Bayangkan suasana pagi yang ceriabila anak-anak tersenyum sambil menikmati semangkuk Koko Krunch sebelum ke sekolah. Namun kali ini, bijirin sarapan kegemaran itu bukan sekadar peneman pagi tetapi telah menjadi pemangkin kepada imaginasi dan kreativiti anak-anak di seluruh Malaysia menerusi inisiatif terbaru, Koko Kraf Club.
Dari Sarapan Ke Seni: Permulaan Hari Yang Penuh Inspirasi
Koko Krunch percaya bahawa setiap pagi yang ceria mampu membentuk hari yang lebih positif. Melalui Koko Kraf Club di mana tercetusnya Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Tahun 2025, Nestlé menjadikan semangat itu satu realiti dengan membuka ruang kepada kanak-kanak sekolah rendah untuk meneroka dunia seni dan kraftangan.
Projek ini bukan sekadar pertandingan seni, tetapi sebuah platform kreatif yang membantu anak-anak membina kreativiti, imaginasi, mengekspresikan idea, dan belajar bekerjasama dalam kumpulan.
Platform Kreatif Disokong Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Menambah nilai kepada inisiatif ini ialah kerjasama strategik antara Koko Krunch dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu langkah yang mengukuhkan kredibiliti Koko Kraf Club dalam Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Tahun 2025 ini sebagai platform pendidikan kreatif yang sah dan diiktiraf.
Ia terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah awam di seluruh negara dengan dua kategori penyertaan: Kategori A (7-9 tahun) dan Kategori B (10-12 tahun). Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid yang akan menyerahkan hasil kolaj mereka untuk dinilai di peringkat daerah, wilayah, dan seterusnya ke peringkat kebangsaan di Nu Sentral Kuala Lumpur pada 6 November.
Seni Kolaj Sebagai Medium Ekspresi Diri
Aktiviti berteraskan seni kolaj ini memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka imaginasi tanpa batas. Mereka bebas bereksperimen dengan warna, bentuk dan tekstur sambil memahami nilai kolaborasi dalam berkarya secara berkumpulan.
Ads
Pendekatan hands-on ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu mengasah kemahiran motor halus, daya tumpuan, dan keberanian untuk mencuba idea baharu.
Koko Krunch: Dari Sarapan Ke Kreativiti
Melalui Koko Kraf Club, Koko Krunch terus memperkukuh imejnya sebagai jenama yang menyemai kebahagiaan dan permulaan hari yang positif, lebih daripada sekadar sarapan pagi. Inisiatif ini meletakkan Koko Krunch sebagai jenama yang prihatin terhadap pembangunan potensi kanak-kanak, khususnya dalam aspek kreativiti dan ekspresi diri.
Ads
Program ini juga selari dengan matlamat pendidikan holistik, di mana pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah, tetapi melalui pengalaman menyeronokkan yang mencabar imaginasi dan daya cipta.
Ibu Bapa Sebagai Pendorong Kreativiti
Koko Kraf Club turut mengiktiraf peranan ibu bapa sebagai pendorong utama dalam membentuk kreativiti anak-anak. Dengan memberi sokongan dan galakan sejak di rumah, ibu bapa menjadi sebahagian penting dalam perjalanan pembelajaran anak-anak bermula daripada sarapan pagi bersama hingga ke hasil karya yang siap dipamerkan.
Koko Krunch percaya bahawa setiap pagi yang bermula dengan tenaga positif dan kasih sayang dapat membuka ruang untuk anak-anak berfikir lebih kreatif.
Dari Daerah Ke Peringkat Kebangsaan
Pertandingan ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari peringkat daerah, kemudian ke peringkat wilayah, sebelum 15 pasukan terbaik mara ke peringkat kebangsaan.
Ads
Di sinilah Top 3 kumpulan terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang National Level Grand Finale yang berlangsung di Nu Sentral Kuala Lumpur pada 6 November yang lalu sekaligus mengangkat SK Kompleks Mengabang Telipot, Terengganu sebagai Juara keseluruhan. Ia bukan sekadar pertandingan seni tetapi satu perjalanan yang memberi pengalaman bermakna dan membina keyakinan diri anak-anak Malaysia.
Lebih Dari Sekadar Bijirin
Dengan Koko Kraf Club, Koko Krunch membuktikan bahawa ia bukan sekadar bijirin sarapan pagi. Ia simbol pagi yang ceria, minda yang segar dan hati yang kreatif. Setiap sudu kecil Koko Krunch kini membawa makna yang lebih besar dan menjadi inspirasi untuk anak-anak Malaysia berfikir, mencipta, dan berani bermimpi.
Di sinilah sarapan menjadi titik mula kepada imaginasi yang tiada penghujung. Tahniah buat semua peserta yang terlibat dengan Koko Kraf Club!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita juga perlu bersedia dengan bencana banjir, tiada lagi kawasan yang selamanya selamat. Kita belajar dari apa yang terjadi kawan kawan.
Berikut senarai barang keperluan kecemasan, ia mengikut kesuain keluarga kita juga, boleh sahaja ubah suai apa yang sesuai.
SHELTER
1. Emergency blanket.
2. Poncho
3. Khemah kecil dan ringan
4. Fly sheet / Trap
WATER / FOOD
1. Botol Air Plastik
2. Water filter (mini Sawyer)
3. Bekas minuman
4. Sudu/ garpu/ pisau
5.Solid fuel / fodable wood stove
6. MRE & water (Meal ready to eat)
SAFETY / PROTECTION
1. First Aid Kit (Wajib ada satu)
2. Face mask
3. Sanitizing Wipes
4.Hand gloves
HYGIENE
1. Cecair Sabun kecil
2. Hand Sanitizer
3. Ubat dan berus gigi
4. Ketip kuku
SIGNALLING / COMMUNICATION
1. Wisel
2. Flashlight/ Headlight
3. Extra battery
4. Power bank/ solar
5. Rechargeable Portable Light
6. Rechargeable Fan
Bungkus dalam plastik hitam rapi2 kemudian masukkan dalam bag. Kalau ada waterproof bag lagi bagus.
Tambahan jika ada
1. Life jacket
2. Baju hujan
3. Inflatable bed (untuk tempatkan anak2
sementara tunggu bantuan)
4. Tali
5. Kain Pelekat dan sejadah kecil
Lebih bagus ada senarai kertas kecil, apa yang ada dalam bag. Ia agar kita tak bongkar semua untuk lihat apa yang ada.
Teruskan berdoa buat sahabat sahabat kita agar mereka dipermudahkan dengan ujian ini.
Halia sememangnya amat sinonim penggunaannya di dalam masakan masyarakat kita. Sejak zaman-berzaman, halia digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah penghadaman serta membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Selain memberi manfaat kesihatan halia juga digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan. Amalkan cara yang paling mudah untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Tip ini dikongsikan oleh Che Mira Kimora menerusi laman facebooknya.
BUAT MASKER HALIA JIKA MAHU PUDARKAN BINTIK HITAM PADA WAJAH, HANYA GUNA 3 BAHAN SAHAJA. WOW MUDAHNYA!
Cara membuat: Rendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais kiub Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais kiub, gosok di seluruh bahagian muka.
Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3minggu.!
Manfaat cuka :
1.mengecutkan jerawat
2.zat anti aging
3. Mengurangkan bintik2 penuaan
4.menghilangkan racun dari wajah anda
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Cara Membuat Masker Halia:
1.Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2.Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang) 3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan! 5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Cantik dengan menggunakan bahan dapur bukan sahaja menjimatkan malah telah lama diamalkan dan serasi dengan kulit wajah masyarakat setempat.
Ni sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ni perihal caranya menjaga kulit wajah kekal lembut,berseri dan cantik semulajadi. Jom semak.
”Jom gaiss try tips ni. Guna barang2 dapur jurrrr. Aya buat pakai hari2. Best giler kulit lepas pakai!”–Aya Zuki
Ini kesan selepas amalkan:
1. Kulit wajah terasa lembut.
2. Blackhead dan whitehead boleh hilang.
3. Kulit licin, nak meka up pon rasa smooth
4. Cerahkan kulit
5. Sel kulit mati dapat ditanggalkan.
6. Elak berjerawat
Ini bahan-bahan yang diperlukan
Segenggam beras ( basuh dulu dan disangai di dalam kuali hingga kering)