Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya.

Betapa tabah dan kuatnya si ayah dalam mengharungi dugaan apabila anak sendiri diduga dengan penyakit kronik. Namun apa yang cukup menyentuh hati adalah ayah ini  sanggup membotakkan rambut demi anaknya yang telah disahkan menderita kanser tulang. Anaknya yang kini mengalami keguguran rambut dan botak kesan dari rawatan kimoterapi.

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

Kisah keluarga ini dimuat naik oleh saudara Mohd Fadhil, yang merupakan kawan kepada

Jeffri Senin. Menurut Mohd Fadhil, anak kawannya ini yang bernama Rayyana kini berumur 9 tahun.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mak ayah mana yang hendak lihat anak merana dalam kesakitan.

Hatta dahulu waktu kecil, seekor nyamuk tidak akan dizinkan untuk hinggap pada kulit anak. Itulah pengorbanan ibu dan ayah.

Itu yang berlaku kepada sahabat aku Jeffri Senin. Beliau di uji dengan anaknya Rayyana yang sedang menghidap kanser tulang. Rayyana sekarang berusia 9 tahun. Sahabat aku ni orang Kulai.

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

IKLAN

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

 

Kau orang bayangkan seorang kanak-kanak diberi rawatan kimoterapi. Dalam jadual, Rayyana akan di Kimo sebanyak 14 kali, 3 minggu sekali selama setahun. Kimoterapi ni orang kata panas.

Adik Rayyana telah menjalani Kimo yang kali pertama rambutnya telah mula gugur dan kepalanya botak. Paling aku sayu dan terkesan bapanya turut membotakkan kepala.

Aku yakin, Jeffri Senin bapa kepada Rayyana ini sedang meraikan dan menghiburkan anaknya supaya anaknya rasa ada geng botak bersama. Sungguh besar pengorbanan kau bang.

IKLAN

Hari ini, Rayyana ambil ujian sekolah agama. Ibu ayahnya beri full support kepada Rayyana. Lulus atau gagal itu nombor dua. Semangat Rayyana itu yang penting.

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

Aku doakan abang Jeffri Senin dan isteri dapat terus kuat dan tabah. Kepada adik Rayyana, percayalah seluruh rakyat Malaysia yang membaca ini sedang mendoakan adik abang comel ini.

Kepada rakan dan follower saya yang ingin menyumbang apa sahaja, boleh terus hubungi atau pm ayah Rayyana, abang Jeffri Senin.

IKLAN

Ayuh kita ringankan tulang membantu bersama. Paling kurang kita share tulisan ini agar ada insan yang pemurah dapat membaca dan menyumbang.

“Kimoterapi 14 Kali, 3 Minggu Sekali Selama Setahun.” Demi Anak Sakit Kanser Tulang, Bapa Sanggup Botakkan Kepala Tanda Sokongan

Di sini saya siapkan nombor akaun abang Jeffri Senin

7057107251
– CIMB
– Jeffri senin

Hari ini hari mereka. Esok lusa hari kita.
Tinggalkan kata kata semangat kepada abang Jeffri dan Rayyana di ruang komen.

Mohd Fadhli bin Othman
#anekdotsayagurusekolahrendah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI