Bukan calang-calang tenaga dan semangat yang dimiliki oleh seorang insan bergelar isteri ini, sanggup mendukung suami tercinta yang tidak boleh berjalan tiap kali ingin mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Seakan bagi kita yang melihat usahanya itu, tidak dapat diterima akal. Mana mungkin dengan kudrat wanita yang sering dikatakan lemah mampu mengendong suami dari tingkat empat kediamannya.
Sungguh tidak dapat dibayangkan kepayahan yang dilaluinya, sedangkan kita sendiri merasai lelah untuk membawa badan sendiri tiap kali menaiki dan menuruni tangga kediaman apartment seperti itu, apatah lagi mengendong suami!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Syurga buatmu..”-Netizen
Ads
Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah yang juga dari Muslimah Bangi berkongsi kisah yang cukup luar biasa. Betapa seorang isteri punya kekuatan luar biasa demi mengurus suami tercinta setiap kali ada rawatan susulan di hospital.
Di dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat pengorbanan si isteri yang juga dikenali sebagai cikgu June mengendong suaminya menuruni anak tangga.
Memahami kepayahan yang dialami oleh Cikgu June, akhirnya team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu untuk mengangkat suami cikgu June setiap kali ada rawatan susulan ke hospital. Ini sekali gus mengakhiri kepayahan dan kesukaran yang dilalui oleh Cikgu June selama ini.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet bersimpati dan turut mengalirkan air mata melihat pengorbanan seorang wanita bergelar isteri. Tidak dengan itu, turut ramai ytang mendoakan agar dipermudahkan urusan pasangan suami isteri tersebut.
Perubahan pada dekorasi bilik tidur ini nyata cukup simple namun cantik dan kemas. Menurut Rose Elle idea untuk berbuat demikian memandangkan bilik tidur tersebit sudah lama terbiar usai arwah ibunya meninggal dunia.
Bilik ni sudah lama terbiar sejak arwah mak meninggal. Rumah kampung je. Tp sayang kalo xdigunakan . Banyak barang2 dalam ni di serang anai Sebagai penjaga umah pusaka ni, apa salahnya melabur skit utk berikan sentuhan untuk bilik tidur yg selesa. Inspirasi dari studio ikea. Hihihi.
Momen paling indah bagi seorang wanita apabila berpeluang mendukung anak sendiri. Hilang segala rasa sakit waktu bersalin bila menatap wajah si kecil yang menjadi tanda cinta antara suami isteri.
Namun, kesakitan melahirkan belum hilang, wanita ini dikejutkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara.
Empunya diri mengakui cukup sedih dengan berita tersebut kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Setakat ini, saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.Bukan itu sahaja setiap bulan saya akan menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei saya sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang sesi temu bual dengan penulis mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah. Melihat akan dirinya yang cukup tenang dsan positif membuatkan penulis jatuh kagum kepada ibu ini.
Tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya setenang itu sedangkan dia sedang menghadapi satu penyakit yang digeruni. Sementelah sudah ditahap empat.
Akuinya, segalanya sudah ketentuan Sang Pencipta. Sebagai umatNya, dia reda. Dalam masa yang sama, Siti Mastura turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya
Malah, dia juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Bukan itu sahaja,suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana anak saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura lagi.
Buat Pemeriksaan segera
Menyedari kekurangan dirinya, namun Siti Mastura seorang yang positif dan menasihati wanita di luar supaya mengambil tindakan yang cepat jika menyedari ada yang tidak kena pada diri.
“Payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertangguh kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakit) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.