Nama yang sedang hangat yang diperkatakan hari ini, Ryan Bakery. Kemunculannya menjadi seakan satu fenomena luar biasa, tambahan dengan sikapnya yang kelakar, sentaisa menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Namun lelaki berkelahiran Perak inI tetap menjadi dirinya yang sebenar.
Menggunakan platform TikTok untuk berkongsikan video dan ideanya yang begitu menggamit kenangan anak-anak 90-an, Ryan Bakery adalah salah seorang TikTokers yang berjaya hari ini.
Trademark Ryan Bakery yang memakai bedak capuk satu muka dan riak wajahnya yang kelakar menjadikan pemuda ini cukup istimewa di hati peminatnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu video dengan paparan keluarga Ryan Bakery yang menyokong setiap penghasilan rakaman pemuda tersebut telah mencuri perhatian ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman dengan perkenalan keluarga Ryan Bakery yang sentiasa berada di belakang individu terkenal ini:
Video yang dikongsikan oleh KilaBakery yang meraih tontonan sebanyak 3 juta tontonan dan seramai 384 ribu likes.
Meninjau di ruangan komen ramai yang turut bangga dan puji dengan sikap Ryan yang tidak lupa daratan, malah turut membawa keluargnya turut berjaya bersama. Ini kerana ahli keluarganya yang turut serta dalam setiap pembikinan video dan menjayankan bersama. Keluarganya juga yang turut menyokong Ryan sejak dari awal lagi.
Ads
“very touching.. every success man have a strong support”
“The one yang tak naik sorang2.. dia bawak semua family dia n sahabat dia.. tahniah”
Ads
“Sebak 🙁 bagusnya Ryan ni, semoga jadi anak yang baik dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti inshaAllah.”
Banyak lagi komen yang turut memberikan kata-kata semangat serta mendoakan beliau berjaya dan teruskan menjadi diri sendiri.
Bawang putih sering digunakan dalam masakan, perubatan, dan dan sebagainya. Bawang putih ataupun nama saintifiknya Allium sativum mempunyai pelbagai khasiat. Lantaran itu ia menjadi bahan yang wajib dibeli setiap kali ke pasar.
Namun ada juga cuba menanam tanaman ini. Tahukah anda bahawa, daun bawang putih ini amat sedap untuk masakan. Rasanya lazat dan lebih kuat daripada daun bawang.
Selain mengunakan kaedah mengunakan tanah, ada juga mengunakan cara merendam dalam air. Rupanya cara ini lebih bersih dan mudah. Siap boleh diletakkan di tepi tingkap rumah lagi bagaikan hiasan dekorasi rumah!
Apa kata lihat cara ini menerusi perkongsian pengguna Tiktok dengan namaSang301101. Menarik untuk dicuba!
2. Guna pencungkil besi ini untuk membuat kulit bawang.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, kulit bawang putih mudah dikupas. Bagi yang nak untuk masakan pun boleh guna cara ini.
4. Wow, Dah siap. Cantik dan kemas.
5. Setiap labu bawang putih direndam dalam gelas berisi air.
6. Telah tumbuh tunas
7.Beberapa hari, bawang putih menunjukan hasilnya. Daun bawang tumbuh dengan subur. Daun bawang putih sedap dibuat untuk masakan. Tak perlu dah guna medium tanah!.
Ramai memuji tip yang dikongsi dan berpendapat ia cara yang mudah dan bersih.
Bagi yang pernah merasa kehilangan, pastinya anda tahu bagaimana sakitnya menanggung kerinduan pada yang telah pergi selamanya.
Terasa kalau boleh diputarkan masa, pasti kita akan memilih untuk menikmati detik terindah bersama orang-orang yang disayangi.
Begitulah agaknya yang dirasai oleh seorang suami yang sedang meratapi pemergian isterinya. Manakah tidak, sudah bertahun-tahun hidup bersama, terasa janggal apabila salah seorangnya tiada.
“Agak-agak mama okay ke dekat kampung abadi sana,” tanya seorang bapa kepada anaknya. Mama yang dimaksudkan adalah isterinya yang sudah pergi buat selamanya.
Melihat kepada keadaannya, benarlah kata orang rindu kepada seseorang yang berbeza alam sesungguhnya tidak terperi sakitnya. kerinduan itu seperti tiada penghujungnya. Kerinduan yang tiada bernoktah dan tidak tahu harus dituju ke mana.
Melalui satu video tular di aplikasi TikTok, seorang anak sempat merakam bagaimana bapanya sering termenung jauh membayangkan keadaan arwah ibunya di alam barzakh sejak pemergian ibunya itu.
Mashitah Sedik berkata dalam kesemua lapan adik-beradiknya, dia yang paling rapat dengan bapa dan memahami duka yang sedang dilaluinya.
“Pada Julai 2020, ibu didiagnos dengan kanser payudara. Sebelum tu ibu diserang minor stroke pada sebelah kanan badan.
“Untuk strok, ibu dapatkan rawatan di Hospital Serdang, kami ingat ibu boleh recover dan semuanya sudah selesai. Tapi ada seorang jururawat ni beritahu kami dia syak ibu ada sakit lain juga.
“Jadi kami pun buat pemeriksaan lanjut, ternyata ibu ada kanser payudara tahap dua. Kami ikhtiar buat kemoterapi enam cycles (kitaran), setiap cycle memang nampak ibu semakin kepenatan dan lesu.
“Kemoterapi itu kurang berkesan, kanser payudara ibu meningkat jadi tahap empat. Kami cuba pula radioterapi lima cycles berterusandari Isnin sampai Jumaat, tapi sejak dari tu, kesihatan ibu terus merosot,” cerita Mashitah.
Keadaan ibu Mashitah menjadi tenat apabila dia tidak lagi boleh berjalan dengan sendirinya dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Ibu hanya terlantar atas katil. Bila kami check balik, rupanya kanser ibu dah merebak ke bahagian kepala dan belakang badan.
“Pada Jun 2022, ibu dimasukkan ke hospital. Kemudian doktor cakap kepada kami yang ibu dah tak ada harapan untuk sembuh. Mereka cuma boleh berikan morfin untuk kurangkan sakit ibu.
“Kami sekeluarga dalam masa seminggu selepas tu cuba nak deny hakikat ni, sukar sangat nak terima. Kami bawa ibu pulang ke rumah dari hospital untuk bagi ibu berehat pada hari-hari terakhirnya,
“Sepanjang ibu dekat rumah, saya memang tak berenggang dengan ibu dan selalu teman dia,” kata Mashitah yang menetap di Puchong, Selangor.
Namun begitu, ajal tidak akan lewat atau cepat walau sesaat dan akhirnya ibu Mashitah dijemput Ilahi.
“Waktu tu pukul 6 petang, saya dekat sebelah ibu nampak mata dia terbuka, saya ingat dia terjaga sebab sebelum tu dia tidur. Saya pun panggil abah.
“Bila abah saya check, rupanya itu hembusan nafas dia yang terakhir dan ibu saya dah tak ada. Ibu pergi di depan mata kami semua.
“Ibu baru berumur 61 tahun, masih muda lagi tapi dia dah meninggalkan kami. Yang paling terkesan dengan pemergian ibu sudah semestinya abah, mereka berkahwin selama 30 tahun lebih.
“Susah senang mereka bersama untuk besarkan kami. Dari bekerja kutip botol sehingga jadi pengawal keselamatan untuk sara kami adik-beradik, banyak memori yang mereka kongsi,” kata Mashitah.
Mashitah berkata sejak ibu meninggalkan mereka, hidup bapanya seakansepi dan kosong.
“Abah saya umur 70 tahun. Setiap sudut yang abah pandang di dalam rumah kami ni akan mengingatkan dia kepada ibu. Arwah ibu adalah sebahagian daripada nyawa dan jiwa dia.
“Kalau kami keluar jalan ke mana-mana pun, abah tak nak overnight lama-lama sebab dia risau kalau roh ibu datang melawat rumah, tak ada siapa yang akan sambut dia, kepercayaan orang tua-tua.
“Abah pun kerap berlapar, biasanya ibu yang akan jaga makan minum dia tapi semua tu dah tak ada. Jadi saya yang kena pergi tanya dia nak makan apa sebab kalau tidak memang dia senyap sahaja dan ikat perut.
“Bila kami jamu dia air, kadang-kadang dia complain cakap tak sama macam yang ibu selalu buatkan untuk dia, jadi dia akan bangun buat sendiri untuk kena dengan cita rasa dia,” cerita Mashitah.
Selain itu, Masyitah juga memberitahu bibir bapanya sering mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah isterinya.
“Ayah akan sering duduk seorang sama ada di ruang tamu atau di dalam bilik tidur dia, air mata mengalir turun, sambil dia buka bacaan Yasin di YouTube dan ikut baca sekali, untuk dihadiahkan kepada arwah ibu.
“Abah juga suka tanya soalan yang saya pun tak ada jawapannya, contoh dia tanya macam mana agaknya rupa tempat tinggal ibu di alam sana atau ibu tenang ke di sana.
“Kalau rasa rindu sangat, abah akan pergi lawat pusara ibu. Lepas itu dia akan selfie hantar dekat group family, dia tulis dia dapat jumpa bidadari dia hari ni, minta ibu jaga diri baik-baik dekat sana, macam dia bermonolog sendirian.
“Saya nak gembirakan abah tak berdaya sebab apa pun yang saya cakap tak akan mampu rawat luka di hati dia,” kata Mashitah.
Menutup perkongsian, Mashitah berharap dia dapat memanfaatkan masa yang ada bersama bapanya dengan sebaik mungkin.
Dek kerana penat nak ‘makan gaji’, ramai buat keputusan untuk berniaga sahaja. Malah, ada juga yang terpaksa untuk membuat kerja sampingan dengan berniaga untuk tambah pendapatan keluarga.
Tapi, pernah periksa kembali tak cara pembahagian hasil wang berniaga tersebut? Duit hasil jualan ni bukan sembarangan untuk diuruskan. Jika salah rentak, boleh menjerat kita balik tau!
Bagi yang sedang atau baru nak berjinak dalam perniagaan, yang masih lagi ragu-ragu dalam pembahagian wang untuk pulangan modal dan hasil jualan, jom lihat tip dari Mahura Ismail ni. Semoga perkongsian ini beri manfaat untuk anda semua.
TIPS JAGA MODAL CARA SURI RUMAH
Bagi yang menjalankan perniagaan, wajib ada tiga tabung ini, iaitu tabung A, B dan C. Bila dapat hasil jualan, modal masukkan balik di dalam tabung A. Lebihan dari duit tadi dibahagikan kepada dua dan dimasukkan ke dalam tabung B dan C.
Setiap tabung mempunyai peranan yang berbeza
Tabung A : Tabung modal, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!
Tabung B : Tabung untung jualan. Sama juga seperti tabung A, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!
Tabung C : Gaji anda! Atau dikenali sebagai duit enjoy. Boleh decide nak amik seminggu sekali @ sebulan sekali..
Tak percaya buat la. Disiplin okeh.. Anda Akan dapat hasilnya..!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.