Biasa kita dengar orang pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan penyakit seperti demam, batuk, selesema, sakit-sakit badan dan sebagainya.  Bahkan ada juga yang datang berjumpa doktor kerana tidak tahan menanggung rasa pijar yang berpanjangan.

Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin di akaun facebook miliknya berkongsi pengalamannya dikunjungi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akibat tangan yang terasa pijar selepas menyambal walau telah dicuci berkali-kali dengan air namun tetap terasa pijar.

“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!

Bagi menghilangkan rasa pijar tersebut, diakui ada sahaja petua-petua orang dulu boleh dipraktikkan namun  perkongsian penuh daripada Dr Kamarul ini didatangkan berserta dengan faktanya sekali.

Ujarnya kesalahan utama bila ingin menghilangkan rasa pijar di tangan adalah bukan semata-mata dicuci dengan air bersih. Namun ada yang perlu dilakukan dan untuk mengetahui lanjut ikuti perkongsian penuh daripadanya di sini.

Diharapkan ilmu  ini dapat dimanfaatkan di masa akan datang dan sekali gus bolehlah ‘merawat’ rasa pijar dengan lebih mudah dan berkesan.

Ini perkongsiannya.

CILI MENGANDUNGI CAPSAICIN & INI  YANG MEMBUAT RASA PIJAR

“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”

Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.

Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.

Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:

  1. SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!
  2. MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!
  3. CUKA: capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!
  4. ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
  5. LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!

Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Kesilapan Utama Hanya Cuci Dengan Air…”- Dr Ni Bagi Cara Betul Nak Hilangkan Pijar Selepas Menyambal!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI