Meskipun tidak lagi bersama bekas suami, Engku Emran, namun pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu anak tunggalnya Aleesya kurang kasih sayang ibu dan bapa.
Disebabkan itulah kata Erra, dia tidak pernah berniat untuk merebut hak penjagaan anaknya malah dia dan Emran sanggup bertolak ansur demi kebahagiaan anak mereka.
Tambah Erra lagi, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.
Ads
“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.
“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” katanya.
Ads
Bahkan kata Erra, setiap ibu bapa perlu merendahkan ego dan mengutamakan kebahagiaan anak selepas bercerai tanpa mementingkan diri sendiri.
“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.
“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi,” katanya.
Ads
Terdahulu, Erra berkahwin dengan Engku Emran dan dikurniakan cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Justeru, asuhan baik, sopan santu didik sejak kecil agak cakna dalam diri.
Begitu juga yang diterapkan oleh pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen yang turut mendidik anaknya mengenai nilai-nilai kemanusiaan.
Terbaharu menerusi muat naik di Instagram Hairul Azreen, memaparkan video kenangan anak sulungnyya Yusof Iskandar memberi sedekah ketika di Mekah suatu ketika dulu. Malah video ini pernah meraih lebih 1 juta view.
Video kembali viral dngan lebih 400,000 view. Rata-rata warganet memuji sikap pasangan suami isteri ini yang cakna mendidik anaknya.
Malah ada yang mendoakan Yusof menjadi anak yang soleh.
Mekah Memories..
Salam Ramadan from @theyusufiskandar
Masalah cepat lupa adalah yang kerap diadu oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak.
Adakah ia perkara yang normal? Rata-rata ibu mengakui selepas melahirkan anak mereka mengalami simptom mudah lupa.
Ada yang membuat persepsi kemungkinan salah satu urat terputus semasa proses melahirkan anak membuatkan mereka mudah lupa. Benarkah?
Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin, wanita selepas bersalin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan mental yang meletakkan ibu berisiko mengalami gangguan emosi dan mental yang teruk.
“Fasa selepas bersalin dikaitkan dengan peningkatan risiko kemerosotan kognitif, terutamanya ingatan yang lemah atau cepat lupa, kealpaan dan kesukaran menumpukan perhatian.
Perubahan tahap hormon seperti paras estrogen, progesteron, dan glukokortikoid secara mendadak sebaik sahaja melahirkan menyumbang kepada kemerosotan fungsi kognitif semasa tempoh berpantang. Namun begitu, ianya bersifat sementara,” demikian jelas Dr Maiza.
Jika menurut penjelasan Dr Maiza, simptom pelupa itu disebabkan perubahan hormon dan bersifat sementara sahaja, jadi ibu tak perlu terlalu risau memikirkannya.
Mungkin juga disebabkan terlalu fokus memikirkan penjagaan bayi baharu lahir dan keletihan akibat kurang tidur membuatkan ibu cepat lupa banyak hal lain.
Justeru itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki supaya ibu boleh mengurangkan masalah cepat lupa.
1. Tidur berkualiti
Kurang tidur kerana menguruskan bayi boleh membuatkan ibu lagi cepat lupa banyak perkara. Cuba bergilir dengan suami dalam bab menguruskan si comel supaya ibu boleh berehat dan tidur dengan cukup (walaupun sebenarnya tak boleh cukup pun).
2. Mengambil makanan sihat
Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk otak supaya membantu menguatkan daya ingatan ibu. Sumber makanan tersebut seperti ikan salmon, telur, tauhu, teh hijau, blueberry, brokoli dan lain-lain lagi yang berkhasiat.
3. Rancang aktiviti harian yang penting
Selepas bergelar ibu, anda akan mempunyai rutin baru menguruskan si kecil selain rumah tangga dan kerjaya (jika bekerja). Untuk memastikan semua itu tidak menjadi bebanan dan sukar memberi tumpuan, buatlah senarai keutamaan tugas-tugas harian supaya memudahkan pengurusan rutin ibu.
4. Belajar menerima perubahan baru selepas bergelar ibu
Kehadiran bayi benar-benar mengubah kehidupan seorang ibu dan ayah serta ahli keluarga lain. Ibu kena belajar menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu yang pastinya berbeza dengan situasi sebelum mengandung dan melahirkan anak dulu.
Adakalanya perubahan ini akan membuatkan sesetengah ibu berasa keliru, murung dan kehilangan fokus. Bertenang dan terima dengan reda tanggungjawab baru tanpa rasa sedih atau marah.
Dengan adanya persekitaran yang positif ibu pasti dapat melalui cabaran baru dengan gembira.
Baru-baru ini aktress dan pengacara terkenal Nabila Huda turut berkongsi masalah pelupa yang dialaminya menjadi semakin teruk.
Walaupun bukan baharu melahirkan anak tetapi pelakon berbakat besar yang mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagram Story bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh mengganggu karier lakonannya.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat..cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni…saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku..tolong saya”
Selepas berkongsi masalahnya di Insta Story, ramai pengikut Abil berkongsi tip pemakanan untuk membantu menguatkan kembali ingatan.
Abil kemudiannya berkongsi tip-tip berguna yang diberikan pengikutnya supaya peminat-peminat lain turut boleh membuat amalan tersebut juga.
Menurut Abil, selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta minum segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya.
Tak salah kalau ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami masalah cepat lupa macam Abil boleh juga amalkan makan makanan sunnah tersebut di samping berusaha berdoa mohon kepada Allah supaya sentiasa permudah urusan seharian sebagai ibu.
Sumber: IG Story kupu_kupu dan Dr Maiza Tusimin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering kali gula menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan adik aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan impak kepada kelakuan anak. Antaranya ialah:
1. Produk tenusu
Minum susu memberikan khasiat yang berguna kepada si manja untuk Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka kana menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
2. Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
3. Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.
4. Bahan perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.
5. Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.