Bila lihat pokok bunga petunia bergantungan di porch kereta dengan sarat berbunga memang nampak begitu cantik ruangan tersebut. Petunia ini hadir dalam pelbagai warna dan jenis yang memukau. Jadi buat anda yang selama ini berangan untuk memiliki pokok petunia bolehlah mencuba untuk membeli sepasu dua di nursery. Kemudian bila pokok yang dijaga semakin subur dan membesar, bolehlah dibiakkan melalui keratan batang.
Pun begitu, untuk menanam dengan keratan batang bukan asal main cucuk sahaja. Ada cara dan tip mudah yang boleh anda lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Norlinda Supiran. Nak tahu lanjut, jom baca perkongsiannya.
Langkah 1 :
Saya potong pucuk lebih kurang panjang jari kelingking.
Ads
Langkah 2 :
Saya buang daun pada bahagian yang nak di rendam pada air, masukan sikit je janji kena air.
Langkah 3 :
Buat lubang kecil pada bekas tertutup tu, tak perlu siram, tak perlu tukar air.
Ads
Langkah 4 :
Saya campur sedikit baja ab.. kalau tak campur baja pun akar masih keluar.
Ads
Langkah 5 :
Cukup 2 minggu masa untuk pindah ke tanah. Suka cara ni sebab pokok menjadi, kalau cantas keratan pucuk atau batang terus ke tanah, harapan tipis.
Setiap rezeki yang kita peroleh adalah pemberian dari Allah SWT. Sebagai manusia kita tidak mampu untuk menilai seberapa banyak yang mampu Allah anugerah untuk kita melainkan berdoa moga diberikan rezeki melimpah ruah.
Mungkin ada antara kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang lain. Tak perlu bersediah jauh sekali kecewa kerana kerana rezeki itu luas pandangannya.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.
Itu antara perkongsian dari pelakon, pengacara dan juga pengarah bernama Afdlin Shauki ada mengenai REZEKI di laman instagramnya.
Rezeki.
“kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan..”
“belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni..”
“gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni..”
“kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan..”
“aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke..” .
.
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?
Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.
Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.
Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.
Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.
Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Tidak sah kalau tidak pernah berselisih faham. Adakalanya timbul isu merendah diri dek kekurangan yang ada pada keluarga sendiri. Apatah lagi melihat adik-beradik lain ada yang berjaya dan hebat-hebat belaka.
Persepsi begini patut dibuang jauh-jauh kerana ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. Sikap iri hati, tidak boleh lihat adik-beradik lain lebih darinya mengundang masalah.
Bagi yang lebih selesa dan berjaya, usaha terlalu meninggi diri, kena lihat juga ke bawah. Apa salahnya membantu ahli keluarga sendiri. Bukan hanya pahala yang dikutip bahkan, rezeki kian bertambah dan hidup juga lebih bahagia.
Itu initipati yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi laman facebooknya.
Jika nak baiki kehidupan, lihat bagaimana hubungan kita sesama adik beradik.
1. Sepanjang hidup berapa kali kita bantu adik beradik. Kalau ada, teruskan.
2. Ada tak kita beri duit kepada mereka setiap bulan atau sesekali berjumpa. Kalau ada, teruskan.
3. Kaya atau tak mereka, ada tak kita hulur semasa mereka berkahwin atau dapat anak, atau masuk rumah baru atau apa sahaja kemeriahan. Kalau ada, teruskan.
4. Jika ada adik beradik yang kerap buat perangai, ada tak perasaan kita rasa nak biarkan, lantakkan. Kalau ada, hentikan dan kembali beri layanan baik.
5. Ada tak kita masukkan mereka dalam doa kita, kalau ada, teruskan.
*****
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan suatu apa jua; hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawatan, musafir yang terlantar serta hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.” (An-Nisa: 36)
Gais, kita ada berbagai ragam keluarga. Ada ok ada tak ok. Namun Allah kata buat baik sahaja.
Jika dia tak ok, hal dia. Kita bantu.
Jika dia ok, maka kita bersyukur, tetap kita bantu.
Jika dia kaya raya, maka kita bersyukur juga, tetap kita bantu.
Antara benda yang buat kita ini ada magnet rezeki yang besar ialah kita buat baik terhadap ahli keluarga sendiri. Ia akan menarik banyaknya hal kebaikan.
Buang ego, Buang sombong. Kalau kita hebat. Akan jadi lebih hebat jika kita saling rendah diri dan bantu.
Sama ada mereka nak bantu kita semula, itu bukan hal kita. Kita sahaja yang kawal diri kita dan tak boleh buat orang lain kawal. Sama juga kita tak boleh kawal adik beradik yang lain.
Kita yang perlu dapat pahala dan murah rezeki. Jadi kita yang kedepan bantu, tolak ansur dan sebagainya.
Iya, nak murah rezeki, happy dan bahagia, utamakan keluarga.
Biarpun dilahirkan sebagai anak istimewa, namun mereka punya kelebihan tersendiri. Demikian juga dengan anak kembar selebriti bernama Zarina Zainuddin ini.
Baru-baru ini, Zarina memuat naik video anaknya yang ingin bersolat. kesungguhan anaknya, Muhammad Raizal Azrai, 23, yang berusaha untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna cukup mengharukannya sebagai seorang ibu.
Menurut Zarina, Muhammad Raizal atau Azal tetap mahu menunaikan solat walaupun dia terpaksa menggunakan kain sembahyang ibunya.
Sebagai ibu, Zarina juga berasa cukup berbangga dan berharap agar amal ibadah anaknya yang merupakan kembar autisme itu diterima Allah. Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor.. Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.
“Walau tak berapa betul solatnya.. mudah2 han Allah terima amalanya kerana dia ikhlas mengadap yang Satu ❤#azalazil#azalohazal#autism#autismawareness,” demikian kata pelakon Zarina yang mempunyai seorang lagi anak kembar autisme, Muhammad Razil Azrai, 23.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kesungguhan Azal menunaikan solat. Malah tidak kurang juga ada yang turut mendoakan agar urusan Zarina dan anaknya dipermudahkan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...