Ibu ayah mana yang tidak segembira setelah anak mendapat keputusan cemerlang eputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah keputusan ‘A’ yang banyak menjadi impian setiap ibu bapa!
Namun dalam terujaan itu, sudah tentu ada anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang di sindir tanpa sedar bahawa kata-kata itu akan menguris hati anak-anak. Sekali gus menjejaskan motivasi diri anak itu.
Menerusi perkongsian oleh Pakar Motivasi terkenal, Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad menerusi facebooknya.
Dr Asmadi, menyatakan mendapat kiriman coretan seorang pelajar yang sedih apabila ibunya menyindir keputusan peperiksaaan SPM tidak banyak ‘A’.
Nasihatnya, usah mempertikaian keputusan itu sebaliknya raikan. Malah SPM adalah hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
“Ada orang kongsikan coretan komen seorang pelajar yang baru dapat keputusan SPM semalam kepada saya. Ini komen saya untuk tatapan ibu bapa semua. “
Ads
“Anak-anak ini ialah mereka yang menduduki SPM dalam keadaan Pandemik. Belajar tidak menentu. Saya amat simpati dengan cabaran mereka. Jadi usah bandingkan dengan keputusan anak-anak terdahulu.
“Kedua, kecerdasan anak-anak kita berbeza. Ada yang cerdas bahasa, sains dan matematik. Ada yang cerdas agama dan al-quran. Ada yang cerdas sukan, muzik, seni dan kemahiran. Pendek kata, rezeki anak-anak kita tak sama.
“Malah jika belum nampak kecerdasannya sekali pun, dia mungkin anak yang sanggup jaga kita, mandikan kita, basuh berak kencing kita di hari tua. Dia mungkin anak yang doakan kita bila kita sudah tiada.
RAIKAN ANAK, SPM HANYALAH PERMULAAN.
“Jadi, raikanlah keputusan anak waima apa sekalipun keputusannya. Usah pilih-pilih. SPM hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
Bahagia sebuah keluarga itu pelbagai cara. Ia termasuk mempunyai adik beradik yang ramai.
Namun untuk membesarkan anak yang ramai ada cabarannya.
Ia menjadi momen yang akan dikenang dan menjadikan diri lebih motivasi.
Begitulah perkongsian saudara Mohd Yazid Islam dalam facebooknya tentang cabaran mempunyai adik beradik yang ramai.
“Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.”
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Cabaran hidup dengan RM150
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Masak dapur kayu nak jimat
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Arwah ayah pentingkan solat berjemaah
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.
Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawang antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga bawang menyebabkan ramai mengeluh. Ada yang berkongsi tip menanam sendiri bawang dan pelbagai lagi.
Selain itu puan Sue M Arukinyang juga seorang chef berkongsi tip menggunakan bahan lain menggantikan bawang. selamat mencuba!
Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak/suri rumah susah hati. Sebagai alternative kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah.
Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):
1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina. 2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas. 3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.
Contohnya macam dalam gambar no 4, saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan tu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.
Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang; Ayam/daging panggang, ikan bakar, masak lemak cilipadi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.
Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah? #bawangbukanmembawang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian wanita ini apabila menterjemahkan hubungan suami isteri itu ibarat perjalanan yang tanpa henti, menarik untuk kita sama-sama fahami.
Jom semak perkongsiannya.
Suami dan isteri itu, ibarat perjalanan yang tanpa henti. Perlu melalui sejuta satu nikmat dan ujian, untuk ke destinasi yang pasti. Iaitu syurga yang abadi.
Bila kita setuju menjadi isteri, daripada saat pertama kita kata, “yes papa, I agree”. Di situlah bermulanya pembelian tiket ke syurga tertinggi.
Satu hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad berbunyi, “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan TAAT pada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
Tamsilannya ibarat, kita buat persiapan nak pergi bercuti ke Port Dickson dan persiapan nak menunaikan umrah ke Makkah dan Madinah. Tentulah persiapan yang nak ke umrah lebih mahal, dan banyak duit yang nak digunakan.
Jadi, simpanan lebih banyak nak dibuat. Usaha untuk dapatkan simpanan yang banyak juga tinggi. Berbanding percutian ke Port Dickson. Tempat yang mahal, usaha dan ujian yang perlu ditempuh, juga setimpal dengan harga tempat tersebut. Betul?
Syurga? Allahu. Tak tergambar dengan akal indahnya syurga. Tak terbayang dek fikiran hebatnya syurga. Dan pastinya, tiket ke syurga amat mahal!
Jalan nak ke syurga, laluan sepanjang menuju syurga, pastinya Allah jadikan penuh nikmat dan ujian yang kita kena tempuh. Ujian macam mana?
Untuk syurga yang mahal, ujiannya pasti bukan calang-calang. Jadi, saat kita berkata, “Walid, saya setuju”, adakah kita benar-benar setuju dan tahu?
Isteri, untuk permulaan ini, buatlah hati dan dirimu itu mengerti, kitalah tempat dia sang suami melepaskan semua dalam hati dan dirinya. Segala emosi, segala cerita tentang diri, segala sudut dan segi, kitalah tempat dia mencari ketenangan.
Mungkin satu hari dimarahi tanpa sebab, mungkin di lain hari, kita diherdik tanpa punca, mungkin di masa yang lain nanti, kita dibiar diam seribu bahasa malah ternanti-nanti. Itulah suami. Namun, itu bukan benci.
Itu bukan niat dia untuk menyakiti. Ia lebih kepada luahan, yang dia sendiri tak tahu, di mana nak di lepaskan, melainkan pada isteri yang dicintai. Takkanlah suami kita nak pergi cari isteri jiran sebelahkan?
Nah, kita pun rasa menyesal tak sudah. Kita terus rasa tak sanggup dah nak tanggung. Kita terus rasa nak hilang sabar dan tawar hati. Sebab kita dah set, aku isteri. Yang tidur sebantal, dan seselimut, sepatutnya dihargai. Disayangi. Dicintai. Disantuni dengan baik sekali.
Tapi kenapa jadi macam ni? Berapa lama nak tahan lagi? Aku boleh gila kalau macam ni saban hari. Saban minggu. Saban tahun. Menangis sampai dah takde air mata. Sampai dah tak tahu nak merungut, menyumpah apa dah dalam hati ni.
Allahuuu. Wahai kita para isteri, kita tidak seorang diri. Allah dan Rasul setiap hari menemani. Pujuklah hati. Damaikan diri. Yang menulis ini juga isteri. Apa yang kita lalui, walau tak semuanya sama, tapi kita tetap isteri yang punya suami. Asam garam rumahtangga, sedikit sebanyak, pasti yang sama kita lalui.
Usah dibuka aib suami. Usah rasa, suami aku saja begini. Dan paling penting, usah kagum dengan suami kawan baik sendiri atau selebriti yang kalian tengok di ig story. Yang nampak hebat di mata kita, namun hanya isteri dia yang mengetahui.
Syukurlah dengan suami yang Allah beri. Cuba dan usaha untuk kita menjadi isteri yang Allah sukai. Yang Rasul cintai. Bila kita usaha menjadi yang Allah dan Rasul ingini, pasti secara automatik kita akan sentiasa cantik di mata suami.
Banyakkan memberi. Banyakkan mencintai. Doakan suami setiap saat tanpa henti. Nescaya, yang menggantikan sakit dan pedih itu, DIA, Sang Pencipta suami.
Berdoalah kita agar tidak jemu usaha untuk melayani dan menyantuni suami dengan baik sekali. Allah lah yang sebaik-baik Pembantu dan Pemandu buat kita isteri-isteri yang sesungguhnya mencintai suami kerani mendambakan Cinta Dia Sang Ilahi.
Kita mencintai suami, tetapi sewajibnya kita mencintai suami kerana kita sedang kuat mengejar Cintanya Allah yang paling abadi.
Salam cinta dari, Seorang perempuan yang juga hari-hari berjuang menjadi isteri yang Allah ingini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.