Kadang kala gelagat anak-anak ini akan membuatkan ibu bapa tak kering gusi. Ada sahaja yang mencuit hati. Terbaru, anak penyanyi Tomok, Arrianshah Akid yang merupakan anak sulungnya yang berusia tujuh tahun.
Gelagatnya yang menulis nama Tomok pada kertas ujian telah dikongsi diinstagramnya telah mendapat perhatian peminatnya. Bukan untuk memaparkan keputusan peperiksaan tetapi cara Arrian menulis nama Tomok pada kertas berkenaan. Kertas peperiksaan Arrian ini merupakan salah satu keputusan cemerlangnya yang kini sedang belajar di tahun satu.
Selepas genap sembilan bulan kehamilan, proses melahirkan bayi antara detik yang paling digeruni oleh ibu hamil. Macam-macam cerita pengalaman orang lain bersalin memberikan sedikit gambaran bagaimana proses melahirkan anak akan berlaku.
Namun tak dinafikan sedikit sebanyak cerita pengalaman orang lain itu ada yang menakutkan sesetengah ibu walaupun sudah diketahui setiap ibu akan melalui pengalaman berbeza-beza.
Selain daripada mendengar pengalaman orang lain, ada juga yang menuntut ilmu persediaan melahirkan bayi daripada doktor dan jururawat melalui kelas antenatal dianjurkan hospital.
Biasanya bakal ibu akan diajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu memudahkan proses melahirkan bayi.
Bagi yang bakal bersalin tak lama lagi, mungkin boleh juga mempraktiskan apa yang dikongsi oleh Ustazah Fatimah Syarha, penceramah dan penulis buku motivasi yang baharu melahirkan anak keenamnya pada 9 April lalu.
Ustazah Fatimah telah berkongsi di Instagramnya amalan melalui proses bersalin yang mudah dengan izin Allah SWT.
“Dr, bagus teknik pernafasannya,” kata doktor pakar pada suami saya.
“Alhamdulillah, dia study kuat pasal tu,” balas suami saya.
Walaupun saya masih lemah nak berkongsi, namun saya risau andai ada ibu-ibu yang nak masuk labour room tapi tak sempat prepare ilmu teknik pernafasan ni dulu. Boleh google. Misalnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=bYw5v6smUIE
Sementara pengalaman di ‘labour room’ masih segar, ada 1 ilmu penting juga saya nak kongsi bila di labour room:
1. Tukar dalam minda perkataan contraction kepada ‘bantuan Allah’.
Masa contraction berlaku, fokus dalam minda, “Alhamdulillah, tq Allah yang pengasih penyayang.” Fokus, “ini nikmat bantuan Allah. Allah sedang tolong bukaan rahim. Baby akan segera keluar. Senyum. Sebut Alhamdulillah lagi.”
2. Dunia luar berusaha, dunia dalam bergantung pada Allah sepenuhnya.
Kita memang perlu berusaha sejak SEBELUM bersalin lagi, lengkapkan ruh, jasad, mental dan emosi. (Saya banyak kongsi dalam buku saya #berjuangurusemosi)
Namun, bila kita SEDANG berada di labour room, jangan guna banyak sangat strategi kritik diri dan menyesal kerana kita mungkin KURANG siapkan semua tu.
Dunia luar memang kita perlu berusaha, namun dunia dalam, kita optimis bertawakkal dengan Allah sepenuhnya, bukan dengan usaha kita sedikitpun.
Allah boleh bantu kita dengan kun fayakun. Senyumlah atas nikmat ada bantuan Allah! Allah pasti tunaikan apa jua bentuk baik sangka kita padaNya. Yakin!
3. Praktis teknis pernafasan yang betul saaaangat membantu MENGURANGKAN (bukan menghilangkan) kesakitan yang very powerful tu. InsyAllah.
Selamat berjuang semua bakal ibu. Ingat Allah selalu sayang
Penulis buku motivasi Berjuang Urus Emosi ini turut bersyukur kerana dengan izin-Nya proses melahirkan anak berlaku secara normal tanpa induce, tidak digunting, tidak dijahit dan tanpa mengambil sebarang ubat tahan sakit.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak-anak dengan aturan hidup yang sihat semestinya menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Salah satu yang perlu diajarkan pada anak adalah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di ketika waktu berharga ini. Jom manfaatkan masa bersama-sama dengan anak.
Apakah yang perlu kita buat satu jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Ajarkan juga pada anak-anak untuk mandi awal pagi. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun tak apa. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah. Ajak anak sama-sama turut serta membaca Al-Quran.
5. Ajarkan pada anak sedekah subuh kerana ia bukan hanya dapat pahala tetapi melatih disiplin dalam diri anak selain mengetahui konsep bersedekah.
Satu jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak:
1. Berkebun dengan anak-anak.
2. Lepas sahaja subuh, ajaklah anak untuk bersenam. Biar tenaga mereka dikeluarkan. Baik untuk aktiviti fizikal anak-anak.
3. Minta anak lakukan rutin wajib seperti mengemas katil dan menyiram pokok bunga.
4. Ambil sarapan sama-sama seisi keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami soleh rasa berat, beban lafaz talak, ada yang sanggup melutut di kaki isteri. Talak, iaitu lafaz yang memutuskan ikatan perkahwinan, bukanlah sesuatu yang dilakukan dengan mudah.
Dalam sistem perundangan Islam, talak adalah satu cara untuk memutuskan ikatan perkahwinan melalui lafaz oleh suami. Walaupun ia dibenarkan dalam Islam, talak dianggap sebagai perkara yang dibenci Allah SWT jika digunakan tanpa sebab yang kukuh.
Lafaz talak bukanlah perkara remeh kerana ia membawa implikasi yang besar terhadap kehidupan suami, isteri, anak-anak, dan juga keluarga kedua-dua belah pihak. Ramai suami menghadapi dilema dan rasa berat hati apabila tiba saat untuk melafazkan talak,
Justeru, beban lafaz talak yang diletakkan ke atas suami adalah tanggungjawab yang sangat berat dan perlu dilaksanakan dengan penuh kesedaran serta keadilan. Kesannya bukan hanya pada pasangan suami isteri, tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga besar.
Berikut perkongsian daripada seorang peguam Peguam Syarie, perunding keluarga dan perwarisan, mediasi syariah, Kelantan dan Terengganu, Syuhada Mzul
Beginilah wajah para suami yang hadir ke pejabat saya minggu ini.
Sugul. Serabut. Hancur. Rindu
Tulus menyayangi sang isteri.
Biarlah seisi dunia mengata, tetap berjuang untuk menyelamatkan rumahtangga.
Betul, isteri berhak meminta cerai.
Namun suami yang soleh, akan merasa beratnya beban suatu lafaz talak.
Berserabut lagi dengan kerja, adapt rutin baru mengurus rumah.
Ada yang merasa sesal sibuk bekerja,
Ada yang ralat biarkan isteri kesunyian,
Ada yang rindu mengenang cerita lama,
Ada yang setiap harinya terpaksa makan luar dengan anak-anak,
Ada yang rumah dah macam tongkang pecah, ditinggalkan isteri tidak terurus.
Bila kita cadang failkan tuntutan nusyuz, (bagi isteri-isteri yang jelas jauhkan diri dari suami, meninggalkan suami/curang, enggan berpindah bersama suami) suami soleh ini akan marah kita balik,
“Sabitan nusyuz ini terlalu berat, puan.
Kalau isteri saya disabit nusyuz, suatu hari dia pulang pada saya, bolehkah perintah itu ditarik semula?”
Tidak menjadi suatu PERKARA YANG pelik para suami menangis di kamar mahkamah sebelum lafaz talak. Ada yang sanggup melutut di kaki isteri minta digugurkan kes.
Sebaliknya bagi suami yang narsis, dia tahu dia berlaku zalim terhadap isteri, enggan lafaz talak, malah sengaja menjadikan proses cerai ini lebih menyusahkan.
Begitulah.
Kami hanya mampu bantu menyiapkan pembelaan atau “membeli” masa. Apapun kita serahkan pada mahkamah untuk membuat pertimbangan.
[Disclaimer : Kupasan ini adalah situasi/kes suami yang baik-baik, tidak ada sikap yang jelas menganiaya isteri. Tolong fahamkan skop topik, sebelum offended]
Kesimpulannya, lafaz talak adalah satu beban yang berat bagi suami, kerana ia melibatkan keputusan yang besar dengan implikasi yang luas kepada banyak pihak. Suami perlu membuat keputusan ini dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran, mengambil kira kebajikan isteri, anak-anak, dan keluarga.
Walaupun talak dibenarkan dalam Islam, ia seharusnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan telah dilakukan. Melalui bimbingan agama, sokongan keluarga, dan pendekatan yang bijak, suami dapat mengendalikan beban ini dengan lebih baik, memastikan keputusan yang diambil memberi kebaikan untuk jangka masa panjang.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.