Teringat betapa enaknya menjamah ketupat palas bersama rendang di kampung, kini setelah pulang ke bandar tiba-tiba teringin lagi.
Jadi untuk tidak menghampakan apa kata kita sediakan ala-ala ketupat palas tetapi dengan menggunakan daun pandan sebagaimana yang dikongsikan oleh Feezah ini.
Assalammualaikum semua .. Ketupat daun pandan comel nak singgah sekejap ya . Daun palas tak dak yang ada daun pandan ja . Pun boleh .
Andai masih teringin menikmati ketupat palas tapi tiada pula daun palasnya, apa kata kita ikut teknik yang dikongsikan oleh Fe E Za ini.
Caranya cukup kreatif dengan menggunakan daun pandan.
Ads
Bahan-bahannya:
Daun pandan dan pulut yang telah ditanak separuh masak.
Ads
Teknik lipatan ketupat daun pandan:
Ads
Kemudian rebus sehingga masak.
Sumber : FE E ZA via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila cakap pasal kejadian benjol atau lebam, biasa kita membayangkan anak-anak lagi terdedah untuk mendapatkan kesan tersebut bila jatuh atau sebagainya. Pun begitu, kita sebagai orang dewasa pun tidak terlepas daripada berlakukanya kejadian terjatuh, tergelincir atau sebagainya yang boleh menyebabkan benjol atau lebam terjadi.
Jadi tidak salah kiranya kita ketahui beberapa petua orang lama untuk surutkan kesan lebam dan benjol pada tubuh untuk manfaat bersama.
Asam jawa + garam
Ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol.
Telur rebus
Rebus hingga masak dan kemudian balut dengan tuala kecil sebelum dituam pada bahagian yang benjol. Lakukan berkali-kali.
Air suam
Cepat-cepat tuam dengan sapu tangan yang direndam dengan air suam untuk meredakan benjolan yang timbul.
Daun sirih dan minyak masak
Ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Kemudiannya layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol.
Ais batu
Ini antara petua yang paling mudah dan popular. Ambil ketulan ais dan letakkan di dalam balutan tuala kecil sebelum ditekap pada tempat yang benjol.
Namun jika setelah melakukan petua-petua ini tidak juga rasa selesa, ada baiknya bertemu doktor untuk dapatkan nasihat dari yang lebih pakar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Terbaru Zaeda turut dijemput sebagai panelis di program Sembang Santai di Simpang Renggam
Malah baru-baru ini, dia membawa anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Al Haq bercuti di Langkawi sempena cuti sekolah.
“InsyaAllah cuti akhir tahun saya akan bawa anak² yatim dari rumah lain pula. Dalam perancangan.
“Dalam masa yang sama, saya akan meneruskan program Jualan Amal Al Haq untuk meraih dana bagi meneruskan kerja kebajikan. Selain itu, saya juga bakal mengendalikan program Aku Ingin Hidup anjuran kumpulan Cancer Survivors Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isnin lalu, sesi persekolahan bagi tahun 2023 sudahpun bermula. Pelbagai ragam murid-murid dapat dilihat menerusi laman sosial yang dimuatnaik oleh ibu bapa dan juga guru sekolah.
Ada yang menangis, ada yang teruja dan ada yang steady memandangkan sudah dilatih untuk ke sekolah. Ada juga murid-murid yang hadir begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan baru.
Namun ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja. Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 5,500 tanda suka, 931 komen dan 1,100 perkongsian.
Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.
Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.
Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.