Tahukah anda, buah delima membantu mengekalkan keanjalan kulit kerana kaya dengan vitamin C. Di samping itu, buah delima berupaya membantu proses pembaharuan kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah kulit kusam.
Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
Manakala kulit delima juga mempunyai dua kali ganda antioksidan dari isinya sendiri. Jika selama ini kita buang aje kulit, kena mula simpan kulitnya yang banyak manfaat.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang mengunakan kulit delima sebagai teh untuk cirit birit dan kecantikkan kulit.
Ikuti perkongsiannya.
Hari ni Aisyah nak share petua cirit birit. Petua cirit birit ni memang akan keluar bila Aisyah cirit birit jek. Aisyah memang suka sangat petua cirit birit ni sebab dia bukan setakat boleh kurangkan cirit birit, tapi boleh cantikkan kulit juga.
Ads
Petua ni memang omputih selalu guna untuk cirit birit dan kesan dia memang proven. Siapa follow Aisyah dah bertahun mesti pernah nampak Aisyah cerita pasal teh kulit delima.
Kulit delima ni bukan setakat bagus untuk cirit birit. Untuk kulit pun bagus tau. Bayangkan, kulit delima tu 2 kali antioxidant dari isi dia yang merah tu.
Jadi bila korang rajin minum, kedut kedut memang segan nak datang, pastu kulit cantik jek. Merah merah pink gitu. Tapi tu kalau korang rajin minum la. Selain tu dia ada juga khasiat lain. Aisyah list kan kat bawah ni okey.
Khasiat kulit delima
Ads
– kaya dengan vitamin C – bagus untuk usus dan cirit birit – detox badan – kurangkan kedut muka – lambatkan proses penuaan – sakit tekak – batuk – lembabkan kulit – mencegah kanser – buasir – cacing – turunkan kolestrol – menguatkan jantung – antibakteria – radang sendi / kuatkan tulang
Cara penyediaan:
Cara buat dia pun senang jek. Korang rebus atau rendam kulit delima dengan air panas mendidih.
Ads
Bila suam boleh minum. Nak sedap campur dengan madu sikit. Kulit delima tu amik sikit jek.
* Aisyah guna kulit delima kering
Kulit delima kering ni best sebab kita boleh minum dia bebila masa. Bukan musim delima pun boleh minum.
So, lepas ni kalau korang makan delima kulit tu jangan buang. Tapi boleh keringkan buat teh kulit delima.
Kita merasakan lumrahnya anak-anak perempuan memang suka melaram apatah lagi bila sejak kecil mereka melihat kita sering memakai solekan setiap pagi untuk ke tempat kerja.
Tindakan kita itu juga, membuatkan anak-anak ingin mencuba untuk mengenakan solekan di wajah
mereka.
Bahkan kita sebagai ibu juga suka melihat anak disolek cantik bila ada waktu-waktu tertentu seperti menghadiri majlis dan sebagainya.
Paling ringkas, kita akan calitkan
pemerah pipi dan gincu bibir!
Pun begitu tahukah anda, bahawa sebenarnya tindakan kita itu mengundang bahaya.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran
Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
Pewarna kuku
Pewarna rambut
Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama.
Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh badan kita kembali cergas dan sihat. Apa yang penting adalah mengambil makanan yang sihat dan segar.
Semasa berpantang, banyak amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bila semakin berusia kelak. Ikuti perkongsian Pn Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh mama ikuti.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.
MANDI AKAR KAYU Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.
Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi. Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.
MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU. Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.
BERURUT. Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
BERTANGAS Jangan lupa bertangas.
KURANG PENGAMBILAN AIR. Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
BERTUNGKU Bertungku penting, jangan culas.
BERBENGKUNG. Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.
JAGA MAKAN Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
BERSTOKIN Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).
PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS. Jauhi aircond.
PANTANG BERSAMA SUAMI. (Kalau saya 100 hari, terserahlah).
ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT. Arwah ibu selalu pesan…“Perut tu dah keluar anak seorang…”. Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.
PANTANG KELUAR RUMAH Tahanlah sekejap, jangan keluar rumah.
IKAT RAMBUT TINGGI SELALU. Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.
Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.
Malah ada wanita moden yang berasa bangga apabila boleh memandu setelah dua minggu bersalin. Memang tak sakit. Belum lagi. Tunggu bila berusia, kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.
Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut. Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda: * Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut. * Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung. * Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi. * Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki. * Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
Jadi wanita, jagalah kesihatan diri luar dan dalaman.
Epal hijau bukan hanya tinggi serat bahkan ia mengandungi mineral lain seperti zat besi, zink, manganese dan potassium. Siapa yang menggemari si hijau ini pastinya beruntung kerana dari sebiji epal yang kita makan bukan hanya sedap bahkan ada banyak rahsia dan khasiat yang tersembunyi.
Ia dikatakan sebagai buah yang memiliki kalori rendah, ia amat disyorkan untuk menurunkan berat badan.
Bukan itu sahaja, malah mengambil epal hijau juga baik untuk penghidap asma malah mampu mengawal masalah diabetes.
Menariknya bukan hanya sihat, epal hijau juga baik untuk mencantikan kulit kerana mengandungi vitamin C. Hebat bukan!
.
Selain makan sebiji epal, ada banyak cara lain iaitu dengan menggabungkan beberapa makanan berkhasiat lain. Sihat berganda malah kulit pun cantik gebu. Nak cantik dan sihat? Ikuti cara membuat jus dan air rebusan ini.
.
Kredit: Fauziahsamad.com
1. Epal Serai
Gabungan dua bahan ini dikatakan baik untuk merawat masalah sakit lutut. Banyak perkongsian di media sosial mampu membantu mereka yang mengalami masalah lutut.
Bahan diperlukan hanya dua biji epal hijau dan empat batang serai sahaja. Mudah.
Bahan-bahan:
2 biji epal
4 batang serai
1 liter air
1. Epal dipotong kecil-kecil dan serai diketuk.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama 1 litre air dan biarkan mendidih.
3. Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit.
4. Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan dan boleh diminum.
.
2. Air Rebusan Epal Kayu Manis
Air rebusan ini juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dalam masa yang pantas, jika diamalkan dengan cara yang betul.
Cara untuk menyediakan air rebusan epal ini sangatlah mudah. Malah bahannya juga tidak banyak.
Bahan-bahan:
1 biji epal
1 batang kulit kayu manis
1.5 liter air
1. Rebus kesemua bahan.
2. Biarkan selama satu jam.
3. Amalkan air rebusan ini bila-bila masa sahaja terutama ketika mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
3. Jus Epal, Tomato dan Lobak
Bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan gebu, mengamalkan jus daripada tiga gabungan ini amat disarankan.
Hasilnya kulit lembut, selembut kulit bayi. Bukan hanya untuk kulit malah ia juga sebagai detoks terbaik untuk tubuh kita.
3. Amalkan minum jus ini empat kali seminggu dan jadikan ianya sebagai rutin.
.
4. Epal & Daun Saderi
Ini pula merupakan petua untuk membuang toksin dalam tubuh. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Bahan-bahan:
2 biji epal
Daun saderi
1. Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.