Kadang ada masanya kita terlupa untuk membuka lampu kereta ketika memandu pada malam hari. Lebih-lebih lagi tempat yang dilalui itu terang dengan lampu yang ada disekelilingnya.
Situasi ini bukan sahaja membahayakan diri, malah orang di sekeliling kita juga turut mengundang bahaya jika tidak perasan kewujudan kita.
Baru-baru ini, tular satu video rakaman dari dashcam yang menarik perhatian orang ramai apabila seorang pemandu menunjukkan satu cara yang bijak untuk menegur pemandu yang terlupa membuka lampu kereta.
Melalui video tersebut, kelihatan sebuah kereta yang muncul dari sebelah kiri masuk ke dalam simpang yang agak gelap jalannya. Sebaik sahaja pemandu itu menghampiri palang had tinggi, dapat dilihat dengan jelas dia tidak membuka lampu kereta sekaligus menarik perhatian pemandu yang berada di belakangnya. Mungkin juga kerana lampu dari kereta belakang agak cerah menyebabkan pemandu itu menyangka dia telahpun membuka lampu keretanya.
Ads
Untuk menegur pemandu yang terlupa membuka lampu kereta itu, pemandu di belakangnya kemudian memadamkan lampu keretanya. Sebaik sahaja dia menutup lampu kereta, keadaan di jalan itu menjadi gelap gelita menyebabkan pemandu tersebut segera membuka lampu keretanya sendiri.
Tindakan bijak yang dilakukan oleh pemandu ini turut menerima pujian dari netizen kerana ia antara cara terbaik untuk menegur pemandu lain tanpa perlu membunyikan hon. Kebiasaannya jika membunyikan hon, ramai pemandu yang tidak dapat ‘menangkap’ apakah maksud di sebalik hon tersebut.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berterima kasih dengan perkongsian yang diberikan ini. Malah ada yang tidak pernah terfikir untuk melakukannya setiap kali berhadapan dengan pemandu yang tidak membuka lampu kereta semasa memandu.
Apabila sudah berkahwin, setiap orang akan target nak bahagia dengan pasangan hingga ke Jannah. Tetapi macam mana nak mula dan apa ‘tali’ yang boleh simpulkan hubungan untuk membentuk jadi keluarga bahagia?
Lumrah dalam kehidupan berumah tangga, bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Pergeseran dalam rumah tangga perkara biasa. Namun, jangan biarkan berlarutan kena ia boleh meninggalkan impak negatif.
Bagi setiap isteri, jika mampu buat suami bahagia dan bangga dengan anda, itulah bonus terbesar buat anda. Soalnya bagaimana?
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, semua wanita harus belajar untuk menjadi kebanggaan suami masing-masing. Inilah rahsia kunci bahagia dalam rumah tangga. Ini yang disarankan oleh beliau.
1. Taat Pada Allah
Taat pada Allah sebagai asas untuk taat kepada suami. Jika perintah Allah dituntut dengan sebaiknya pasti semua isteri akan tahu tanggungjawabnya pada suami. Walau suami tak pernah puji dalam hatinya dia bangga bila mana memiliki seorang isteri yang patuh pada agama!
2. Perbaiki Pakej Diri
Pakej diri seorang wanita tentunya cantik luar dan dalam. Jadi perbaikilah diri anda secara dalaman dan luaran. Kalau hati bersih dan tak ada buruk sangka atau niat yang tidak baik ditambah pula dengan luaran yang cantik, suami pasti sangat bangga.
3. Ikhlas Taat
Taat kepada suami dengan seikhlas hati adalah satu ibadah. Mana-mana suami pasti bangga jika miliki seorang isteri yang taat dan patuh dengan apa yang dimintanya. Tapi pastinya ketaatan anda dilakukan dengan seikhlas hati. Ikhlas hati kita boleh dilihat dengan jelas. Suami apatah lagi.
4. Berhias Diri
Jadi isteri kenalah pandai berhias diri, cantik dan wangi untuk suami. Kalau suami hendak balik daripada kerja, bersiaplah secantik mungkin untuk suami. Semburlah apa yang patut untuk lebih wangi. Suami bangga punya isteri begini. Usaha anda bukan sia-sia!
5. Sayang Mertua Dengan Ikhlas
Hormat dan sayangilah keluarga mertua anda dengan ikhlas hati. Jadi diri sendiri dan sayangilah mereka seperti keluarga anda sendiri. Walaupun suami tidak pernah beritahu tetapi dalam hatinya dia cukup bangga apabila isterinya jadikan ibu dan ayahnya sebagai keutamaan.Ini penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu adalah guru yang paling utama untuk seorang anak. Ini memandangkan ibu adalah orang pertama yang akan mengenalkan pendidikan untuk anaknya sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Menyedari hakikat ini, kita sebagai ibu perlu bijak memainkan peranan agar anak-anak kita dapat ilmu yang terbaik untuk mencorak tingkah lakunya di masa akan datang.
Melalui perkongsian dari seorang ibu di akaun fb yang dikenali sebagai Puan Nordianah Bachok, elok juga dijadikan panduan untuk ibu-ibu dalam mendidik anak lelaki dalam mempersiapkan menjadi seorang suami. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Ummi, Muhammad nak sekali je tengok youtube. Bolehlah ummi. Bolehlah. Bolehlah.”
Rayuan sambil diiringi sedikit tangisan.
“Muhammad, jom kita pergi sidai baju nak? Kita guna penyangkut baju D.I.Y yang abi buat hari tu. Macam best je ummi tengok.”
Ummi bingkas bangun dan tolak bakul baju keluar. Jika dilayan drama boleh jadi episod yang panjang. Huhuhu…Sambil, mengesat air mata anakanda akur.
“Ok ummi.”
Nampak sedikit teruja diwajahnya. Ummi senyum. Syukur taktik berjaya. Yeay!
Alhamdulillah siap sidai sebakul baju. Ada satu teori yang saya sedang kumpulkan bahan dan pemerhatiannya.
Soal lelaki dan kehidupannya.
Sejak kecil hingga bergelar suami dan ayah.
Menarik mengkaji mengenai lelaki ni.
Pagi ni, ajak anakanda Nur Muhammad sidai pakaian di jemuran. Mula-mula nak alih perhatiannya dari sibuk nak buka handphone ummi. Harap-harap aktiviti pagi ini jadi sesi rutin yang membentuk nilai dirinya. Itu niat ummi.
Waktu bujang, banyak teori dan tip orang pesan nak cari calon suami yang baik.
Nampak gaya ummi la yang perlu bermula sekarang. Ada anak lelaki dua orang. Bagaimana nak lahirkan anak lelaki yang nabi sebut lelaki yang paling bagus macam dalam hadith di bawah ni.
“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isterinya”.
Hadits Riwayat At Tirmidzi no 1162 dan Ibnu Majah no 1987.
Apa yang boleh ummi dan abi buat sekarang adalah lazimi anak-anak lelaki dengan membantu kerja-kerja di rumah seperti :
1. Bantu sidai pakaian di jemuran.
Belajar sabar dan tahu proses baju kotor perlu dibasuh kemudian di jemur. Sudah kering perlu dilipat pula. Banyak prosesnya, perlu kekuatan mental dan fizikal. ?
Waktu ini boleh tanam benih tolong menolong untuk selesaikan isu pakaian yang banyak. Ibu dan ayah tolong menolong, anak ikut sama selesaikan lipat atau urus baju yang menimbun macam bukit.
Lipat boleh, gantung juga boleh. Yeay! Selesai.
2. Bantu memasak di dapur.
Anak-anak akan belajar banyak ilmu asas fardhu ain – kebersihan dan kesucian. Boleh sebut teori mencuci kotoran atau najis dengan air mutlak.
Tunjuk air paip itu air mutlak, guna untuk cuci ikan, sayur, buah, kain buruk, pinggan mangkuk dan seumpamanya.
Suasana di dapur cukup sempurna jika nak perkenalkan macam-macam peraturan asas hidup seorang muslim. Boleh juga ajar anak-anak berdoa dan berselawat semasa memasak.
Kadangkala Ummi terlupa, tapi selalu ternampak abinya berkumat-kamit selawat masa cuci nasi atau ikan. Jadi terdidik juga umminya.
Patutlah sedap je lauk yang dimasak walau hanya sup sayur pecah telur. Ada ‘perasa istimewa’ yang dijampi dalam masakan. ?
Agaknya ini juga moment yang menimbulkan mawaddah dan rahmah dalam keluarga tu kan.
Tidak dinafikan dalam proses mendidik di dapur ni, macam-macam aktiviti dan kerja tambahan ummi kena buat contohnya lap air atau sisa ‘hasil tangan’ anakanda di atas lantai, pilihan yang ada hanyalah pejamkan mata
dan senyum ikhlas. Mula-mula dulu memang ada rasa
‘messy’ dan rimas.
Kemudian tarik nafas, ingat semula misi mendidik anak lelaki yang bakal jadi suami soleh, mencairkan hati isteri macam Nabi Muhammad tu. Terus je senyum muka. Hahahaha
3. Menanam doktrin mesti makan ‘real food’ dan diet seimbang.
Mesti makan sayur, buah dan ‘real food’, minum air kosong banyak. Waktu ibu memotong sayur, ajak anak-anak bantu sekali. Kenalkan jenis sayur, warna dan khasiat.
Beri mereka peranan contohnya masukkan sayur dalam bancuhan cekodok. Mereka seronok ikuti aktiviti memasak dan nampak sayur-sayuran itu bukanlah ‘makhluk asing’ yang menakutkan dan perlu dijauhi. ?
Setakat ini taktik ni agak berjaya untuk jadikan Muhammad dan Ramadhan ‘mesra sayur’.
Konsisten mesti kenalkan dengan makanan asasi bukan ‘processed food’. Mesti bermula dari dapur. Ummi kena 200% rajin siapkan bahan pembelajaran bab ini di rumah.
Zaman kita kecil, makan real food. Pagi sarapan nasi lemak, nasi goreng, keledek rebus, ubi kayu goreng yang digaramkan dengan bawang putih tumbuk, bubur nasi dengan ikan masin, pisang goreng nangka muda dan banyak lagi. Menu ini diselang seli pagi dan minum petang.
Kedai jauh dan kita hidup di kampung. Kurang membeli, maklumlah abah seorang sahaja bekerja kebun. Sara anak 8 orang. ‘Respect’ betul pada mak ayah kita.
Keluar semula memori masa kecil mak letak nasi campur air dan gula untuk anak-anak seorang semangkuk. Hahaha kreatif mak abah nak bagi anak kenyang. Nasi juga dipelbagaikan menunya. Kita jadi tidak memilih dalam bab makan. Mesra nasi berbeza dengan zaman sekarang, anak lebih mesra roti ala-ala Mat dan Minah Saleh. Saya memang paksa anak makan nasi. Kalau roti sebiji memang tidak cukup, nampak sahaja besar tapi tidak mengenyangkan. ?
4. Ajak mereka basuh motor atau kereta bersama.
Aktiviti ini merapatkan hubungan antara anak dan ayah. Menguatkan otot jari dan tangan sebab kena cuci dan bersihkan bahagian paling halus dan paling luas.
Ayah boleh terangkan mengenai fungsi air mutlak mencuci kotoran dan najis macam di dapur tadi.
Ia juga mengajar anak menghargai dan menyayangi harta benda seperti kenderaan ini. Ayah ambil kesempatan waktu ni terangkan fungsi kereta, bahagian kereta, kegunaan kereta untuk ke tempat yang baik-baik.
Hihihi waktu ni mungkin ada adegan yang tak ingin dilihat seperti anak main air berlebihan (waktu ini boleh ajar berjimat dan ingatkan orang susah tiada air).
Abi Muhammad selalu out station ke Bangladesh misi bantuan perlarian Rohingya jadi kami selalu tunjukkan video mereka tinggal dalam khemah, tiada makanan minuman,
tiada bilik air dan lain-lain.
Muhammad nampak terkesan dan ingat mesej ini. Ia menjentik naluri halus empati dalam diri anak-anak.
5. Mengajak anak bersihkan ruang-ruang yang ada dalam rumah.
Antara aktiviti yang Muhammad suka buat adalah menyapu sampah dan simpan barang mainannya dalam kotak. Saya teringat pesanan ibu saudara saya walau anak kecil kita yang perlu didik anak-anak supaya tahu mengemas selepas bermain.
Memang fitrah begitu tetapi terapkan juga fitrah bersih dan kemas tu. Huhuhu ini memang rutin harian ibu yang ada anak kecil dan sedang membesar. Ikhlaskan sahaja.
Pandang mainan yang bersepah itu seperti permandangan indah di dasar lautan. Nanti kemas semula. Waktu anak kecil begini saya diajar untuk ajak anak kemas bersama, bukan arah dan suruh. Jadi aktiviti mengemas lebih menyeronokkan buat kita dan anak-anak. Tiadalah kejadian singa atau harimau jadian mengaum setiap hari ?
Santai dan enjoy the moment.
Ini refleksi yang saya perolehi saat ini, ibu yang beranak dua. Masih kecil 4 tahun dan setahun 6 bulan. Cuba amalkan mana yang mampu dan memaknai moment dengan mereka.
Paling utama mesti dimulakan dengan mengurus fikiran, set niat, rangka aktiviti dan laluinya dengan gembira.
Walau ada masa tidak lancar, namun sebenarnya banyak sungguh perkara yang kita belajar.
Oh ya, harapnya ‘training’ ummi kepada Muhammad dan Ramadhan dari kecil ni dapat persiapkan diri mereka jadi calon suami yang ringan tulang paling kurang pandai lipat baju, memasak dan mengemas rumah. Beruntunglah menantu ummi nanti.
Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan bapa ini yang sanggup berbuat tindakan demikian demi anak-anak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.