Baru-baru ini bersempena hari ulang tahun kelahiran anak mereka, pendakwah terkenal dengan kerja-kerja kebajikan menghadiahkan isterinya sebauh beg tangan berjenama.
Menurut Ebit Lew, pengorbanan isterinya melahirkan dan berhabisan wang ringgit membuatkan dia ingin berterima kasih dan meraikan bidadarinya itu. I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini.
Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya. Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Dulu emas dan duit bank isteri habis digunakan. Masa tu duit susu anak, pampers pun takde. Ya Allah maafkanlah saya Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah.
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada kita bahkan satu dunia merasainya.
Ramai yang hilang pekerjaan dan punca mata pencarian untuk keluarga. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ada pula yang tidak boleh keluar mencari rezeki dan yang kais pagi makan pagi adalah golongan yang paling merasainya.
Sebak hati Lia Natalia saat melihat kedaifan dan kesusahan warga Tawau Sabah yang terkesan dengan pandemik COVID -19.
Sebagai anak jati tempat berkenaan, pastinya, Lia atau nama penuhnya Alia Afiqah Abden tidak berfikir panjang saat pertubuhan Malaysian Relief Agency (MRA)di Sabah mahu menghulurkan bantuan memudahkan misinya terutama membabitkan data isi rumah.
Menerusi kerjasamanya bersama MRA itu juga, Lia bersyukur kerana urusan mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul betul memerlukan dapat disalurkan.
Alhamdulillah syukur semua urusan Lia dengan kerjasama MRA dipermudahkan untuk mengedar bantuan makanan kepada warga Tawau yang betul2 memerlukan. Lia bukanlah wakil politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi Lia nak berkongsi rezeki kepada warga Tawau agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. . Buat pertama kali dalam seumur hidup, Lia sendiri turun memberi bantuan ke kampung2 dengan keadaan red zone di Tawau ni. Sedih melihat ada sesetengah warga Tawau yang tidak dipedulikan.
. Sebak hati Lia melihat keadaan mereka yang sampai 14 keluarga berkongsi sebuah rumah. Bayangkanlah kalau harap pendapatan sehari RM5 dan kena buang kerja lepastu nak bagi 14 keluarga makan dalam satu rumah?. Ada yang rumah macam pondok.. Allahuakbar.. Ingatkan zaman 2020 ni kita semua sudah maju. Rupanya tidak. . Banyak pengajaran yang Lia peroleh dan peluang ini membuka mata dan membuatkan Lia betul2 insaf. Kita sepatutnya besyukur apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan daif daripada kita. Dengan keadaan pandemik sekarang dan kes semakin meningkat, pendapatan mereka betul2 terjejas dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terpaksa berikat perut.
Dalam pada itu, Lia Natalia turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menghulurkan sumbangan tersebut.
“Saya bukanlah wakil atau ahli politik yang turun untuk memberi sumbangan, tetapi hati saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit rezeki. Moga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dalam kesusahan.
”Kali pertama dalam seumur hidup, saya sendiri turun padang memberi bantuan ke kampung yang dilaporkan dalam zon merah. Saya sendiri tak mampu menahan sedih melihat ada warga di situ yang tidak dipedulikan.
“Bayangkan ada 14 buah keluarga terpaksa berkongsi dan bersesak satu rumah demi mendapat perlindungan. Saya sempat tanya ada antara mereka itu secara purata dibayar gaji RM5 sehari dan kena buang kerja. Apa lagi yang tinggal untuk isi perut?. Malah paling mengejutkan saya lihat ada rumah yang seperti pondok jadi tempat berteduh,” katanya menahan hiba.
Bagi pelakon filem Pinjamkan Hatiku, dia juga tidak bermaksud untuk menempelak mana mana pihak, tapi apa yang dilakukan atas inisiatif sendiri.
Tegasnya, dia tidak langsung berniat meraih publisiti saat misi itu dikongsi di media sosialnya.
“Banyak pengajaran yang saya peroleh dalam misi bantuan ini. Peluang ini membuka mata dan membuatkan saya jadi insaf. Saya nak orang tahu betapa susahnya orang di Sabah termasuk golongan yang tercicir daripada mendapat bantuan sepatutnya.
“Kita sepatutnya besyukur dengan apa pun yang kita ada. Apabila kita rasa susah dan serba kurang, sebenarnya ada yang lebih susah dan daif daripada kita.
“Dengan keadaan pandemik sekarang dan kes semakin meningkat, pendapatan mereka di sini betul betul terjejas dan ada seluruh keluarga yang tidak kerja langsung dan terpaksa mengikat perut,” katanya.
Misi bantuan itu dilakukan pada 24 Oktober lalu selama sehari. Lia berjaya membantu lebih 100 keluarga di sana. Sumbangan yang dilakukan adalah 100 peratus daripadanya.
Wang ringgit, kedudukan, pangkat, harta, zuriat, rumah dan sebagainya bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
Bahagia itu tidak dilihat pada kebendaan semata-mata, bahkan tiada gunanya harta menggunung sekiranya hati tidak tenang dan bahagia.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Berkongsi tentang bahagia orang yang berbeza-beza, Ustaza Noor Laila Aniza berkongsi penulisannya di media sosial untuk kita renung-renungkan bersama.
Bahagia Orang Berbeza-beza
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil dan berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.
Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.