‘Kita Belajar Matematik Form 1 Pun Dah Pening.’ Peminat Kagum Adik Najwa Latif Genggam Master Dalam Bidang Matematik

Share

Umum sedia tahu bahawa penyanyi wanita, Najwa Latif merupakan pemegang  Ijazah Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini bergelar pensyarah.

Baru-baru ini Najwa telah memuatnaik beberapa video sempena hari konvokesyen adiknya di sebuah kolej pengajian. Tidak ketinggalan, penyanyi tersebut turut meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian adiknya yang telah selamat menamatkan pengajian dalam jurusan pendidikan matematik dengan teknologi.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Jiha dan melahirkan rasa kagum terhadap kedua beradik ini kerana berjaya dalam bidang pelajaran.

Mereka juga memuji pencapaian mereka berdua yang kedua-duanya merupakan lulusan daripada Universiti Malaya (UM).

Semoga pencapaian mereka ini menjadi inspirasi untuk kita meraih kejayaan terutamanya dalam bidang pelajaran.

Mesti Baca :

Untuk rekod, Najwa Latif telah menggenggam Ijazah Sarjana pada 2019 dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Penyanyi itu juga merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di salah satu universiti terkemuka negara.

Sumber: Instagram Najwa Latif

 

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN