Bagi penggemar-penggemar T-Shirt, tentu anda kecewa bila pakaian kesukaan anda itu sudah tidak sempurna apabila lehernya kembang membuatkan ianya tidak lagi selesa digunakan.
Bukan itu sahaja, tshirt yang mempunyai masalah yang serupa akhirnya di buang ke dalam tong sampah atau dijadikan kain buruk.
Sayang kan? T-shirt tersebut bukannya murah malah ada yang special edition.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang menggunakan nama @Syafiq.art, dia telah menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah ini.
Rupanya hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya amat murah.
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ads
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu,
sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Ads
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini pada tshirt suami anda.
Kerajaan memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita bagi memastikan golongan berkenaan terus dilindungi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian tuntas susulan dakwaan berlaku pengabaian dan penganiayaan terhadap remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella ketika berada di sebuah rumah kebajikan.
“Hari ini saya bertemu Bella, Bella sudah pulih seperti sedia kala… berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan.
“Terima kasih kepada kakitangan pusat jagaan di Seremban ini. Kes seperti Bella merupakan antara banyak kes yang mungkin berlaku tetapi tidak dilaporkan.
“Bukan sahaja isu penderaan tetapi juga isu anak yatim yang dihantar ke rumah anak yatim tidak mempunyai dokumen seperti sijil kelahiran dan lain-lain. Banyak pusat-pusat jagaan yang tidak didaftarkan dan menyukarkan pemantauan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.
Dalam hantaran sama, Ismail Sabri turut berkongsi video beliau bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melawat Bella.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan kerajaan mempertimbang untuk melakukan penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menambah baik agensi itu.
“Kerajaan akan melihat secara menyeluruh seperti pendaftaran pusat jagaan, mempermudahkan pendaftaran dan pindaan akta lapuk mengeluarkan sijil kelahiran malah termasuk penstrukturan semula JKM,” katanya.
Kebiasaannya jika kita membeli sebiji buah betik dan bila dimakan rasa buahnya manis mulalah terdetik di dalam hati, kalau disemai benih buah betik tersebut bagus juga. Mesti bila berbuah nanti rasanya juga manis dan enak seperti buah yang dimakan. Boleh lah kita beranggapan, baka dari buah yang baik tentu hasilnya pun baik.
Pun begitu, bila berhajat untuk menyemai biji betik, anda perlu kenal terlebih dahulu biji benih jantan dan betina. Ini kerana hanya biji benih betina sahaja yang ditanam untuk memastikan pokok tersebut akan mengeluarkan buah.
Untuk mengetahui lanjut tentang pemilihan biji benih betik yang mudah, jom baca perkongsian daripada Ardi Tani.
Ini perkongsiannya;
Nak tanam benih ni jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina yang mana jantan seawal biji benih lagi.
Ini biji benih dari separuh buah betik..yang belah kiri warnanya hitam dan yang belah kanan warnanya hitam pudar sikit. Kebiasaannya yang hitam gelap betina dan yang hitam pudar jantan.
Untuk hasilkan buah kita semai yang belah kiri.
Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah kanan tu..
Jom tanam Betik…Betik pun nak Beli harganya dah mahal juga sekilo.
Sebelum semai saya basuh buang selaput luar dia dan jemur bagi kering.
Selepas itu baru semai di dalam lubang tray jenis tinggi dengan menggunakan medium cocopeat lama campur cocopeat baru
Apabila anak benih telah mengeluarkan daun dan akar penuh begini adalah masa terbaik untuk dipindahkan ke polybag.
Mungkin ada yang menganggap mendirikan solat ini mudah untuk dilaksankan. Sehari hanya 5 waktu yang wajib. Selain perlu menjaga 5 waktu, hal berkaitan solat berkualiti perlu juga diberi penekanan agar solat yangdidirikan sah dan diterima setiap amalan yang dilakukan oleh Allah.
Salah satunya yang sering dilakukan tanpa sengaja adalah ketika melakukan sujud dimana dahi berlapik dengan kain telekung. Nampak macam biasa dan remeh, bahkan mungkin ada yang menganggap perkara normal tindakan tersebut. Namun perkongsian daripada wanita ini yang bernama Aishah Hijanah telah menyedarkan ramai wanita dalam hal tersebut.
Menurutnya, dahi boleh berlapik dengan sesuatu yang kita letak daripada sebelum solat. Yang tidak bersambung dengan pakaian kita waktu solat. Dan seandainya kain terbang menutup tempat sujud, kita boleh tarik sedikit kain telekung supaya tidak berlapik. Jika tangan yang berlapik dengan kain telekung tu tidak mengapa.
CARA SUJUD WANITA
Ramai juga yg DM Aisyah minta tunjukkan cara. So sini Aisyah share sikit, tapi kalau apa yg Aisyah share ni salah, korang boleh share ilmu dekat bawah juga okay
1. Dahi tak boleh berlapik dgn apa-apa pakaian yg kita bawa bersama dlm solat. Contohnya telekung, tudung, ridha (yg kita letak dekat bahu drpd awal solat), kopiah, songkok, serban, purdah, niqab. Senang cerita, pakaian yg melekat kita masa solat
2. Tetapi, kalau sebelum solat, kita buka purdah kita, then kita letak dekat tempat sujud, ataupun kita guna sejadah, kain putih mcm nenek-nenek selalu buat, ridha yg kita mmg letak dekat tempat sujud sebelum solat, maka boleh kalau dahi kita sujud di atasnya. Ingat, apa-apa yg tak bersambung/melekat pd pakaian yg kita pakai dlm solat, itu boleh.
3. Tapak tangan? Tapak tangan kalau berlapik, tak apa. Yang pentingnya adalah dahi. Dahi tak boleh ada halangan drpd tempat sujud. Tapak tangan kalau terlapik dgn telekung tak apa
4. Kalau telekung terbang sbb angin kuat sgt, tarik telekung tu supaya tak menghalang dahi drpd kena tempat sujud
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi lebih pencerahan kepada wanita dalam bab solat. Ajarkan juga pada anak-anak agar mereka faham cara solat yang sempurna.
sumber : igaisyahhijanah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di