Kebaikkan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bukan sekadar menderma wang ringgi kepada yang memerlukan tetapi juga khidmat masyarakat. Perkongsian Muhammad Hassan ini mengisah seorang doktor yang bersikap suka membantu memberikan keberkatan dalam hidupnya. Moga menjadi inspirasi buat kita semua.
Saya Respect sangat doktor yang buka klinik. Mudah mereka untuk bagi sedekah. Ada pesakit datang dapat ubat percuma. Ada doktor bagi hutang ubat kepada pesakit. kawan saya doktor . Pesakit datang bawa kunci dan geran motor sebab tak mampu nak bayar hutang menimbun di klinik.
Ads
Akhirnya doktor ini cakap hutang abang dah selesai. Rawatan dan ubatan untuk anak abang akan ditanggung oleh klinik sehingga anak sihat.
Patutlah saya tengok doktor ini hidup dia senang. Suka belanja orang makan.Senang segala urusan. Solat 5 waktu ada di surau. Hafal Al Quran 10 juz. Tapi Allah beri kesabaran belum dapat cahaya mata walaupun dah kahwin 10 tahun.
Dulu tak boleh terima kenyataan ini. Selalu mengeluh,tapi hidup makin tak tenang,selalu gaduh suami isteri. Tapi saat beliau sedar ini takdir Allah,beliau mula redha,tidak tinggal solat awal waktu di masjid, Al Quran setiap hari baca,mula banyakkan sedekah kepada pesakit. Akhirnya Allah kurniakan cahaya mata buat beliau 2 tahun lepas setelah 10 tahun menanti.
Ads
Banyak beliau kongsi. Katanya Jangan pernah mengeluh dengan takdir Allah kepada kita. Kena sentiasa bersangka baik kepada Allah. Allah Maha Baik dan Yang Maha Mengetahui tentang diri kita.
Kita banyak tidak tahu tentang diri kita. bahkan Kita terhijab dari nasib diri kita akan datang. Mungkin hari ini kita sihat,tapi kita tidak tahu apa nasib sihat kita akan datang. Hari ini kita kaya,miskin tapi kita tidak tahu apa takdir Allah terhadap kita akan datang.
Ads
Sebab itulah Allah perintahkan kepada kita untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang yang diberikan kepada kita hari ini. Allah berfirman: “Jika kamu bersyukur pasti Allah tambah nikmat kepada mu”-Ibrahim 7-
Pesan beliau. Matt disebalik kesusahan,keresahan,kesempitan kita hari ini, pasti ada kebaikan buat kita akan datang jika kita jadikan Allah sebagai tempat pergantungan.
Sejak mendirikan rumah tangga sekitar 14 tahun lalu iaitu pada 2008, seri dalam rumah tangga pelakon Beto Kusyairy seakan-akan kosong tanpa kehadiran cahaya mata.Namun, baik dia mahupun isteri, masing-masing tidak menyalahkah takdir. Jauh sekali mahu menuding jari tanda tidak adil kepada Maha Esa, Sebaliknya aktor berbakat besar ini tenang meneruskan kehidupan bersama isteri.
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” katanya yang berkongsi pendedahan tersebut bersama HibGlam.
Berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat Malaya sewaktu sesi penggambaran khas mempromosikan filem terbaharunya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Beto cukup tenang menjawab soalan bersulam jenaka.
Kata Beto, dia bukan tidak berusaha untuk dapatkan zuriat, tetapi akur rezeki masih belum kunjung tiba.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tibanya lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.
“Seperkara lagi, saya bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.
“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” tuturnya.
Tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat, akuinya kini semuanya diserahkan kepada Maha Pencipta.
Tatkala ditanya perkembangan dalam dunia lakona, Beto mengakui cukup teruja apabila namanya dipilih pengarah terkenal, Syamsul Yusof sebagai salah satu teraju utama dalam Mat Kilau.
Menyentuh mengenai cabaran menjayakan filem tersebut, penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2015 itu bagaimanapun berharap kehadiran naskhah sarat perjuangan tersebut akan memberi inspirasi kepada para pengarah dan kepada semua penonton.
Memiliki barang kemas bukan hanya untuk tujuan sebagai perhiasan diri tapi untuk tujuan awasan. Boleh digunakan bila terdesak dalam hal kewangan.
Oleh itu, buat mereka yang memilik emas, usah rasa malu jika terpaksa ke kedai pajak gadai, tapi harus rasa malu jika terpaksa meminjam dengan wang orang lain. Lebih bahaya terpaksa membuat pinjam kepada peminjam tanpa lesen yang mempunyai kadar bunga yang amat tinggi.
Begitulah yang dikongsilah oleh saudara Akhtar Syamir mengenai faedah menyimpan emas dan mengadainya apabila perlu.
Jangan malu untuk ke Ar Rahnu. Salah satu kelebihan menyimpan emas adalah kemudahan untuk membantu di saat memerlukan. Perlu ingat, emas itu adalah aset anda sendiri. Anda yang kumpul, menabung dan anda yang beli sendiri.
Tidak menjadi kesalahan kalau nak tukar bentuk aset itu dari emas kepada tunai kerana sebelum ini pun melalui transformasi yang sama cuma terbalik sahaja, iaitu dari tunai kepada emas.
Terutamanya di kala pandemik melanda, PKP dan dilanda masalah untuk meneruskan kehidupan. Sewaktu membeli emas dahulu pun ada sahaja yang mengata. Kadang kala orang yang sama juga akan tersenyum sinis apabila kita ke Ar Rahnu pula. Bagaikan puas hatinya melihat orang lain sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan. Abaikan sahaja orang sebegini. Dia tidak akan berubah dan kebarangkalian hanya tin kosong.
Gunakan Ar Rahnu dengan sebaik mungkin.
1. Bila anda perlukan tunai. 2. Untuk menambah aset emas yang ada. Simpan, dapat tunai, beli emas baru dan tebus yang lama dalam masa 6 bulan lagi. 3. Sebagai tempat simpanan emas yang paling selamat dengan bayaran simpanan yang jauh lebih murah dari simpan di bank. Orang yang mempunyai aset emas dan mempunyai perniagaan sering kali keluar masuk Ar Rahnu. Ini sudah menjadi suatu kebiasaan. Percayalah yang orang sebegini sangat bijak dan simpanan emasnya akan semakin bertambah dan perniagaannya akan semakin maju. Buanglah segala mentaliti lapuk mengenai kedai pajak. Sekarang bukan macam dahulu lagi. Orang yang banyak duit pun gunakan Ar Rahnu. Orang yang banyak emas pun gunakan Ar Rahnu. Akhir sekali, kepada orang yang memandang serong orang yang ke Ar Rahnu, ada satu ayat untuk mereka. “Kita yang ke Ar Rahnu, dia yang panas. Suka hati la” Haha… Lebih baik mencairkan aset sendiri dari meminjam duit orang lain. Kongsikan penulisan ini supaya kita dapat ubah pandangan terhadap Ar Rahnu. Semoga yang menyimpan di sana, dapat menebus kembali dengan sempurna.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
PETUA 1 Kucupan Mesra
Diriwayatkan Saidatina Aisyah, bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW pernah mencium salah seorang isteri baginda kemudian berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wudhu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
PENGAJARAN & TELADAN:
Cinta itu lebih bermakna jika dilestarikan dengan sentuhan yang membuai perasaan lantas membangkitkan rasa kasih kepada pasangan. Sementelahan hubungan kamu suami isteri adalah halal di sisi agama, maka bertindaklah dengan rasional.
Buktikan rasa kasih kamu wahai isteri dengan melakukan ritual sensual yang bukan sahaja menterjemahkan rasa sayang kepada suami, malah sebagai tanda penghargaan bahawa kamu menghargai hidup bersamanya sebagai pasangan suami isteri.
Teladanilah apa yang dilakukan Rasulullah SAW ke atas salah seorang isterinya dan masih sempat melayangkan kucupan sebelum menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Lantaran itu wahai para suami dan para isteri, luangkan sedikit masa bermanja-manja agar hubungan bertambah erat dan mesra.
PETUA 2 Membersihkan Diri Bersama Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah, pernah berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana (bekas menyimpan air). Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis Riwayat ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
PENGAJARAN & TELADAN:
Ritual mandi atau membersihkan diri sesama suami isteri mungkin amat janggal dan dianggap taboo dalam kalangan masyarakat kita. Namun, telah diriwayatkan bahawa ia pernah dilaksanakan dalam sejarah rumahtangga Rasulullah SAW. Ia sememangnya satu cara yang amat indah untuk suami isteri saling menghargai suasana menyucikan tubuh badan sambil mengakrabkan perasaan.
Sementelahan perhubungan suami isteri adalah perkara yang halal, maka mengapa tidak kamu dan suami saling menyapukan dan meratakan air dengan tertib, dengan cara yang elok. Lakukan sekali-sekala pada waktu-waktu yang membenarkan kamu melakukannya, misalannya pada hujung minggu yang santai, di mana kalian tidak terkejar-kejar ke pejabat dan punya waktu yang panjang untuk beristirehat.
PETUA 3 Tidur di Pangkuan Isteri
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat ‘Abdurrazaq)
PENGAJARAN & TELADAN:
Meski diri dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk bermesra berlebihan atau berhubungan badan dengan suami, itu bukan alasan isteri menolak ‘permintaan-permintaan kecil’ suami untuk bermanja.
Mengawetkan asmara bukan terbatas kepada soal hubungan badaniah semata-mata. Ia adalah tentang perlakuan kecil lagi bersahaja. Ia melibatkan sentuhan fizikal dan kesediaan isteri untuk berkongsi kepenatan atau kelelahan suami.
Walaupun dalam keadaan tidak suci, pastikan kamu menjaga kebersihan intim dan menjaga rapi kesegaran bau tubuh, agar suami senang lagi selesa mendampingimu, sebagaimana isteri Nabi SAW Saidatina Aisyah melayan dan menjadi ‘bantalnya’ yang paling empuk dan nyaman.
PETUA 4 Hiburkan Hatinya
Rasulullah SAW dalam hadisnya pernah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya, kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Sesungguhnya bukanlah satu tugas yang mudah untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai isteri. Ketaatan, keikhlasan, budi pekerti yang mulia adalah sebahagian daripada elemen yang dituntut dalam membina rumahtangga yang bahagia. Malah ganjaran pahala menanti khususnya buat para isteri yang menggembirakan dan menyenangkan hati suami. Menyediakan segala kelengkapan, pakaian, makanan dan pelbagai keperluan malah memberikan ‘layanan’ yang sempurna pasti dapat menggembirakan hatinya.
Antara cara yang paling mudah dipraktikkan termasuk senyum, tutur kata yang lemah lembut, ungkapan sayang tiga kali sehari, lakukan sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah pasti dapat awetkan asmara sesama kamu.
PETUA 5 Biarlah Rahsia
Rasulullah SAW bersabda, “Seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Rahsia dalam kain itu adalah hak eksklusif kamu sesama suami isteri sahaja. Malah dalam Islam juga tidak mengesyorkan apa yang berlaku di kamar tidur dihebahkan kepada sesiapa kerana bimbang ia akan mendatangkan aib seolah-olah membuka pekung di dada. Biarlah apa yang berlaku itu menjadi rahsia dan simpanan untuk kamu berdua.
Jangan sekali-kali merendahkan martabat mahupun menceritakan kelemahan, apatah lagi memuji kehebatan masing-masing kepada sesiapa, walau dengan apa tujuan sekalipun. Berpeganglah kepada sabda Nabi SAW bahawa sesungguhnya, seorang lelaki yang menceritakan hubungannya dengan isteri, dan isteri yang berhubungan dengan suaminya itu menyebarkan rahsia mereka, adalah seburuk-buruk manusia di sisi Allah SWT.
PETUA 6 Memberi Wangi-wangian Pada Auratnya
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PENGAJARAN & TELADAN:
Bukti cinta dan kasih antara suami isteri harus diterjemahkan dalam apa jua bentuk yang menjurus ke arah penyatuan sekali gus mengukir aura romantis dalam rumahtangga. Awetkan asmara antara suami isteri tidak terhad kepada hubungan intim semata-mata malah ia merangkumi semua aspek dalam kehidupan seharian.
Misalannya membantu pasangan ketika sedang bersiap-siap ke pejabat juga mampu awetkan asmara dan meninggalkan kenangan tersendiri dalam kisah rumahtangga kalian berdua. Teladanilah apa yang dilakukan isteri Nabi SAW ketika memakaikan wangi-wangian kepada tubuh suami tercinta.
PETUA 7 Bercantik-cantik Untuk Suami
“Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila engkau memandangnya, mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya
dan hartamu apabila engkau tidak di rumah.” (Hadis Riwayat Thabrani)
PENGAJARAN & TELADAN:
Ganjaran pahala menanti para isteri jika berhias cantik-cantik untuk suami. Suami mana yang tidak sayang apabila melihat penampilan isteri terurus kala menyambut kepulangan suami di rumah. Ditambah pula dengan aroma sensual yang menyenangkan pasti bikin hati suami berbunga menguntum bahagia.
Untuk menyenangkan hati suami, maka isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di rumah, apa kata sekali-sekala kamu mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik melihatnya. Bukankah bercantik-cantik itu indah dan menyenangkan? Justeru, gunakan medium yang ada seperti majalah, internet, televisyen dan lain-lain lagi supaya kamu sentiasa peka dengan aliran trend fesyen mahupun solekan yang sesuai diterapkan dalam penampilan kamu seharian. Barulah suami bertambah sayang.
PETUA 8 Hubungan Intim
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Sekiranya kamu bersetubuh dengan isteri kamu, kamu akan mendapat pahala.”
PENGAJARAN & TELADAN:
Islam telah menjadikan hubungan intim antara suami isteri sebagai ibadat kepada Allah SWT berdasarkan manfaatnya yang besar kepada diri, masyarakat dan agama Islam. Antaranya ia dapat menjaga diri, menyambung keturunan, memakmurkan agama dan sebagainya. Maka para isteri yang budiman, usahlah menolak permintaan suami untuk bersama, melainkan kamu dalam keadaan uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Namun, harus diingat hubungan intim haruslah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab; bukan dalam keadaan marah, penat, geram, terpaksa atau tidak ikhlas.
Jika tidak berdaya lantaran fizikal dalam keadaan penat, maka adalah lebih baik kamu menolak dengan lemah-lembut, namun jadi bijak dan ciptalah kejutan untuknya pada hari berikutnya apabila kamu terasa segar dan benar-benar bersedia untuk suami. Ingat, hubungan asmara harus berlandas teras cinta, bukan untuk melampias nafsu semata- mata. Dan zuriat yang didatangkan daripada-Nya, itu adalah kurniaan Tuhan dan jangan sekali-kali kamu menyesali atau mensia-siakannya.
Sumber: www.mensive.com via EH
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di