Daun parsley ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti serta sebagai hiasan sajian yang istimewa.
Manakala aromanya yang segar memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.
Salmon Grill
Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.
Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di rumah.
Namun bagi kita yang sekali sekala menyediakan masakan Barat sepertinya itu, apa perlu dibuat jika terdapat lebihan daun parsley ini?
Ketahui cara terbaik untuk menyimpannya sebagaimana yang dilakukan oleh Mamak Haji di dalam facebooknya yang sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!
Ads
Langkah Demi Langkah
1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.
Ads
2. Cuci dan keringkan seketika.
Ads
3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.
4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Popcorn antara jajan yang cukup digemari. Sambil tengok tv atau menonton wayang, memang sedap melayan. Tak sedar habis sebekas.
Kalau nak jimat, apa kata ibu-ibu buat sendiri, mudah dan sedap.
Jimat pula tu. Jom cuba cara yang dikongsikan chef Aezach AR. Selamat mencuba!
Waktu2 ni .. takda pop corn hat juai kat KLCC tu.: berjimat cermat! . Hang beli biji jagung.. hang buat caramel pop corn sendiri.. mengunyah depan tv malam2 nanti sambil tengok tv
Bahan-bahan
2/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan salted butter
3 cawan mushroom pop corn kernel
1:3 = 1 part minyak : 3 part kernel jagung
Cara membuat:
-Panaskan minyak jagung + butter
– masukan 2 -3 biji kernel jagung.. biar dalam 10 saat .. bila dah keluar bertih bermaksud minyak dah cukup panas.
– masukan semua kernel jagung.. tutup periuk..biarkan 30 saat kemudian alihkan periuk sat dari api
– biar dalam 30 saat..
– letak atas api balik .. pakai kain pegang periuk goncang sikit supaya minyak dan bertih jagung rata
– biarkan dalam 30 saat sampai habis kernel bertukar jadi pop corn
Cara buat Karamel
1 cawan gula perang
125gm butter
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh baking soda
– buat caramel, masukan butter, susu pekat manis dan baking soda.. kacau rata
– gaul ke dalam pop corn tadi bersama kekacang – walnut / badam yang di bakar dulu
– lapil parchment paper atas tray, tuang pop corn yang di gaul tadi
– bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 15 minit
– sejukan kemudian masuk dalam bekas kedap udara
#daporchefgarang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang kala, tiada idea untuk masak apa hari ini sehingga hilang mood memasak pun ada. Asyik masak menu yang sama. Akhirnya lauk di kedai jadi pilihan.
Untuk hari ini, apa kata cuba memasak resipi viral, Daging Masak Jintan. Rasanya memang sedap. Aroma dan kuah yang pekat tentu buat anak-anak berselera.
Nak cuba, ikuti resipi ini.
Bahan-bahan:
1 kg daging, dipotong biasa( klu tak leh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi).
Bahan A 2 sudu serbuk ketumbar 3 sudu makan serbuk jintan manis 1 1/2 sudu serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada putih 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 cawan air asam jawa 4 camca gula garam secukup rasa serbuk perasa jika suka Serbuk Kunyit 2 sudu ( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 2 inci halia 2 sudu kunyit hidup 5 batang serai 1 iibu jari lengkuas
BAHAN C MINYAK MASAK 1 1/2 cawan-2 cawan sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik
BAHAN D Bawang besar 3 biji dipotong bulat
Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan . Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah di perap selama 20-30 minit. 2. panas kan kuali dan masukkan minyak-pastu bila minyak dah benar benar panas masukkan daging yg diperap tadi tu… 3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar…balik balikan dan sebatikan. sehingga layu…sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji.dan rasailah apa yg kurang ditambah…bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula…tutup api…dah siap
Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas2 dan nasi minyak…cubalah!
Roti kukus sentiasa menjadi kegemaran buat seisi keluarga. Makan panas-panas dengan cicah jem,pasti enak. Selain makan di restoran apa kata kita buat sendiri.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
* 250gm tepung roti
* 60gm gula
* 150ml susu segar Bahan B
* 1 tsp instant yis
* 50ml minyak masak
PENYEDIANNYA
1. Campurkan bahan A dan uli sehingga sebati dan elastik. 2. Rehatkan selama 40 minit (tak nak rehatkan pon tak ape)
3. Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali setelah yis dah sebati masukkan minyak masak dan uli sehingga doh betul2 elastik.
5. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
6. Kukus selama 20 minit
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong. 8. Hidangkan bersama seri kaya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.