Bagi sesetengah orang mungkin berasa jijik atau tak lalu nak makan apabila melihatkan kaki ayam. Tetapi sebenarnya kaki ayam memiliki banyak  kelebihan untuk tubuh kita. Tak percaya? Jom baca ni.

Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Orang Tak Tahu. Salah Satunya Mengandungi Kolagen. Nak Awet Muda Kena Amalkan Ni!

Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Ada beberapa khasiat yang ibu-ibu kena tahu mengenai zat makan kaki ayam ini.

Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Orang Tak Tahu. Salah Satunya Mengandungi Kolagen. Nak Awet Muda Kena Amalkan Ni!
1)Manfaat kologen

Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:

-kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat

-kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.

IKLAN

-kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan

-kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh

2)Kurangkan risiko tulang rapuh

-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3)Sembuhkan cedera

IKLAN

Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni

4) Memperbaiki saluran pencernaan

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

5) Kesihatan kuku terjaga

IKLAN

Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6)Menyihatkan gusi

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Orang Tak Tahu. Salah Satunya Mengandungi Kolagen. Nak Awet Muda Kena Amalkan Ni!

Sumber: catsfm

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI