sendiri bukan suami punya (jika ada), maintenance bulanan kereta dan lain-lain). Untuk ini peruntukannya adalah RM1800. Ini dibahagikan ke dalam sampul No.1, No.3, No.5 dan No.7 ikut amaun yang kena bayar.
2. 15% – FFA savings . Untuk ini peruntukannya RM600 daripada pendapatan. Biasanya untuk part ini, akan terus transfer secara online. First step kena buat sebelum susun duit ke dalam sampul-sampul yang nak dibelanjakan.
3. 10% – LTSS . Untuk ini peruntukannya adalah RM 300. Ini sampul No. 4. Sampul barang rumah atau deko. Ianya boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa. Mungkin tahun depan jadi sampul Pulau Jeju ke pula kan? Atau deposit beli rumah? Mungkin. Jadi, buat masa ini, sampul ini berguna untuk beli barang-barang rumah sebab kami baru juga pindah, sebelum ini menyewa. Nak pasang langsir, grill, rak laundry ke apa, ongkosnya dari sampul ini. Tak cukup? Sabarlah! Tunggu cukup baru beli. Hehe. Hawa cuba elakkan beli sesuatu dengan cara bayar banyak kali, dah habis bayar baru dapat barang atau main kutu atau ambil barang bayar ansuran. Tidak! Sejenis tak berapa sabar nak bayar banyak-banyak kali. Once dah bayar, nak tengok barang depan mata terus. Satu hal lagi tak mahu berhutang.
4.10% – Give. Untuk ini peruntukannya RM 300 daripada pendapatan. Yang ini boleh beri kepada parents secara konsisten setiap bulan. Pendapatan bertambah, nilai 10% sampul give ini juga akan bertambah. Boleh juga guna untuk sedekah dan sebagainya. Pandai-pandailah susun. Ini masuk dalam sampul No. 2. Jangan guna buat beli jajan pulak! Hihi.
5. 5% – Education . Untuk ini peruntukannya RM150 daripada pendapatan. Guna untuk beli buku sendiri atau pergi kelas tambah ilmu. Edutoys , buku-buku anak-anak juga boleh guna sampul ni. Ini masuk sampul No.6.
6. 5% – Play / Fun . Untuk ini peruntukannya RM150 juga. Bolehlah guna untuk berjimba kat pasar malam ke, nak beli ayam KFC hijau tu ke, belanja mak makan, pergi Langkawi beli Corelle, bawa anak tengok Boboboy atau kumpul buat beli handbag Coach original bukan grade AAA. Ahaks! Gurau je. Sikit? Nak banyak, usaha gemukkan pendapatan, InsyaaAllah sampul play /fun ni pun jadi gemuk juga. Horey! Ini masuk sampul No.8.
Begitulah caranya guna 8 Sampul old school tu. Alhamdulillah sangat membantu sampai hari ini. Sebelum kami buat macam ni, kadang tak tersedar duit habis macam tu je. Eh! Rasa macam banyak lagi, pergi mana duit aku? Haha.
Selain itu Hawa juga wujudkan 3 tabung ni. Guna je balang apa yang ada di rumah.
Tabung resit. Aiyyaaaa. Hehehe. Tabung ini gunanya untuk masukkan resit-resit yang belum diproses. Daripada resit-resit tu, kita boleh trace perbelanjaan dan buat muhasabah sikitlah. Ok ke tak cara berbelanja untuk setiap bulan? Resit-resit ini juga berguna untuk dokumentasi. Gitu.
Ini tabung duit hijau RM 5 . Tabung ini akan dikosongkan bila penuh dan disimpan di tempat sepatutnya atau beli emas. From Green To Gold.
Ini tabung sedekah Subuh. Setiap hari tak kiralah berapa RM, kena masukkan duit ke tabung ini lepas Subuh. Tabung ini biasanya akan dikosongkan setiap minggu. Beli makanan dan bagi-bagi kat jiran ke atau beli barang dapur untuk mereka yang perlukan. Macam tulah.
Apapun, dalam hal kewangan ini, jika anda seorang isteri digalakkan berbincang dengan pasangan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik. Apa yang penting kerjasama, saling memberi dan saling membantu. Kalau suami mampu untuk cover semua perbelanjaan, Alhamdulillah.
Boleh wujudkan sampul yang sesuai untuk keadaan masing-masing. Seperkara lagi, jangan lupa part zakat. Jika wajib bayar zakat pendapatan, zakat harta, emas, ternakan dan sebagainya tunaikanlah.
Income banyak bolehlah buat macam tu! Kalau sikit or defisit tiap-tiap bulan, payahlah. Tenang kawan. InsyaaAllah ada jalan penyelesaiannya.
Jika memang pendapatan kita tidak cukup, usahakanlah untuk cari lebih banyak paip income.
Lately, banyak je peluang yang ada. Jadi dropship tanpa modal atau modal rendah pun ada. Modal masa dan kesungguhan tu yang utama. Allah pasti akan beri kepada hambaNya yang berusaha. Yakin, percaya dan buat sampai dapat .
Mudah-mudahan perkongsian Hawa untuk kali ini bermanfaat untuk semua especially kaum isteri atau wanita.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hidup berjiran biarlah harmoni, barulah kita rasa seronok dengan persekitaran kejiranan perumahan kita.
Umumnya, mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama jiran selain perlu saling bertegur sapa, boleh juga praktikkan cara dan trik yang dikongsikan oleh saudara Hishamudin ini.
Caranya cukup ringkas dan mudah, iaitu kena tanam pokok berbuah. Apa sebabnya, jom baca perkongsian daripadanya.
Suatu ketika dahulu, aruah abah pernah berpesan, jika sudah berkeluarga dan berumah sendiri, pastikan menanam pokok buah di halaman rumah, biar asbab berharmoni dengan jiran.
Semasa itu kecil lagi, manalah saya faham. Namun kini, setelah melaluinya sendiri, baru saya mengerti.
Buah pelam epal ini, menjadi antara pengikat hubungan baik saya dengan jiran tetangga. Tidak kira siapa, yang teringin, ambil sahaja. Rezeki biar dikongsi.
Buahnya pula, setiap musim semakin lebat berbuah. Alhamdulillah.
Terima kasih abah ilmunya. Teringat pokok pelam epal di halaman rumah lama kita.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...