Kes buang bayi baru-baru ini mengundang reaksi dari pelakon Abby Abadi. Beliau yang membela dua anak angkat ada memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut di laman instagramnya.
Kenapa tak cari Sy????? Cari Sy kalau taknak Baby Sahabat. Sy usaha beri kehidupan yg terbaik utk Baby ni dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nk menjaga dia.. kenapa buang mcm ni? ?
. Please adik kakak, makcik.. kalau taknak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Sy usahakan duit belanja utk perbaiki keadaan juga.. Pleaseee!!!
Itu antara luahan Abby menerusi kapsyennya semalam. Menurut Pelakon Gerak Khas ini, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.
Ads
Abby dan suami, Muhammad Faizal sebelum ini mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.
Abby menerusi perkahiwnan pertama mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Perkongsian Abby itu mendapat maklum balas dari orang ramai. Rata-rata yang memberi komen memuji akan sikap prihatin Abby.
Ads
Tak kurang yang meluahkan kesedihan dengan sikap tak bertanggung jawab ibu berkenaan yang sanggup membuang bayi sendiri.
suly.roslan Allahuakbar! Kenapa lah dia buang mcm tu. Ya Allah, moga Allah mudahkan urusan beliau…. moga dilindungi oleh Nya
cikpuanzulaihamustaffa Alhamdulillah..si ibu ada hati ada kasih sayang lagi…jikalau ibu yang senasib ibu macam baby dalam gambar mungkin dia tak da hp sahabat yang rapat tolong sampaikan ? ye .
audela_me_beauty comellnya anak syurga ni… semoga dilindungi Allah dn mendpt keluarga yg baik2
shah_ashraf Sis @abby_abadi112 kalau ada baby boy beri pada saya ya. Saya nak! Moga usaha dipermudahkan Allah swt
veilcantik Moga Allah murahkan rezeki kak abbh lagi. Teruskan usaha ni kaka abby.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya. Tapi ada masanya saya akan tegas. Tengok pada situasi, takkan nak manjakan anak selalu. Kalau Zain tengah marahkan anak saya takkan ‘back up’.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut tentang kanak-kanak, dah terbayang bagaimana aktifnya mereka di usia yang serba ingin tahu dan dalam proses pembelajaran tentang dunia sekeliling.
Dek kerana terlalu aktif dan jauh dari pantauan ibu ayah kadangkala boleh mengakibatkan mereka ditimpa kemalangan kecil misalnya jatuh, terhantuk dan sebagainya.
Bila cakap pasal jatuh, kadang kita nampak macam biasa je di tubuh badan anak, tapi ibu ayah jangan lalai. Kenali tanda-tanda yang mungkin akan beri kesan buruk pada anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini. Jom sama-sama kita take note ok!
“Anak saya jatuh dari stroller. Lepas tu dia nangis tak henti-henti,” kata si ibu dalam keadaan panik.
Anak dia yang berumur sekitar setahun, jatuh dari stroller, kemudian menangis tak henti-henti walaupun dah dipujuk oleh si emak. Bila saya lihat sahaja keadaan bayi itu, terus saya gemuruh.
Ketika saya sentuh dan periksa, ternyata apa yang saya khuatiri berlaku sememangnya sedang terjadi. Otot lehernya mengeras, tangan melurus, dan kakinya melunjur. Allahu!
Ini tandanya bayi ni mula mengalami sawan, dan itu bermakna telah berlaku kecederaan otak. Ada beberapa lagi tanda saya kena periksa. Ibubapa perlu buat perkara yang sama jika anak jatuh.
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.
Oh ya! Bayi yang sawan tadi saya stabilkan kondisi dia, dan panggil ambulans untuk bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tip Kesihatan & Perubatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak sah kalau tidak singgah membeli setiap kali melalui kawasan yang menjual air. Tambah-tambah lagi air kesukaan anak-anak. Walaupun mungkin sedap, tetapi hati-hati kerana air yang dibuat diluar sana lebih manis.
Buat ibu-ibu yang ingin memikat hati anak-anak supaya tidak membeli air diluar, apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Lebih mudah, jimat dan paling penting dapat dikawal terutama sekali penggunaan bahan pewarna mahupun gula di dalamnya.
Jom cuba AirSunquick Ala Vitagen yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.
Selamat mencuba.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM ?
Opss, nanti dulu. Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau.
Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni. lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali sal try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Asben sal pun kata sedap laa. Eksaited laa sebab kita try jadi kan hehe.
Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu. Jangan kata air potong kaki lak. Terpotong bebetul nanti baru tau hehe.
Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara buat yang mudah.
1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
2. Yang sal baca katanya masukkan susu dulu. Kacau bagi sekata elok.
3. Letak ais dulu, baru letak pati sunquick tu.
4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Sempena nak puasa ni sal bantu mak mak hidangkan air yang sedap buat sendiri untuk anak anak kita. Jadi jimat sikit duit takyah beli air kan hehe.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu k. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5pek tu hehe.
So sal izinkan korang share air sedap manis diminum ketika dahaga dan panas ni.
Selamat mencuba.
#SalKongsiResepiAirSedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.