Kalau sebelum ini jangkitan COVID-19 kebanyakannya dalam kalangan orang dewasa. Tetapi baru-baru ini lebih terdedah pada kanak-kanak. Hal ini sangat membimbangkan orang ramai.
Disebabkan kegusaran itu, laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan beberapa info yang boleh ibu ayah ambil perhatian mengenai komplikasi serius COVID-19 terhadap anak-anak.
Salah satunya Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.
Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.
1) Gejala umum
-Demam melebihi 4 hari
-Kelemahan fizikal yang tidak normal atau kekurangan tenaga (Asthenia)
Tambahan, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera.
Ads
Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Pengambilan makanan yang berkhasiat akan dapat memberi manfaat untuk diri kita menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Umpamanya dengan mengamalkan minum jus buah-buahan. Sebagaimana umum mengetahui, minuman berasaskan jus buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan serat yang diperlukan oleh tubuh badan. Bahkan jika kesihatan terganggu, ramai juga menyarankan agar minum jus buah-buahan.
Salah satu buah yang enak dibuat jus adalah buah epal dan tahukah anda epal ini jika dicampur dengan beberapa bahan lain berperanan untuk menurunkan kolestrol dan boleh juga sebagai egen membuang toksin dalam badan, melawaskan pembuangan air kecil dan banyak lagi manfaatnya.
Ini didetail lagi melalui perkongsian daripada dua orang wanita ini di facebook. Nak tahu caranya, ini perkongsiannya;
PETUA BUANG TOKSIN DAN TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN JUS EPAL KAYU MANIS
Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil. Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.
Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah. Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.
So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!
Bahan-bahan:
2 biji epal hijau
2 batang kulit kayu manis
air
Caranya:
1. Blender epal hijau dan tapiskan.
2. Masukkan kulit kayu manis tadi kedalam Jus epal yang telah ditapis tadi.
(kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh)
3. Biarkan sejuk 1-2 jam didalam peti sejuk dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur. Selamat mencuba!
Menakala Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff yang juga merupakan pesakit batu karang turut mengamalkan epal sebagai bahan yag dicampur dengan bahan lain untuk meredakan masalah kesihatannya.
Menurutnya berkongsi petua, “Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing. Kepada yang kencing tak lawas ka, kencing rasa sakit ka,batu karang ka, kencing kotor ka, apa sahaja la yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing, bole cuba resepi ni…doktor yang bagi..”
Air ini sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing..doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. 1 hari minum 1 kali sahaja…terpulang nak minum waktu mana.
Bila bercakap tentang snek atau kudap-kudapan yang sering dimakan oleh seisi keluarga, tentunya pilihan makanan seperti kekacang, keropok dan sebagainya sering menjadi pilihan.
Pun begitu, doktor ini berkongsi info yang menjadi amalan keluarganya dengan menjadikan buah jambu batu menjadi snek untuk seisi keluarga.
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
Tiap kali nak pergi jalan jauh je, biasa kami akan prepare buah-buahan untuk jadi snek dalam perjalanan.
Masa pergi ke Kelantan itu hari pun, kami bawa jambu batu macam ni lah. Isteri saya dah siapkan potong kecil-kecil. Sekali ngap je boleh habis. Hehe.
Bukan apa, dengan cara ni lah sebenarnya paling mudah kita nak dekatkan anak-anak dengan makanan yang bagus. Risau sangat kalau dia orang lebih suka jajan dan makanan yang diproses berbanding real food macam ni.
Untung weh kalau anak suka dengan jambu batu sebab dalam tu ada vitamin C semulajadi. Vitamin ni lah yang bantu:
✅ Buatkan system imun anak kita jadi lebih kuat.
✅ Bantu lindungi sel dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas.
✅ Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
✅ Menguatkan gusi dan tulang anak.
Jambu batu ni harganya berpatutan tapi kelebihannya sangat banyak. Rugi betul kalau kita tak penuhkan peti ais dekat rumah tu dengan makanan yang bagus macam ni.
Tentunya ramai antara kita memang suka makan mi segera, dari usia kanak-kanak hingga dewasa sekali pun merasakan betapa enaknya makan mi segera. Apatah lagi murah harganya dan mudah pula untuk disediakan. Jadi bila-bila masa boleh sahaja menikmati mi segera untuk mengalas perut yang lapar.
Pun begitu, tahukah anda bahaya mi segera kalau dimakan selalu dek kerana mi segera tersebut mengandungi garam yang tinggi. Diharapkan selepas membaca artikel ini, kita sebagai ibu dapat mengawal pengambilan mi segera oleh anak-anak kita demi menjaga kesihatan mereka juga. Jom semak laporan yang dimaksudkan itu.
Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana.
Itu hasil kajian bertajuk ‘Kandungan garam mi segera di Malaysia: Satu kajian keratan lintang’, membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa, yang dijual di enam pasar raya dan rantaian peruncit, serta di laman sesawang produk berkenaan.
Kajian yang dilakukan oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera di pasaran Malaysia, boleh dikategorikan sebagai makanan rendah gram, sangat rendah garam atau bebas garam.
Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu itu juga mendapati kira-kira 40 peratus atau lebih 250 produk mi segera yang dikaji, tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing.
“Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan.
“Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5g sehari.
“Lebih teruk, kandungan garam pada 10 peratus mi segera, melebihi saranan WHO itu, dengan mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada saranan WHO, iaitu 8.5g dalam satu sajian.
“Disebabkan kandungan garam tinggi serta populariti mi segera berdasarkan jualan tinggi setiap hari, pengurangan kandungan garam dalam mi segera akan memberi impak ketara dalam mengurangkan pengambilan garam harian oleh rakyat Malaysia,” kata kajian itu yang boleh diakses menerusi portal BMJ Open.
Ahad lalu, pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi laporan kajian itu menerusi Twitter peribadinya.
Dr Nur Amalina yang turut memetik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi isu pengambilan garam tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.
“Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Jangan jadikan menu harian, amal diet sihat
Kandungan garam yang tinggi dalam mi segera tidak menghalang sebilangan besar rakyat Malaysia daripada terus menikmati makanan segera itu.
Biarpun tahu kesan buruk pengambilan garam berlebihan, mereka terus memakan produk berasaskan tepung gandum itu kerana ia mudah disediakan dan murah berbanding hidangan lain.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata umum tahu mengenai kandungan garam yang tinggi di dalam mi segera, tetapi hampir mustahil untuk berhenti daripada memakannya.
Katanya, sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk menjadikannya sebagai menu harian, khususnya pelajar.
“Pelbagai kempen dan nasihat sudah diberikan kepada umum, tetapi ia tidak memberi kesan.
“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang.
“Galakan untuk makan mi segera ini lebih hebat dengan lantikan selebriti sebagai duta serta pengenalan pelbagai perisa baharu yang kelihatan menarik, selain cabaran untuk memakannya.
“Saya nasihatkan umum untuk kurangkan pengambilan mi segera itu kerana itu adalah sebaik-baiknya. Jika sukar, maka pelbagaikan ramuan nutrisi didalamnya seperti udang atau sayur,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Navin Kumar Devaraj, yang terbabit dalam kajian kandungan garam dalam mi segera di Malaysia itu, berharap orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Kajian ini hanya dijalankan sekali sahaja dan pada akhirnya kami mahu masyarakat mengamalkan diet yang sihat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, berikutan kandungan garam yangtinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan hidangan setiap hari.
“Mi segera masih boleh diambil, tetapi jangan jadikan ia satu-satunya hidangan anda dalam sehari. Amalkan diet sihat,” katanya.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.