Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji epal hijau
Ads
-2 biji kurma
-1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
-1 gelas susu
Ads
Cara menyediakan:
– Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Ads
– Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Menu wajib setiap kali rasa semestinya ketupat! Datang lah macam mana pun moden masa kini ada jual yang segera, tetapi yang guna daun palas dan daun kelapa sememangnya menjadi rebutan sehingga ke hari ini. Masakan tidak, aromanya selepas direbus itu sememangnya membangkitkan selera ketika makan.
Selalu kita tengok ada pelbagai jenis ketupat orang buat kan? Antaranya yang sering menjadi pilihan orang dulu-dulu buat semestinya ketupat bawang. Tapi, pernah tak anda tengok orang buat ketupat cantik macam min tunjuk ni?
Haaaa… Bukan takat korang, min pun first time tengok tau! Yang mana terfikir nak buat open house nak ajak orang datang rumah beraya tu boleh la cuba buat ketupat ni! Mesti dapat pujian ramai nanti.. Jom tengok step by step kat bawah ni sekali dengn resepinya sekali perkongsian dari Sekin Orkid.
Resipi Ketupat Cantik
100pcs je nak anyam 3jam 😂 Belom proses masuk pulut & nak masak lagi..proses buat leceh bila mkn sekejap 🙊 nak buat ketupat palas x reti buatlah guna daun kelapa..nak sedap santan tak boleh ceroi naa 🥥 wajib buat frozen bile nak mkn defrost then kukus🥰
1kg pulut boleh dpt 49-50 biji bergantung size kelongsong..
BAHAN-BAHAN :
PULUT SUSU 1KG
• Boleh dpt dlm 80-100 biji kelongsong atau lebih bergantung pada size
•Sukatan untuk kelongsong ketupat 1 1/4 ya
UNTUK REBUSAN :
KELAPA PARUT 4 BIJI / SANTAN 1 KG( Lemak ikut citarasa masing2 )
GARAM SEDIKIT
GULA SEDIKIT
DAUN PANDAN ( optional kalu xda pon xpa )
CARA UNTUK MENGANYAM:
1. Belah dahulu daun kelapa kepada dua, kemudian ikut step di bawah untuk mulakan anyaman.
2. Bagi yang kurang jelas bagaimana caranya untuk ketatkan ketupat, boleh rujuk video di bawah.
3. Bila sudah selesai menganyam, boleh masukkan beras pulut ke dalam ketupat tadi. Boleh rujuk line pada gambar di bawah untuk sukatan beras dan cara untuk mengisi beras di dalamnya.
4. Kukus bersama santan, gula, garam dan daun pandan untuk bau sehingga kering airnya.
Rupanya mudah sahaja kalau nak buat sawi masin atau sawi jeruk ini yang enak dicampurkan dalam pelbagai resipi seperti asam pedas, gulai lemak, tumisan sayur, sup dan sebagainya.
Menariknya bila buat sendiri sawi masin ini bukan sahaja kebersihannya terjamin malah kita juga dapat tentukan pemilihan sawi yang segar.
Jadi buat yang pertama kali teringin mencuba untuk buat sendiri, bolehlah lihat langkah demi langkah di bawah ini.
Bahan-bahan :-
Sawi pahit
Air cucian beras ke 2
Garam
Cara-caranya :-
1) Rendam dengan air garam & cuci dulu sayurnya..
2) Dah tue boleh la jemur…lagi terik matahari lagi bagus…biar sayur jadi layu…
3) Dah layu,boleh ambik dari jemuran & cuci semula sayur…
4) Lumur dengan garam ye…agak-agak je…jangan sikit sangat juga…
5) Masukkan dalam air beras cucian ke 2…
P/s : Ini penting…semalam call mak saya dia cakap sehari lepas buat,kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue…hari-hari buat ye…kalau suka makan pahit-pahit, 3 hari dah boleh makan dah hamchoi…tapi kalau tak nak pahit, dalam seminggu macam tue…hari-hari kena pusing-pusing sayur dalam air beras tue ye…kalau tak nanti sayur masin tue jadi buruk mak cakap…doakan mak saya murah rezeki & sihat-sihat selalu ye…
Owh ye…ramai tanya nak makan macam mana…
Nie cara saya ye…sebelum tue cuci dulu…hiris nipis-nipis,tumis bawang,cili kemudian masuk sawi jeruk tadi…then last sekali telur…saya tak letak garam dah sebab dah masin kan sayurnya…lepas tue makan dengan nasi panas-panas…adoyaiii…2 – 3 piring juga la makan…
Ada juga buat sup dengan sawi masin nie…ada masuk dalam asam pedas…
sumber ; Ila Suhaili via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alangkah bertuahnya badan bila dikurniakan menantu lelaki atau perempuan yang baik, menjaga dan menyayangi diri kita seperti ibu kandung sendiri. Tidak dengan itu, murah hati pula membeli hadiah sebagai tanda kasih.
Berkongsi kisah Abdul Muiez Ruslee ini umpamnya, seroang menantu yang memberikan hadiah istimewa kepada ibu mertuanya yang telah lama teringin membeli emas bolehlah dijadikan inpirasi.
Menurutnya, apa yang dikongsikan bukanlah bertujuan menunjuk kaya apatah lagi berduit, namun apa yang dilakukan semua itu adalah sebagai mencipta satu kenangan indah untuk dirinya dengan dapat menghadiahkan barang kemas.
Ini memandangkan ibunya sudah meninggal dunia , dan kini cuma ibu mertua lah tempat untuknya menumpang kasih seorang ibu.
Belikan Gelang Emas & Cincin Untuk Mak Mertua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun. InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula. Selesai dan saya bayar.
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je. Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Belikan Ayah Baju Baru
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa. Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Harta Bertambah Berkat
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.