Kes Zara Qairina: Saksi ke-10 dedah arwah pernah dipanggil senior dan menangis di asrama. Prosiding hari ke-12 inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mendengar keterangan daripada saksi ke-10 yang memberitahu mahkamah bahawa arwah pernah dipanggil oleh pelajar senior dan kelihatan menangis di asrama selepas kejadian.

Kes Zara Qairina: Saksi Ke-10 Dedah Arwah Pernah Dipanggil Senior Dan Menangis Di Asrama

Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri, saksi berkenaan akan menyambung keterangannya esok di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Katanya, saksi ke-10 juga merupakan seorang saksi kanak-kanak yang dipanggil memberi keterangan.

Shahlan turut mengesahkan beberapa pakar tulisan tangan bebas dijadualkan hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini selepas selesai menjalankan analisis mereka.

Kes Zara Qairina: Saksi Ke-10 Dedah Arwah Pernah Dipanggil Senior Dan Menangis Di Asrama

“(Peguam kami) Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pagi ini,” katanya.

Minggu lalu, beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut ditugaskan meneliti ketulenan dokumen bertulis termasuk buku nota, diari dan dokumen peribadi Zara Qairina bagi tujuan inkues. Langkah ini penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi dibuat berdasarkan dokumen yang sahih.

Ads

Terdahulu, pada hari ketiga prosiding, saksi dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah, memberi keterangan selepas memeriksa 21 bahan bukti seperti helaian kertas koyak, buku latihan, buku nota dan teks sekolah. Beliau menyatakan terdapat persamaan pada tulisan tangan yang dipertikai dengan tulisan dalam dua buku teks serta sebuah buku latihan milik arwah.

Namun, sebuah buku yang dikenali sebagai ‘W3’ didapati ditulis bersama oleh Zara Qairina dan rakannya, apabila muka surat pertamanya mengandungi nama serta tulisan kedua-dua pelajar tersebut.

Dalam pada itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang pelaku kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes ini berkata, anak guamnya yang merupakan saksi kanak-kanak pertama, dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang selepas memberi keterangan selama dua hari.

Untuk rekod, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

Ads

Sumber: Berita Harian

Baca artikel lain juga: Inkues Zara Qairina: Arwah Dituduh Mencuri Sehari Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Selepas Zara Qairina Ditemui Tidak Sedarkan Diri, Telefon Awam Asrama Ditutup Dua Hari 

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads