Usia muda ini sangat berharga, apa yang kita buat ketika muda akan memberi impak kepada kehidupan kita di masa akan datang.
Jika kewangan dan aset tidak dicari dan dijaga dengan baik sedari awal, bimbang potensi untuk hidup selesa diusia emas tidak kesampaian.
Berkongsi pengalaman dalam hal mengumpul aset ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Zu Shimalain ini. Beliau sangat suka berkongsi pengalaman dirinya dalam pelaburan dan hartanah. Jadi bolehlah dijadikan panduan dalam mengatur langkah untuk mengumpul aset.
Ini perkongsiannya.
Betul ke anda sedang kumpul aset? atau sebenarnya anda sedang kumpul liabiliti?
Kawan-kawan, minda orang yang celik ilmu kewangan akan sentiasa memilih aset untuk meningkatkan pendapatan atau dijadikan sebagai alat untuk membayar liabiliti.
Seawal usia 20-an, rajinkan lah diri untuk mepelajari ilmu kewangan dan pelaburan.
Gunakan ilmu yang ada untuk membeli aset terlebih dahulu. Rata-rata anak muda kita tersekat di tahap ini.
Kereta yang berjenama dan berharga mahal menjadi sasaran utama, sedangkan gaji tidak seberapa, aset pun tiada.
Seeloknya, bila sudah bekerjaya, buatlah sasaran untuk membeli rumah pelaburan.
Untuk mengumpul duit bagi modal pembelian rumah ada seni nya.
Mulalah melabur duit anda setiap bulan secara tetap ke dalam pelaburan yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi.
Kadar pulangan purata 8%-15% itu adalah lebih baik kerana ianya akan menggandakan wang anda lebih pantas dari menyimpan di dalam fix deposit.
Tetapkan tempoh masa pelaburan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk mendapatkan jumlah deposit untuk pembelian rumah pelaburan anda.
Kawan-kawan, ini lah teknik yang saya gunakan sewaktu awal-awal mula melabur dalam hartanah dulu.
Ads
Alhamdulillah, kini saya telah berjaya memiliki beberapa aset yang menjana duit siang dan malam.
Sebenarnya, untuk beli hartanah ni pun ada skillnya.
Bila kita berjaya cari hartanah dengan harga yang betul dan di kawasan yang memiliki permintaan tinggi. Kita sebenarnya telah berjaya menemui lubuk emas!
Beli lah hartanah yang menawarkan harga sekurang-kurangnya 15% dibawah harga pasaran kerana modal yang perlu kita keluarkan nanti akan lebih kecil.
Bagi saya, gandingan melabur wang dalam Unit Amanah dan hartanah adalah satu kombo yang saling melengkapi dan sempurna.
Namun saya juga tidak melupakan pelaburan emas. Tapi jumlahnya tidak lah sebanyak Unit Amanah dan hartanah, kerana bagi saya emas tidak boleh menjana pendapatan pasif.
Emas hanya bertambah nilai seiring dengan kadar inflasi sahaja.
Apa pun itu pendapat peribadi dan pengalaman saya je. Mohon raikan perbezaan pendapat kita dengan harmoni.
Ads
Apa pun yang anda buat di luar sana, pastikan anda mula melabur seawal yang mungkin. Jika anda lewat bermula, ini lah masa yang terbaik untuk bermula.
Akhir kalam, mulalah mengumpul aset sekarang bagi memastikan masa depan dan hari persaraan kita kelak menjadi lebih selesa.
Kecur liur tengok gambar resipi Mi Kari ni. Itu belum lagi rasa. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan keenakannya. Rasanya pastilah lagi hebat.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Afy AL Habibi ini cukup mengujakan dan buat kita semangat nak cuba.
Siap dikongsikan tip untuk mendapatkan kuah yang sedap dan padu. Nak tahu caranya, jom baca resipi yang admin kongsikan ini.
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg Baca nama resepi pun tak menahan. 😆 Huu memang cikgu tak tipu. Meletup macam mercun sedap dia set mi kari cikgu tunjuk semalam. Berbaloi sakit pinggang lepas ambik gambar. Sekejap tunduk. Sekejap tegak. Ke kiri ke kanan demi kawan-kawan semua. Warna kuahnya pun cikgu suka. Oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa. Bukan macam cikgu masak gulai ayam Kelantan sebelum ni. Kawan cikgu wajib kena cuba okeh. Tengok caranya sampai habis.
Bahan-bahan
– telur rebus – fishball putih (dicelur seketika) – fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing) – tauhu (digoreng) – kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais) – taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais) – limau kasturi – cili merah – daun sup – bawang goreng
Cara membuat:
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp. (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)
Choppp sebelum tu cikgu lupa masukkan dalam gambar lagi satu bahan penting;UDANG KERING.
Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti
Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran tadi.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawaMasukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun tak mengapa)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan, pastinya ada sebahagian ibu ayah berasa sedih dan kecewa. Apatah lagi telah begitu lama menanti panggilan tersebut.
Papun begitu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH).
Sehubungan dengan itu bagi mengubat rasa sedih di hati bakal jemaah haji, Ustazah Isfadiah kongsikan ada 7 amalan di mana pahalanya dapat disamakan dengan pahala haji jika dilaksanakan.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian ini.
7 Amalan sama dengan pahala Haji.
Ada 7 amalan yang memiliki pahala Haji dan Umrah. Luar biasanya ganjaran bagi setiap amalan ini walaupun tidak dapat menjejaki Tanah Haramain namun begitu setiap amalan ini tetap tidak dapat menggantikan kefardhuan ibadah haji.
Semoga dengan mengetahui tentang amalan ini dapat mengubat dan memujuk hati-hati para bakal jemaah haji yang telah bersedia untuk menunaikannya namun tertangguh dengan kehendak Allah pada tahun ini.
1. Keazaman dan kesungguhan yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji:
Seseorang yang bersungguh-sungguh, melakukan persediaan, berkeinginan dan keazaman yang tinggi namun telah terhalang atau uzur, mereka sabar dan redha maka mereka tetap memperolehi pahalanya.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى غَزَاةٍ فَقَالَ « إِنَّ بِالْمَدِينَةِ لَرِجَالاً مَا سِرْتُمْ مَسِيرًا وَلاَ قَطَعْتُمْ وَادِيًا إِلاَّ كَانُوا مَعَكُمْ حَبَسَهُمُ الْمَرَضُ »
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, dalam suatu peperangan (perang tabuk) kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta dalam perjalanan perang, juga tidak menyeberangi suatu lembah (tidak turut serta dalam kepayahan) namun mereka bersama kalian (dalam pahala). Padahal mereka tidak ikut berperang karena mendapatkan uzur sakit.” (HR. Muslim).
Dalam lafaz lain disebutkan,
إِلاَّ شَرِكُوكُمْ فِى الأَجْرِ
“Melainkan mereka yang terhalang sakit akan dicatat ikut serta bersama kalian dalam pahala.”
2. Solat sunat Isyraq:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat subuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Baginda saw pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”
(HR. Tirmidzi)
Syaratnya:
-Solat Subuh Berjemaah
-Tidak berganjak dari ruang tempat solatnya (menunggu) hingga matahari terbit dan sesuai untuk solat sunat Isyraq (12-15 minit selepas waktu syuruq).
3. Membaca selepas selesai solat 33 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir:
“Ada orang-orang miskin datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berkata, orang-orang kaya itu pergi membawa darjat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta sehingga boleh berhaji, berumrah, berjihad serta bersedekah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Maukah kalian aku ajarkan suatu amalan yang dengan amalan tersebut kalian akan mengejar orang yang mendahului kalian dan dengannya dapat terdepan dari orang yang setelah kalian. Dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian, kecuali orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kalian lakukan. Kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir di setiap akhir shalat sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Kami pun berselisih. Sebahagian kami bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh empat kali. Aku pun kembali dan bertanya padanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ucapkanlah subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar, sampai tiga puluh tiga kali.” (HR. Bukhari).
4. Berbuat baik kepada dua ibubapa:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Ada seseorang yang mendatangi Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ia sangat ingin pergi berjihad namun tidak mampu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya padanya apakah salah satu dari kedua orang tuanya masih hidup. Ia jawab, ibunya masih hidup.
Rasul pun berkata padanya, “Bertakwalah pada Allah dengan berbuat baik pada ibumu. Jika engkau berbuat baik padanya, maka statusnya adalah seperti berhaji, berumrah dan berjihad.” (HR. Ath-Thabrani)
Jika ibubapanya atau salah satunya telah meninggal dunia maka lakukanlah yang berikut.
a- Mendoakan kedua orang tua.
b- Meminta keampunan pada Allah untuk mereka.
c- Menunaikan janji mereka setelah meninggal dunia seperti melangsaikan hutang mereka.
d- Meneruskan hubungan silaturahim dengan keluarga dekat keduanya.
e- Memuliakan rakan karib keduanya.
f- Bersedekah atas nama kedua orang tuanya
Tiga amalan seterusnya terikat pada situasi di musim pandemik ini.
5. Solat 5 waktu berjemaah di Masjid:
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berjalan menuju solat wajib berjama’ah, maka ia seperti berhaji. Siapa yang berjalan menuju shalat sunnah, maka ia seperti melakukan umrah yang sunnah.” (HR. Thabrani).
6. Menghadiri Majlis Ilmu Di Masjid:
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berangkat ke masjid yang ia inginkan hanyalah untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala haji yang sempurna hajinya.” (HR. Thabrani)
7. Umrah di bulan Ramadan:
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya pada seorang wanita,
مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّى مَعَنَا
“Apa alasanmu sehingga tidak ikut berhaji bersama kami?”
Wanita itu menjawab, “Aku punya tugas untuk memberi minum pada seekor unta di mana unta tersebut ditunggangi oleh ayah fulan dan anaknya –ditunggangi suami dan anaknya-. Ia meninggalkan unta tadi tanpa diberi minum, lantas kamilah yang bertugas membawakan air pada unta tersebut. Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,